• Utama
  • Tentang Saya
  • Perkongsian
    • Kesihatan
    • Kecantikan
    • Pendidikan
  • Membeli-belah
Powered by Blogger.
facebook instagram twitter youtube

Mahfuzah Salam

Sembelit semasa berpantang antara gejala yang biasa dialami oleh kebanyakan ibu selepas bersalin. Uish, sakitnya tu seakan lebih sakit berbanding sakit bersalin.

Mesti korang pernah hadapi masalah macam ni kan?

1. Sehari dua lepas bersalin tak terasa nak membuang. Nurse kat wad asyik tanya dah membuang belum. Takut beb, kang jahitan terbuka!

2. Bangun pagi terasa nak membuang, tergesa-gesa nak ke tandas. Paham² la dalam pantang kan? Nak cepat sangat tak boleh. Sekali bila dah ready tak keluar-keluar pulak.

3. Bila dah sihat sikit, makan pun dah selera. Ko terasa nak membuang lagi, tapi harapan tinggal harapan. Dah macam penunggu lak punya lama.

4. Last nak pulak dia keluar. Tapi kali ni parah pulak. Luka dan berdarah. Masa ni nak duduk pun sakit wei. Lapik bantal!

Jangan susah hati ye. InsyaAllah Kak Put cuba bantu. Kebetulan pulak untuk bantu ibu-ibu yang berpantang mengalami masalah sembelit ni.

Meh Kak Put nak syorkan OsteMatrix ni. OsteMatrix, bukan sekadar pil kalsium ini juga mengandungi Magnesium. Di mana Magnesium ini membantu menyerap air ke dalam usus di samping kalsium bantu otot usus untuk lancarkan proses pembungan.

OsteMatrix ni diperbuat daripada galian dari Laut Mati. Jadi pada yang alahan dengan produk tenusu boleh cuba. Yang tak selera nak teguk susu pun boleh cuba ;)

Jadi, OsteMatrix Shaklee ni antara pilih bijak dan selamat :)
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Golongan Berisiko Mengalami Sembelit

Sembelit termasuk penyakit yang mudah untuk ditangani. Tetapi, jika dibiarkan sembelit ini berpanjangan akan menyebabkan sembelit yang teruk seperti sembelit berdarah dan buasir. Lebih membimbangkan kanser usus juga menghidap!

Sembelit yang ringan mudah ditangani dengan mengubah pola pemakananan yang lebih baik.  Namun, terdapat beberapa golongan yang mengalami sembelit atas faktor umur dan fizikal. InsyaAllah, keadaan ini masih dapat dibendung selagi mana kita masih mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Berikut adalah golongan yang kerap mengalami sembelit;

Kanak-Kanak Berisiko Mengalami Sembelit

1. Bayi dan Kanak-Kanak

Sistem penghadaman bayi masih tidak matang seperti orang dewasa. Terdapat beberapa bentuk makanan yang tidak dapat dihadam dengan baik. Kebanyakan bayi yang mengalami masalah ini diberikan susu formula (FM), FM adalah tepung dan mengandungi campuran kanji yang menyebabkan najis menjadi keras.

Kanak-kanak juga mudah untuk mengalami sembelit kerana diet pemakanan yang kurang sempurna dan agak cerewet memilih makanan. Kurang gemar mengambil makan tinggi serat seperti sayur dan buah dalam makanan antara punca berlakunya sembelit.

Baca Juga: Pengalaman Anak Sembuh Sembelit


2. Ibu Hamil dan Berpantang

Perubahan hormon wanita seperti peningkatan hormon progesterone yang tinggi semasa hamil akan meregangkan otot-otot usus dan menyebabkan berlakunya sembelit. Selain itu, kedudukan janin yang menekan bahagian usus juga menyebabkan sembelit.

Baca Juga: Pengalaman Ibu Hamil Sembuh Sembelit

Ketakutan (kerana bimbang jahitan terbuka) membuang air besar semasa berpantang juga menyebabkan sembelit. Keadaan ini bertambah teruk jika diet pemakanan yang tidak sempurna seperti kekurangan pengambilan serat dan air yang mencukupi.

Selain itu, pengambilan pil dan suplemen zat besi semasa hamil dan berpantang juga boleh menyebabkan sembelit.

Baca Juga: Tips Elak Sembelit Semasa Berpantang


3. Warga Emas

Otot-otot perut dan usus menjadi semakin lemah bila usia meningkat. Di samping itu, orang tua  juga selalunya kurang melakukan aktiviti seperti senaman. Kekurangan pengambilan air kosong juga antara puncanya.

Jika kita adalah sebahagian daripada golongan yang disebutkan di atas, diharapkan kita berjaga-jaga dan mengambil langkah-langkah pencegahan sebelum berlakunya masalah yang lebih rumit seperti sembelit berdarah dan kanser usus.

Semoga perkongsian ini menjadi panduan kepada semua :)


Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Tips Elak Sembelit Semasa Berpantang
Tips Elak Sembelit Semasa Berpantang

SEMBELIT SEMASA BERPANTANG adalah pengalaman ngeri malah lebih perit berbanding sakit hendak bersalin. Lebih fobia jika melarat kepada sembelit berdarah! Sembelit semasa berpantang disebabkan bersalin secara normal ataupun caesar bukanlah perkara tidak normal. Adalah normal ibu-ibu sukar untuk membuang air besar selepas beberapa hari bersalin. Ini adalah berpunca daripada perubahan dalaman wanita seperti jumlah hormon progesteron yang tinggi dalam badan semasa hamil yang boleh menyebabkan sembelit. Sistem pencernaan juga berfungsi dengan lebih perlahan semasa proses kelahiran. Namun, masalah sembelit ini semakin rumit jika, perasaan takut dan gusar untuk membuang air besar, kononnya sakit dan takut jahitan akan terbuka. Ingat, bila datang perasaan takut untuk membuang, otot tidak lagi mengendur dan membuka malah mengetatkan. Ini lebih sukar untuk membuang! Kesan sembelit yang teruk akan menyebabkan sembelit berdarah malah paling membimbangkan adalah terjadinya buasir atau kanser! Tips Elak Sembelit Semasa Berpantang Antara cara yang Kak Put syorkan adalah:
1. Amalkan pemakanan sihat, cukup nutrisi dan seimbang. Perlu cukup pengambilan sayur dan buah. Kak Put suka oren, cubalah.


