• Utama
  • Tentang Saya
  • Perkongsian
    • Kesihatan
    • Kecantikan
    • Pendidikan
  • Membeli-belah
Powered by Blogger.
facebook instagram twitter youtube

Mahfuzah Salam

Pernah berlaku macam ni tak? Put pun pernah sepanjang mengamalkan suplemen Shaklee untuk turunkan berat badan. Pernah kecewa, tapi terfikir mesti ada sebabnya ia berlaku. Situasi begini dipanggil "Yoyo Diet". Apa itu "Yoyo Diet" dan bagaimana kita boleh mengatasinya? Jom kita baca ulasan daripada Kevin Zahri.

Kredit to: health.launchpad.com.my


Inilah fenomena yang sering berlaku pada sesiapa sahaja yang dalam proses ingin menurunkan berat badan. Setelah bersusah payah mengamalkan diet, senaman, telah menurunkan berat badan, namun apabila leka sekejap sahaja, pasti akan naik Kg balik. Ini sudah tentu mengecewakan bukan? Salah satu sebabnya adalah kerana "Yoyo Diet". Apa itu "Yoyo Diet"? Diet melampau, mengabaikan waktu makan, pemgambilan kalori yang sangat rendah, inilah fenomena yg menyebabkan yoyo diet. Yoyo diet adalah diet untuk menurunkan berat, tetapi sangat mudah berat untuk naik tanpa disedari. Mengapa ini terjadi? Apabila anda skip waktu pemakanan, anda kekurangan nutrisi terutamanya zat protein dalam tubuh badan, hal ini menyebabkan jisim otot semakin berkurangan sepertimana fungsi protein untuk membina isi otot. Sekiranya jisim otot telah semakin berkurangan, maka ia akan berpengaruh kepada kadar metabolisma yang semakin rendah. 

Oleh sebab itu, diet melampau membawa kepada kalori yang sangat rendah. Ia tetap akan membantu menurunkan berat badan namun ketidak seimbangan zat nutrisi telah menyebabkan berat badan anda semakin mudah untuk naik dengan cepat.  Daripada amalkan diet melampau untuk turunkan berat secara pantas, baik amalkan diet jangka panjang dengan cara yang sihat walaupun kurang berat secara perlahan. Untuk mengelakkan berat badan anda daripada naik dan turunkan berat badan secara konsisten: 

1. Corak Pemakanan 
- Elakkan pengambilan kalori yang terlalu banyak dan terlalu sedikit, biarlah sederhana diikuti dengan pemakanan yang seimbang. (jangan rendah dari 1000kcal dalam sehari.) 
- Wajibkan pengambilan sarapan. 
- Perbanyakkan minum air masak. (3 or 4 Litre is more better) 
- Plan corak pemakanan yang seimbang dan sihat 

2. Senaman 
- Senaman (Jogging) waktu 20 minit yang pertama adalah membakar tenaga, BUKAN lemak. Untuk membakar lemak, lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 – 40 minit. 
- Tingkatkan ketahanan senaman untuk mencabar pernafasan dan peningkatan jisim otot, peningkatan jisim otot akan memudahkan pembakaran lemak. 
- Pelbagaikan corak senaman seperti aerobic, berbasikal, skipping, menari, atau naik tangga, agar tidak merasa bosan ketika melakukan senaman. 

3. Anda pengamal Lose Weight Supplement? 
- Amalkan secara konsisten, berdisiplin, dan jaga pemakanan. 
- Walaupun mengambil suplemen tanpa corak pemakanan yang betul, ia tetap kurang membantu.

Dengan beberapa cara ini dapat mampu mengatasi masalah "yoyo diet", bermotivasi dan berdisiplin tinggi mampu membantu untuk terus mencapai berat badan yang ideal. 

Sumber: kevinzahri.com

--
Kevin Zahri is a US AFTA certified personal trainer and nutritionist, and the author of several fitness books and ebooks, including the best-selling "How to Lose 5kg in 5 Weeks".
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Mungkin sahabat-sahabat Put tertanya, apa kelebihan OsteMatrix berbanding suplemen kalsium di pasaran?? Meh Put kupas sedikit untuk kefahaman kita bersama..

