• Utama
  • Tentang Saya
  • Perkongsian
    • Kesihatan
    • Kecantikan
    • Pendidikan
  • Membeli-belah
Powered by Blogger.
facebook instagram twitter youtube

Mahfuzah Salam

Tulang dan wanita bukan lagi satu topik baru. Tulang sering dikaitkan dengan wanita, terlalu rapat dengan isu kalsium dan juga osteoporisis. Put perasan Mak di kampung dah pakai gigi palsu, gigi Mak mula rosak di usia 30an. Apakah puncanya? Kerana Mak menyusukan anak, dan Mak Put bukanlah seorang yang gemar minum susu. Jadi kekurangan kalsium berlaku, sebab tu gigi kurang berkualiti ;)

Hari ini Put nak kongsikan bersama sahabat-sahabat semua. sebuah artikel yang dipetik daripada Kosmo Online.

Kerap Hamil Jejas Tulang

MEMILIKI zuriat yang ramai selalunya mampu memberikan kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga.
Namun, kehamilan yang kerap dan dalam jarak masa yang singkat turut mengundang risiko kepada ibu mengandung.
Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.
Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium yang tinggi berbanding biasa.
Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.
“Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa,” jelasnya.
Tambah Annissa, jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh.
Ketidakseimbangan hormon penting wanita tersebut secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang.
“Estrogen penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang juga akan terganggu akibat kekurangan kalsium,” ujar Annissa.
Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kandungan kalsium dan ia mula menyerapnya daripada tulang dan gigi pula.
Ini kerana sebanyak 80 peratus kandungan kalsium dalam badan terdapat pada bahagian itu.
Setelah banyak kalsium diserap keluar, ia akan mengganggu struktur tulang dan gigi. Ia akan mengurangkan kepadatan struktur itu yang akhirnya mengundang penyakit berkaitan tulang.

Dalam pada itu, Pakar Perunding Pemulihan Perubatan WQ Park, Dr. Tunku Nor Taayah Tunku Zubir menjelaskan bahawa kekurangan kalsium di dalam badan boleh menyebabkan masalah kerapuhan tulang.
Berpantang
“Kalsium adalah elemen terpenting dalam pembentukan tulang. Justeru ia diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengekalkan kekuatan tulang.

“Apabila kurang kalsium, ia akan menyebabkan masalah osteoporosis yang sering menyerang wanita terutamanya yang sudah menopaus,” katanya kepada Jurnal.
Ibu hamil digalakkan minum banyak susu dan mengambil sumber kalsium lain seperti keju, yogurt dan sayur berdaun hijau sebagai cara untuk mengoptimumkan jumlah kalsium dalam badan.
Sebagai langkah untuk membantu mengekalkan kesihatan tulang dalam kalangan wanita, Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif, Dr. Mohd. Ismail Tambi menasihatkan mereka yang berisiko agar menjarakkan tempoh kehamilan.
Sambil merujuk kepada kepentingan amalan berpantang selepas bersalin, Ismail menjelaskan bahawa wanita perlu menjaga kesihatan reproduktif sepanjang tempoh mengandung sehingga melepasi waktu bersalin.
“Amalan berpantang adalah penting kerana ia merangkumi tempoh seseorang wanita yang baru bersalin untuk pulih dari segi mental dan fizikal.
“Jarak masa yang lama sebelum kembali mengandung dapat digunakan oleh ibu untuk mengembalikan kalsium dalam badan dan menghilangkan trauma kelahiran,” katanya.
Seseorang ibu bukan sahaja memerlukan tempoh pantang sebelum kembali mengandung bahkan masa yang lebih lama sebagai langkah menjaga kesihatannya.

Baca Artikel Penuh di SINI 

--

Kekurangan kalsium? Alah dengan susu? Boleh cuba suplemen Shaklee OsteMatrix. Bukan sekadar kalsium, kerana OsteMatrix mempunyai formula khas di mana terdapatnya kalsium, vitamin D, magnesium dan lain-lain lagi yang membantu penyerapan optimum kalsium.

Kaplet yang lebih kecil berbanding pil kalsium di pasaran, memudahkan sahabat untuk menelannya. Mudah bukan?


Untuk Tempahan & Info,
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
Emel: zmfnurahmad@gmail.com
SMS: 019-326 5417
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Credit photo: realrawhealth.com
Pemakanan seimbang adalah perkara yang amat penting bagi mereka yang berhasrat untuk mengurangkan berat badan. Teknik ini termasuklah dengan pengambilan vitamin, karbohidrat, dan zat-zat besi . Namun begitu, teknik pemakanan seimbang tidak akan lengkap tanpa pengambilan protein yang secukupnya. Mengapa protein?

Protein merupakan salah satu ejen yang membentuk sel-sel di dalam badan. Ia juga mempunyai manfaat lain seperti membantu meningkatkan metabolisme dalam proses pembakaran lemak. Hal ini disebut oleh seorang pakar nutrisi yang menambah bahawa protein merupakan satu nutrisi yang lambat dicerna oleh tubuh badan kita. Dengan ini, ia akan memanjangkan tempoh kita berasa kenyang. Secara tidak langsung, kita dapat mengurangkan amaun makanan yang diambil.