Tips Elak Sembelit Semasa Berpantang
Minum Air Mencukupi Elak Sembelit

2. Pengambilan air yang mencukupi juga penting. Jangan takut untuk minum air yang banyak semasa dalam pantang. Sediakan sebotol tepi katil anda.

3. Bila datangnya isyarat badan untuk membuang, jangan lengah dan terus ke tandas. Bukan mudah untuk isyarat datang kembali jika terlepas.


Tips Elak Sembelit Semasa Berpantang
Posture Elak Sembelit Semasa Berpantang
4. Duduk mirip mencangkung semasa membuang. Sediakan bangku kecil untuk letakkan kaki lebih tinggi berbanding kedudukan punggung. Sekali sekala gerakkan badan dengan meluruskan dan membongkok untuk mengerakkan otot perut.
5. Pengambilan suplemen berkesan untuk cegah sebelum parah. (Selalunya jalan terakhir ibu-ibu akan ambil ubat julap atau pelembut najis)
Pengambilan suplemen berkesan yang Kak Put syorkan adalah OsteMatrix. OsteMatrix sejenis pil kalsium untuk ibu bersalin. Mengandungi Kalsium dan Magnesium yang membantu pergerakan otot usus dan penyerapan air secara optimum ke dalam usus menyebabkan proses pembuangan lebih lancar.

Baca Juga: Cara Mudah Atasi Sembelit Semasa Berpantang Semoga perkongsian ini dapat membantu pembaca dan semua ibu-ibu bersalin yang ada masalah sembelit. Selamat mencuba!

Baca juga: Set Selepas Bersalin Shaklee

Share
Tweet
Pin
Share
4 Comments
Newer Posts
Older Posts

Tentang Penulis

About Me

"Mahfuzah Abd Salam, dari Ipoh, Perak. Berkongsi tentang kesihatan, kecantikan dan pendidikan anak-anak sejak 2013. Suri Bisnes sejak 2010. Memiliki 4 orang cahaya mata. Mesra dengan panggilan Kak Put."

Follow Us

  • FACEBOOK
  • INSTAGRAM
  • YOUTUBE

TIPS AND INFO

  • Kecantikan
  • Kesihatan
  • Pendidikan

MY LIFESTYLE STORY

  • Ceritera Salahuddin
  • Organized Home

Popular Posts

  • Kategori
  • Cara Tukar Domain blogspot.com Kepada .com
    Alhamdulillah, mesti masing2 dah siap beli domain baru kan? Kawan2 yang advanced dah siap setting sendiri. Proaktif! Walaupun murah, tap...
  • Jom Ketahui Bagaimana OsteMatrix Bantu Tulang Anda
    Tulang yang kuat untuk tubuh yang kuat. Bina dan pastikan tulang anda kuat dengan nutrien "pembina-tulang" untuk memastikan ia kek...
  • 10 Tips Tingkatkan Kecergasan Lelaki! - Part 1
    Sebagai seorang lelaki, terdapat banyak perkara yang ingin anda capai dalam kehidupan. Salah satu daripadanya adalah pelaburan masa dan tena...
  • Posisi Laid-Back, Posisi Kasih Sayang
    "Penyusuan susu ibu adalah lebih daripada sekadar suatu kaedah pemakanan bayi. Susu ibu adalah satu pilihan gaya hidup" - Dr....

recent posts

Blog Archive

  • ►  2020 (2)
    • ►  July 2020 (1)
    • ►  June 2020 (1)
  • ►  2019 (2)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  July 2019 (1)
  • ▼  2018 (9)
    • ►  December 2018 (1)
    • ►  November 2018 (2)
    • ▼  October 2018 (3)
      • Cara Mudah Atasi Sembelit Semasa Berpantang
      • 3 Golongan Berisiko Mengalami Sembelit
      • Tips Elak Sembelit Semasa Berpantang
    • ►  August 2018 (2)
    • ►  May 2018 (1)
  • ►  2017 (48)
    • ►  October 2017 (14)
    • ►  September 2017 (21)
    • ►  August 2017 (7)
    • ►  June 2017 (1)
    • ►  April 2017 (1)
    • ►  March 2017 (4)
  • ►  2016 (34)
    • ►  November 2016 (1)
    • ►  October 2016 (15)
    • ►  September 2016 (2)
    • ►  August 2016 (1)
    • ►  April 2016 (2)
    • ►  February 2016 (4)
    • ►  January 2016 (9)
  • ►  2015 (15)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  November 2015 (1)
    • ►  October 2015 (1)
    • ►  September 2015 (2)
    • ►  August 2015 (9)
    • ►  April 2015 (1)
  • ►  2014 (13)
    • ►  October 2014 (2)
    • ►  September 2014 (3)
    • ►  August 2014 (2)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  February 2014 (4)
    • ►  January 2014 (1)
  • ►  2013 (14)
    • ►  September 2013 (2)
    • ►  June 2013 (4)
    • ►  May 2013 (2)
    • ►  April 2013 (2)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (2)

Followers

Facebook Twitter Instagram

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates