• Utama
  • Tentang Saya
  • Perkongsian
    • Kesihatan
    • Kecantikan
    • Pendidikan
  • Membeli-belah
Powered by Blogger.
facebook instagram twitter youtube

Mahfuzah Salam

Golongan Berisiko Mengalami Sembelit

Sembelit termasuk penyakit yang mudah untuk ditangani. Tetapi, jika dibiarkan sembelit ini berpanjangan akan menyebabkan sembelit yang teruk seperti sembelit berdarah dan buasir. Lebih membimbangkan kanser usus juga menghidap!

Sembelit yang ringan mudah ditangani dengan mengubah pola pemakananan yang lebih baik.  Namun, terdapat beberapa golongan yang mengalami sembelit atas faktor umur dan fizikal. InsyaAllah, keadaan ini masih dapat dibendung selagi mana kita masih mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Berikut adalah golongan yang kerap mengalami sembelit;

Kanak-Kanak Berisiko Mengalami Sembelit

1. Bayi dan Kanak-Kanak

Sistem penghadaman bayi masih tidak matang seperti orang dewasa. Terdapat beberapa bentuk makanan yang tidak dapat dihadam dengan baik. Kebanyakan bayi yang mengalami masalah ini diberikan susu formula (FM), FM adalah tepung dan mengandungi campuran kanji yang menyebabkan najis menjadi keras.

Kanak-kanak juga mudah untuk mengalami sembelit kerana diet pemakanan yang kurang sempurna dan agak cerewet memilih makanan. Kurang gemar mengambil makan tinggi serat seperti sayur dan buah dalam makanan antara punca berlakunya sembelit.

Baca Juga: Pengalaman Anak Sembuh Sembelit


2. Ibu Hamil dan Berpantang

Perubahan hormon wanita seperti peningkatan hormon progesterone yang tinggi semasa hamil akan meregangkan otot-otot usus dan menyebabkan berlakunya sembelit. Selain itu, kedudukan janin yang menekan bahagian usus juga menyebabkan sembelit.

Baca Juga: Pengalaman Ibu Hamil Sembuh Sembelit

Ketakutan (kerana bimbang jahitan terbuka) membuang air besar semasa berpantang juga menyebabkan sembelit. Keadaan ini bertambah teruk jika diet pemakanan yang tidak sempurna seperti kekurangan pengambilan serat dan air yang mencukupi.

Selain itu, pengambilan pil dan suplemen zat besi semasa hamil dan berpantang juga boleh menyebabkan sembelit.

Baca Juga: Tips Elak Sembelit Semasa Berpantang


3. Warga Emas

Otot-otot perut dan usus menjadi semakin lemah bila usia meningkat. Di samping itu, orang tua  juga selalunya kurang melakukan aktiviti seperti senaman. Kekurangan pengambilan air kosong juga antara puncanya.

Jika kita adalah sebahagian daripada golongan yang disebutkan di atas, diharapkan kita berjaga-jaga dan mengambil langkah-langkah pencegahan sebelum berlakunya masalah yang lebih rumit seperti sembelit berdarah dan kanser usus.

Semoga perkongsian ini menjadi panduan kepada semua :)


Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Older Posts

Tentang Penulis

About Me

"Mahfuzah Abd Salam, dari Ipoh, Perak. Berkongsi tentang kesihatan, kecantikan dan pendidikan anak-anak sejak 2013. Suri Bisnes sejak 2010. Memiliki 4 orang cahaya mata. Mesra dengan panggilan Kak Put."

Follow Us

  • FACEBOOK
  • INSTAGRAM
  • YOUTUBE

TIPS AND INFO

  • Kecantikan
  • Kesihatan
  • Pendidikan

MY LIFESTYLE STORY

  • Ceritera Salahuddin
  • Organized Home

Popular Posts

  • Cara Tukar Domain blogspot.com Kepada .com
    Alhamdulillah, mesti masing2 dah siap beli domain baru kan? Kawan2 yang advanced dah siap setting sendiri. Proaktif! Walaupun murah, tap...
  • Cara Beli Domain Murah dan Jimat
    Entry yang dinanti2kan. Hehe. Atas permintaan adik beradik Shaklee saya dalam team IMR (bawah pimpinan Noor Zawani Suhaimin ), saya siapkan...
  • Mengapa Pilih OsteMatrix?
    Mungkin sahabat-sahabat Put tertanya, apa kelebihan OsteMatrix berbanding suplemen kalsium di pasaran?? Meh Put kupas sedikit untuk kefahama...
  • Tanda-tanda Diabetes
    Beberapa tanda menghidap penyakit diabetes adalah seperti berikut: Dapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik berhampiran sekiranya and...
  • 3 Golongan Berisiko Mengalami Sembelit
    Sembelit termasuk penyakit yang mudah untuk ditangani. Tetapi, jika dibiarkan sembelit ini berpanjangan akan menyebabkan sembelit yang te...

recent posts

Blog Archive

  • ▼  2020 (2)
    • ▼  July 2020 (1)
      • Kategori
    • ►  June 2020 (1)
  • ►  2019 (2)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  July 2019 (1)
  • ►  2018 (9)
    • ►  December 2018 (1)
    • ►  November 2018 (2)
    • ►  October 2018 (3)
    • ►  August 2018 (2)
    • ►  May 2018 (1)
  • ►  2017 (48)
    • ►  October 2017 (14)
    • ►  September 2017 (21)
    • ►  August 2017 (7)
    • ►  June 2017 (1)
    • ►  April 2017 (1)
    • ►  March 2017 (4)
  • ►  2016 (34)
    • ►  November 2016 (1)
    • ►  October 2016 (15)
    • ►  September 2016 (2)
    • ►  August 2016 (1)
    • ►  April 2016 (2)
    • ►  February 2016 (4)
    • ►  January 2016 (9)
  • ►  2015 (15)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  November 2015 (1)
    • ►  October 2015 (1)
    • ►  September 2015 (2)
    • ►  August 2015 (9)
    • ►  April 2015 (1)
  • ►  2014 (13)
    • ►  October 2014 (2)
    • ►  September 2014 (3)
    • ►  August 2014 (2)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  February 2014 (4)
    • ►  January 2014 (1)
  • ►  2013 (14)
    • ►  September 2013 (2)
    • ►  June 2013 (4)
    • ►  May 2013 (2)
    • ►  April 2013 (2)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (2)

Followers

Facebook Twitter Instagram

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates