• Utama
  • Tentang Saya
  • Perkongsian
    • Kesihatan
    • Kecantikan
    • Pendidikan
  • Membeli-belah
Powered by Blogger.
facebook instagram twitter youtube

Mahfuzah Salam


Sabtu lepas, bawak anak2 g main kat pusat permainan indoor..Put seperti biasa mesti cuci mata kat kedai buku. Berdekatan pusat permainan tu ada kedai buku Popular dan juga Perintis. Pusing2, tengok2 buku..sekali tak bawak duit banyak..beli majalah Pa&Ma je, tapi 2 keluaran. Bulan Mei ngan Jun sekali. Best sangat, yang Mei tu ada tips2 bakal ibu bapa.. Di sini Put nak kongsikan serba sedikit yang telah dibaca. Info penyusuan susu ibu secara eksklusif, sahabat perlu tahu bahawa;

# Bayi baru lahir memang kerap menyusu kerana susu ibu mudah hadam. Oleh itu bayi mudah lapar dan kerap ingin menyusu.

# Kuantiti kolostrum memang sedikit tetapi cukup untuk keperluan bayi. Dia hanya memerlukan 5-10ml setiap kali penyusuan pada hari pertama sehingga hari ketiga.

# Semakin kerap payudara dikosongkan, semakin cepat susu dapat dihasilkan. Jadi, kuantiti susu ibu akan bertambah mengikut kekerapan kekosongan payudara.

# Untuk penghasilan susu yang optimum, anda perlu memastikan payudara dikosongkan lapan hingga 12kali dalam tempoh 24jam sama ada dengan menyusukan bayi atau memerah payudara apabila berjauhan dengannya.

# Bayi berupaya untuk hidup, satu hingga dua hari tanpa sebarang bekalan susu kerana kandungan perutnya masih mampu menampung keperluan pemakanannya.

# Anda digalakkan untuk kerap menyusukan anak pada waktu malam kerana tahap prolaktin yang tinggi ketika ini dapat merangsang lebih banyak penghasilan susu.

# Selain daripada hormon prolaktin dan oksitosin, terdapat satu lagi hormon yang juga penting dalam penyusuan iaituFeedback Inhibitor of Lactation (FIL). Apabila payudara makin penuh, kelenjar pituitari akan merembeskan hormon FIL sebagai petunjuk untuk memperlahankan penghasilan susu. Apabila keadaan ini berlarutan, lama-kelamaan penghasilan susu akan terhenti.

# Anda perlu berhati-hati semasa mencuci payudara. Elakkan daripada menyapu sabun pada bahagian aerola dan puting. Pencucian hanya menggunakan air suam adalah lebih baik.

# Ketika mengepam, bayi mahu menyusu. Utamakan dia. Hisapan bayi adalah rangsangan terbaik untuk menghasilkan lebih banyak susu. Biarkan dia menyusu sepuasnya. Selesai menyusukannya, anda boleh kembali mengepam bagi memastikan payudara dapat dikosongkan dengan sebaik-baiknya.

# Jika bayi cuma gemar menyusu di sebelah payudara, pam sebelah lagi payudara. Hal ini bagi memastikan bahagian berkenaan mendapatkan rangsangan yang sama untuk berterusan menghasilkan susu.

# Jika stok susu sedikit, amalkan 'power pumping' setiap hari. Ia sangat berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu. Caranya anda perlu mengepam 10minit - rehat 10minit - pam 10 minit - rehat 10minit dan pam 10minit dalam tempoh masa sejam.

# Air adalah komponen utama susu ibu. Jadi anda perlu minum air minimum tiga hingga empat liter sehari. Sebaik-baiknya air kosong.

# Amalkan zikir Ya Matin, 70 kali setiap hari untuk memperbanyakkan susu ibu. Waktu yang paling bagus ialah pada waktu malam dan Subuh. Boleh juga bacakan zikir itu dan hembus ke dalam segelas air sebelum diminum.

# Sebelum tamat tempoh cuti bersalin, anda perlu mengakar bayi menyusu ibu menggunakan kaedah alternatif selepas usianya 50hari. Anda tidak boleh menyusukan dia sendiri tetapi meminta bantuan orang lain seperti ayah atau nenek kepada bayi untuk melakukannya.

Dapatkan tips penuh 100 PERKARA WAJIB TAHU BILA BERGELAR IBU BAPA daripada Majalah Pa&Ma keluaran Jun 2013.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
"Dealing with Hair Loss"

Pagi tadi sambil pakaikan baju anak, secara tak sengaja Put tonton Breakfast Show di NTV7. Salah satu slot bertajuk "Dealing with Hair Loss". Beberapa intipati yang sempat Put dengar:

1. Keguguran rambut berpunca daripada gaya hidup kita hari ini yang sibuk bekerja, gaya pemakananyang tidak sihat, serta tubuh badan yang stres.

