Kerap Hamil Jejas Tulang??

by - April 26, 2013

Tulang dan wanita bukan lagi satu topik baru. Tulang sering dikaitkan dengan wanita, terlalu rapat dengan isu kalsium dan juga osteoporisis. Put perasan Mak di kampung dah pakai gigi palsu, gigi Mak mula rosak di usia 30an. Apakah puncanya? Kerana Mak menyusukan anak, dan Mak Put bukanlah seorang yang gemar minum susu. Jadi kekurangan kalsium berlaku, sebab tu gigi kurang berkualiti ;)

Hari ini Put nak kongsikan bersama sahabat-sahabat semua. sebuah artikel yang dipetik daripada Kosmo Online.

Kerap Hamil Jejas Tulang

MEMILIKI zuriat yang ramai selalunya mampu memberikan kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga.
Namun, kehamilan yang kerap dan dalam jarak masa yang singkat turut mengundang risiko kepada ibu mengandung.
Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.
Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium yang tinggi berbanding biasa.
Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.
“Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa,” jelasnya.
Tambah Annissa, jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh.
Ketidakseimbangan hormon penting wanita tersebut secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang.
“Estrogen penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang juga akan terganggu akibat kekurangan kalsium,” ujar Annissa.
Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kandungan kalsium dan ia mula menyerapnya daripada tulang dan gigi pula.
Ini kerana sebanyak 80 peratus kandungan kalsium dalam badan terdapat pada bahagian itu.
Setelah banyak kalsium diserap keluar, ia akan mengganggu struktur tulang dan gigi. Ia akan mengurangkan kepadatan struktur itu yang akhirnya mengundang penyakit berkaitan tulang.

Dalam pada itu, Pakar Perunding Pemulihan Perubatan WQ Park, Dr. Tunku Nor Taayah Tunku Zubir menjelaskan bahawa kekurangan kalsium di dalam badan boleh menyebabkan masalah kerapuhan tulang.
Berpantang
“Kalsium adalah elemen terpenting dalam pembentukan tulang. Justeru ia diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengekalkan kekuatan tulang.

“Apabila kurang kalsium, ia akan menyebabkan masalah osteoporosis yang sering menyerang wanita terutamanya yang sudah menopaus,” katanya kepada Jurnal.
Ibu hamil digalakkan minum banyak susu dan mengambil sumber kalsium lain seperti keju, yogurt dan sayur berdaun hijau sebagai cara untuk mengoptimumkan jumlah kalsium dalam badan.
Sebagai langkah untuk membantu mengekalkan kesihatan tulang dalam kalangan wanita, Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif, Dr. Mohd. Ismail Tambi menasihatkan mereka yang berisiko agar menjarakkan tempoh kehamilan.
Sambil merujuk kepada kepentingan amalan berpantang selepas bersalin, Ismail menjelaskan bahawa wanita perlu menjaga kesihatan reproduktif sepanjang tempoh mengandung sehingga melepasi waktu bersalin.
“Amalan berpantang adalah penting kerana ia merangkumi tempoh seseorang wanita yang baru bersalin untuk pulih dari segi mental dan fizikal.
“Jarak masa yang lama sebelum kembali mengandung dapat digunakan oleh ibu untuk mengembalikan kalsium dalam badan dan menghilangkan trauma kelahiran,” katanya.
Seseorang ibu bukan sahaja memerlukan tempoh pantang sebelum kembali mengandung bahkan masa yang lebih lama sebagai langkah menjaga kesihatannya.

Baca Artikel Penuh di SINI 

--

Kekurangan kalsium? Alah dengan susu? Boleh cuba suplemen Shaklee OsteMatrix. Bukan sekadar kalsium, kerana OsteMatrix mempunyai formula khas di mana terdapatnya kalsium, vitamin D, magnesium dan lain-lain lagi yang membantu penyerapan optimum kalsium.

Kaplet yang lebih kecil berbanding pil kalsium di pasaran, memudahkan sahabat untuk menelannya. Mudah bukan?


Untuk Tempahan & Info,
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
Emel: zmfnurahmad@gmail.com
SMS: 019-326 5417

You May Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian Kak Put di sini :)