Komprehensif, Terbukti  Secara Klinikal
OsteMatrix terbukti secara klinikal dapat menyediakan nutrisi penting serta unik dan melebihi fungsi kalsium dalam membina dan mengekalkan tulang dan gigi yang kuat serta membantu mengurangkan risiko osteoporosis.

Kita perlu lebih daripada kalsium untuk membina tulang yang kuat. Ha..sebab tu OsteMatrix menyediakan satu matriks unik nutrien kritikal termasuk kalsium, vitamin D, magnesium dan banyak lagi untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat. Selain membina tulang dan gigi, OsteMatrik turut dapat;
  • Membantu mengekalkan darah yang normal,
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf,
  • Membantu mengurangkan simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.
Mengapa dalam OsteMatrix ada Magnesium dan vitamin D?
Magnesium memainkan peranan untuk menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Manakala vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.

Superb la OsteMatrik ni...=)
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Newer Posts
Older Posts

Tentang Penulis

About Me

"Mahfuzah Abd Salam, dari Ipoh, Perak. Berkongsi tentang kesihatan, kecantikan dan pendidikan anak-anak sejak 2013. Suri Bisnes sejak 2010. Memiliki 4 orang cahaya mata. Mesra dengan panggilan Kak Put."

Follow Us

  • FACEBOOK
  • INSTAGRAM
  • YOUTUBE

TIPS AND INFO

  • Kecantikan
  • Kesihatan
  • Pendidikan

MY LIFESTYLE STORY

  • Ceritera Salahuddin
  • Organized Home

Popular Posts

  • Kategori
  • Cara Tukar Domain blogspot.com Kepada .com
    Alhamdulillah, mesti masing2 dah siap beli domain baru kan? Kawan2 yang advanced dah siap setting sendiri. Proaktif! Walaupun murah, tap...
  • Jom Ketahui Bagaimana OsteMatrix Bantu Tulang Anda
    Tulang yang kuat untuk tubuh yang kuat. Bina dan pastikan tulang anda kuat dengan nutrien "pembina-tulang" untuk memastikan ia kek...
  • 10 Tips Tingkatkan Kecergasan Lelaki! - Part 1
    Sebagai seorang lelaki, terdapat banyak perkara yang ingin anda capai dalam kehidupan. Salah satu daripadanya adalah pelaburan masa dan tena...
  • Posisi Laid-Back, Posisi Kasih Sayang
    "Penyusuan susu ibu adalah lebih daripada sekadar suatu kaedah pemakanan bayi. Susu ibu adalah satu pilihan gaya hidup" - Dr....

recent posts

Blog Archive

  • ►  2020 (2)
    • ►  July 2020 (1)
    • ►  June 2020 (1)
  • ►  2019 (2)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  July 2019 (1)
  • ►  2018 (9)
    • ►  December 2018 (1)
    • ►  November 2018 (2)
    • ►  October 2018 (3)
    • ►  August 2018 (2)
    • ►  May 2018 (1)
  • ►  2017 (48)
    • ►  October 2017 (14)
    • ►  September 2017 (21)
    • ►  August 2017 (7)
    • ►  June 2017 (1)
    • ►  April 2017 (1)
    • ►  March 2017 (4)
  • ►  2016 (34)
    • ►  November 2016 (1)
    • ►  October 2016 (15)
    • ►  September 2016 (2)
    • ►  August 2016 (1)
    • ►  April 2016 (2)
    • ►  February 2016 (4)
    • ►  January 2016 (9)
  • ►  2015 (15)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  November 2015 (1)
    • ►  October 2015 (1)
    • ►  September 2015 (2)
    • ►  August 2015 (9)
    • ►  April 2015 (1)
  • ►  2014 (13)
    • ►  October 2014 (2)
    • ►  September 2014 (3)
    • ►  August 2014 (2)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  February 2014 (4)
    • ►  January 2014 (1)
  • ▼  2013 (14)
    • ►  September 2013 (2)
    • ►  June 2013 (4)
    • ►  May 2013 (2)
    • ►  April 2013 (2)
    • ▼  March 2013 (2)
      • Dah Turun Berat, Naik Lagi?
      • Mengapa Pilih OsteMatrix?
    • ►  February 2013 (2)

Followers

Facebook Twitter Instagram

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates