7 Tips Kendali Pemakanan Anak Kali Pertama Berpuasa

by - May 07, 2018


Assalamu'alaikum semua. Lama tak menulis di sini. Sedar-sedar dah nak Ramadhan tak lama lagi. Semoga Allah ketemukan kita bersama Ramadhan kali ini. Aameen.

Ingat lagi tak kali pertama kita berpuasa? Masa kita kecik-kecik dulu? Kak Put dulu start berpuasa masa umur 7 tahun. Seingat Kak Put, Kak Put tinggal puasa 3 hari. Alhamdulillah, walaupun tak pernah cuba puasa sebelum tu, puasa half day pun tak pernah. Kira terus praktik gitu. Hehe.

Sekarang, giliran anak-anak Kak Put pulak. Tahun ni dah tiga beradik kena puasa penuh, Amri, Aina dan Syahmi. Risau jugak sebab diorang kena pergi sekolah, cuaca sekarang pun agak panas. Alhamdulillah, tempoh kelas dipendekkan dan anak-anak balik lepas waktu Zohor. Biasa lepas Asar baru gerak balik.

2 hingga 3 hari pertama tu agak menguji anak-anak la kan. Bukan kali pertama je macam ni. Rasanya anak-anak yang dah pernah puasa pun. Maklumla puasa setahun sekali. Nak-nak yang rajin makan macam anak-anak Kak Put, hehe. Sejak Rejab hari tu dah train sikit-sikit puasa sunat. Kadang OK, kadang ada yang surrender. Haha.

Kak Put pun duk plan jugak apa yang nak disediakan untuk anak-anak. Dari perspektif nutrisi, maksudnya dari segi pemakanan, kat sini ada beberapa idea untuk kita bantu memudahkan perjalanan berpuasa anak-anak:

Semasa Sahur

Sahur ni macam sarapan, sebagai pemula hari kita kena mulakan dengan makanan yang sihat. Jadi, berikan anak kita sahur yang:

1. Pemakanan bertenaga tinggi macam susu dan telur. Sebab susu dan telur ni adalah penggalak tenaga yang hebat.

2. Segelas Meal Shakes yang lazat serta mengandungi vitamin dan mineral bagi memastikan anak-anak kita kenyang lebih lama.

3. Minuman yang sihat bagi memastikan mereka terhidrasi sepanjang hari dan kurangkan rasa dahaga dengan Performance® dengan rasa oren yang enak. Fungsi macam air isotonik gitu.

4. Sertakan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai sumber serat yang penting. Senang untuk anak-anak membuang, kurangkan masalah sembelit semasa puasa.

Semasa Iftar/Berbuka Puasa

Galakkan pemakanan yang sihat semasa berbuka;

5. Ambillah sebahagian sunnah Rasulullah seperti kurma dan air.

6. Sediakan sup dan stew yang kaya dengan mineral dan garam. Lebih baik buat sendiri ye.

7. Bancuh segelas Meal Shakes untuk melegakan perut selepas seharian berpuasa dan menghalang anak kita dari terlebih makan. (Sesuai ni untuk anak Kak Put ni, hehe)

Best tau Meal Shakes ni, untuk anak-anak puasa dengan lebih mudah!


  • Sumber yang baik untuk serat, protein, kalsium dan zink untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
  • Membantu mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama.
  • Sempurna untuk kanak-kanak dan remaja yang aktif. Kiranya bukan anak-anak yang kecik sahaja.
  • Boleh jugak ditambah ke dalam apa-apa minuman, sup berkrim dan ais krim!
  • Ibu dan ayah juga pun mesti suka, sedap. Bau pun dah sedap!
---

Nak mencuba Meal Shakes untuk anak-anak? Inilah masa yang tepat kerana sekarang tengah berlangsungnya promo Meal Shakes diskaun 10% bagi setiap pembelian 2 botol Meal Shakes. Bakal berakhir 30 April ye!

Hubungi Kak Put untuk merasai sendiri #ShakleeEffect!

Kak Put adalah SID yang tepat!

COD Meru Raya dan Chemor
Pengeposan ke Seluruh Negara
~ Always Caring, Always Here!

You May Also Like

2 Comments

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian Kak Put di sini :)