Di samping itu, protein turut membantu dalam proses membakar lemak dengan cara membekalkan tenaga kepada otot-otot kita. Ia juga membantu untuk proses penghasilan otot. Dalam sehari, tubuh badan kita memerlukan sebanyak 15-25 peratus kandungan protein untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan kita..

Jumlah protein yang paling ideal untuk diambil dalam sehari adalah sebanyak 120-140 gram. Jumlah itu bersamaan dengan 1 potongan ayam dada yang sederhana tanpa kulit, sepotong daging merah rendah lemak, seekor ikan bersaiz sederhana. Dengan berbekalkan amaun protein yang secukupnya, pemakanan yang seimbang boleh dilaksanakan.

Selain daripada itu, pengamalan pengambilan whey protein juga membantu dalam proses menurunkan berat badan. Whey protein datang daripada susu lembu yang diolah untuk menjadi tepung protein yang berkualiti tinggi. Ia mengandungi asid amino yang amat membantu untuk kesihatan tubuh.

Oleh itu, pengambilan protein yang mencukupi merupakan sebuah diet nutrisi amat penting untuh tubuh badan kita selain daripada vitamin, zat besi dan karbohidrat. Akan tetapi pastikan anda tidak mengambilnya secara berlebihan kerana jika berlebihan, ia juga akan memberikan kesan sampingan yang  tidak elok untuk tubuh badan anda. Pengambilan makanan dan nutrisi yang seimbang dapat membantu dalam proses menurunkan berat badan.

Kredit to: health.launchpad.com.my

--
Kevin Zahri is a US AFTA certified personal trainer and nutritionist, and the author of several fitness books and ebooks, including the best-selling "How to Lose 5kg in 5 Weeks".
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Newer Posts
Older Posts

Tentang Penulis

About Me

"Mahfuzah Abd Salam, dari Ipoh, Perak. Berkongsi tentang kesihatan, kecantikan dan pendidikan anak-anak sejak 2013. Suri Bisnes sejak 2010. Memiliki 4 orang cahaya mata. Mesra dengan panggilan Kak Put."

Follow Us

  • FACEBOOK
  • INSTAGRAM
  • YOUTUBE

TIPS AND INFO

  • Kecantikan
  • Kesihatan
  • Pendidikan

MY LIFESTYLE STORY

  • Ceritera Salahuddin
  • Organized Home

Popular Posts

  • Kategori
  • Cara Tukar Domain blogspot.com Kepada .com
    Alhamdulillah, mesti masing2 dah siap beli domain baru kan? Kawan2 yang advanced dah siap setting sendiri. Proaktif! Walaupun murah, tap...
  • Jom Ketahui Bagaimana OsteMatrix Bantu Tulang Anda
    Tulang yang kuat untuk tubuh yang kuat. Bina dan pastikan tulang anda kuat dengan nutrien "pembina-tulang" untuk memastikan ia kek...
  • 10 Tips Tingkatkan Kecergasan Lelaki! - Part 1
    Sebagai seorang lelaki, terdapat banyak perkara yang ingin anda capai dalam kehidupan. Salah satu daripadanya adalah pelaburan masa dan tena...
  • Posisi Laid-Back, Posisi Kasih Sayang
    "Penyusuan susu ibu adalah lebih daripada sekadar suatu kaedah pemakanan bayi. Susu ibu adalah satu pilihan gaya hidup" - Dr....

recent posts

Blog Archive

  • ►  2020 (2)
    • ►  July 2020 (1)
    • ►  June 2020 (1)
  • ►  2019 (2)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  July 2019 (1)
  • ►  2018 (9)
    • ►  December 2018 (1)
    • ►  November 2018 (2)
    • ►  October 2018 (3)
    • ►  August 2018 (2)
    • ►  May 2018 (1)
  • ►  2017 (48)
    • ►  October 2017 (14)
    • ►  September 2017 (21)
    • ►  August 2017 (7)
    • ►  June 2017 (1)
    • ►  April 2017 (1)
    • ►  March 2017 (4)
  • ►  2016 (34)
    • ►  November 2016 (1)
    • ►  October 2016 (15)
    • ►  September 2016 (2)
    • ►  August 2016 (1)
    • ►  April 2016 (2)
    • ►  February 2016 (4)
    • ►  January 2016 (9)
  • ►  2015 (15)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  November 2015 (1)
    • ►  October 2015 (1)
    • ►  September 2015 (2)
    • ►  August 2015 (9)
    • ►  April 2015 (1)
  • ►  2014 (13)
    • ►  October 2014 (2)
    • ►  September 2014 (3)
    • ►  August 2014 (2)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  February 2014 (4)
    • ►  January 2014 (1)
  • ▼  2013 (14)
    • ►  September 2013 (2)
    • ►  June 2013 (4)
    • ►  May 2013 (2)
    • ▼  April 2013 (2)
      • Kerap Hamil Jejas Tulang??
      • Pentingnya Protein dalam Proses Menurunkan Berat B...
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (2)

Followers

Facebook Twitter Instagram

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates