Tepung Beras Cap Gajah Ada 3 Tau!

by - January 12, 2016

Alhamdulillah, semalam bermula puasa ganti masa bersalin kat Salahuddin. 20hari kena ganti. Huhu. Bila puasa, automatik saya jadi rajin. Rajin nak buat kuih muih. Gaya macam terror, tapi tak pun. Hehe.

Semalam bukan main bercadang nak buat cucur jawa, ambik resepi Mak. Akhirnya, tak menjadi pun. Anak2 komen, '..tak jadi sikit je..'. Pandai sungguh anak2 ambik hati. Hehe. Nak tunjuk rupe cucur jawa saya memang tak la. Jauh pemanggang dari api. Hahaha.

Mak kata buat cucur jawa ni tak boleh silap sikit, nanti lain rupanya. Tak boleh terlebih manis, tak leh tercair, api tak terpanas, minyak tak boleh lebih, macam2 la. Kiranya orang yang selalu buat je boleh agak2. Tepung beras jenama lain2 pun, bancuhan tu berubah. Mak Put guna tepung cap bunga ros.

Ada kawan saya kongsikan tips pagi tadi tentang cap2 tepung beras yang ada dan sesuai untuk ape. Cap gajah pun macam2 gajah ada tau!


Cap 5 Gajah, sesuai untuk buat isi laksa sebab hasilnya lebih kenyal.


Cap 3 Gajah pulak sesuai untuk kuih koci, nampak lebih berkilat. Boleh jugak untuk apam beras yang jenis lama tu, cicah kelapa parut tu.


Cap 1 Gajah, jenis ni untuk goreng2an macam pisang goreng, cempedak goreng lebih rangup guna tepung ni.


Cap Teratai, yang ni sama macam Cap 1 Gajah. Sesuai untuk goreng2.

Lepas ni boleh la beli ikut keperluan masakan kita. Semoga bermanfaat :)

You May Also Like

2 Comments

  1. Aduh. Nampak macam senang ek buat cucur ni. Tapi. Silap bancuh, salah guna tepung, terlebih cair, tak jadi lah jawabnya ya.

    Tak pe. Try n error. Buat kasi jadi. Pengalaman tu nikmat bila sekali buat tak jadi. Hehe.

    Banyak jenis juga tepung beras ni ha. Huuu belajar sesuatu

    ReplyDelete
  2. Kena hari2 main tepung kot baru kita mahir bancuh. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian Kak Put di sini :)