2. Masalah keguguran rambut adalah normal selepas bersalin kerana perubahan hormon secara drastik.

3. Pengambilan nutrisi yang betul dapat mengurangkan masalah keguguran rambut. Pakar Nutrisi yang dijemput juga mencadangkan pengambilan multivitamin, protein dan juga zink.

Memang pening melihat rambut berguguran di lantai. Lagi satu dalam bilik air, rasa takut bila tengok rambut di mana2. Berdasarkan saranan pakar nutrisi tersebut, Put cadangkan kepada sesiapa yan mengalami masalah keguguran rambut, boleh amalkan Shaklee Vita-Lea, ESP dan Zinc Complex. Vita-Lea mampu membantu melengkapkan kekurangan nutrisi harian, manakala ESP akan membantu penyerapan vitamin2 di samping ESP sangat bagus dalam membina sel2 baru dalam badan. Zinc Complex pula berperanan menguatkan syaf rambut. InsyaAllah, atas doa dan usaha, keguguran rambut akan berkurangan.


Untuk Info & Tempahan,
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
Emel: zmfnurahmad@gmail.com
SMS: 019-326 5417
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Newer Posts
Older Posts

Tentang Penulis

About Me

"Mahfuzah Abd Salam, dari Ipoh, Perak. Berkongsi tentang kesihatan, kecantikan dan pendidikan anak-anak sejak 2013. Suri Bisnes sejak 2010. Memiliki 4 orang cahaya mata. Mesra dengan panggilan Kak Put."

Follow Us

  • FACEBOOK
  • INSTAGRAM
  • YOUTUBE

TIPS AND INFO

  • Kecantikan
  • Kesihatan
  • Pendidikan

MY LIFESTYLE STORY

  • Ceritera Salahuddin
  • Organized Home

Popular Posts

  • Kategori
  • Cara Tukar Domain blogspot.com Kepada .com
    Alhamdulillah, mesti masing2 dah siap beli domain baru kan? Kawan2 yang advanced dah siap setting sendiri. Proaktif! Walaupun murah, tap...
  • Jom Ketahui Bagaimana OsteMatrix Bantu Tulang Anda
    Tulang yang kuat untuk tubuh yang kuat. Bina dan pastikan tulang anda kuat dengan nutrien "pembina-tulang" untuk memastikan ia kek...
  • 10 Tips Tingkatkan Kecergasan Lelaki! - Part 1
    Sebagai seorang lelaki, terdapat banyak perkara yang ingin anda capai dalam kehidupan. Salah satu daripadanya adalah pelaburan masa dan tena...
  • Posisi Laid-Back, Posisi Kasih Sayang
    "Penyusuan susu ibu adalah lebih daripada sekadar suatu kaedah pemakanan bayi. Susu ibu adalah satu pilihan gaya hidup" - Dr....

recent posts

Blog Archive

  • ►  2020 (2)
    • ►  July 2020 (1)
    • ►  June 2020 (1)
  • ►  2019 (2)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  July 2019 (1)
  • ►  2018 (9)
    • ►  December 2018 (1)
    • ►  November 2018 (2)
    • ►  October 2018 (3)
    • ►  August 2018 (2)
    • ►  May 2018 (1)
  • ►  2017 (48)
    • ►  October 2017 (14)
    • ►  September 2017 (21)
    • ►  August 2017 (7)
    • ►  June 2017 (1)
    • ►  April 2017 (1)
    • ►  March 2017 (4)
  • ►  2016 (34)
    • ►  November 2016 (1)
    • ►  October 2016 (15)
    • ►  September 2016 (2)
    • ►  August 2016 (1)
    • ►  April 2016 (2)
    • ►  February 2016 (4)
    • ►  January 2016 (9)
  • ►  2015 (15)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  November 2015 (1)
    • ►  October 2015 (1)
    • ►  September 2015 (2)
    • ►  August 2015 (9)
    • ►  April 2015 (1)
  • ►  2014 (13)
    • ►  October 2014 (2)
    • ►  September 2014 (3)
    • ►  August 2014 (2)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  February 2014 (4)
    • ►  January 2014 (1)
  • ▼  2013 (14)
    • ►  September 2013 (2)
    • ►  June 2013 (4)
    • ▼  May 2013 (2)
      • 14 Info Penyusuan Susu Ibu Eksklusif
      • Suplemen Untuk Keguguran Rambut
    • ►  April 2013 (2)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (2)

Followers

Facebook Twitter Instagram

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates