NutriFeron Sebagai Travel Kit Untuk Anak-Anak

by - August 14, 2018

NutriFeron Sebagai Travel Kit Untuk Anak-Anak

"Dak de dah la 'ubat labu' kita dik. Mana nak dapat lagi lepas ni. Setahun lagi katanya."

Semalam bukak sachet terakhir yang ada dalam simpanan. Sebenarnya sejak NutriFeron tak de stok di Malaysia, Kak Put duk simpan 2 sachet yang berbaki untuk emergency.

Alkisah Salahuddin tak sihat baru² ni. Ada muntah dan berak sikit. Tapi tidak la teruk. Cuma ada demam sikit, doktor risau virus bila demam. Kalau kembong biasa, tak demam patutnya. Doktor pesan, kalau Isnin tak ok kena datang klinik semula.

Alhamdulillah, lepas amik ubat klinik tu Salahuddin nampak selera makan semula. Cuma masih membuang bila dia ada amik susu. Sehari 3 kali membuang tapi najis tidak seperti biasa.

Sepanjang tidak sihat, Kak Put masih continue minum susu + Meal Shakes 2 kali sehari. Sebab yang keluar banyak, Kak Put bagi Salahuddin minum Performance Drinks untuk ganti mineral yang dah terbuang. PD ni option bila anak tak minum ORS.

Sekali hari Sabtu, Salahuddin dah membuang 5 kali. Najis makin Mama dah cuak walaupun Salahuddin makan dengan baik. Baru teringat NutriFeron, terus bagi kat Salahuddin.

NutriFeron ni galakkkan penghasilan interferon tau. Interferon ni la yang menghasilkan tindakbalas imun. Interferon ni la tugas dia bagi signal kat sel² untuk lawan penyakit. Kiranya macam perisai sistem imun.

Sekali makan setengah sachet je, jarakkan 2 jam dengan ubat yang klinik beri.
Shaklee tak sarankan NutriFeron untuk kanak² ye sebab tiada kajian untuk kanak². Tapi Kak Put yakin dengan bahan semulajadi dan juga pengalaman dengan anak² sebelum ni.

Dan, untuk anak² Kak Put bukan beri untuk daily intake ye. Sebab tu Kak Put jadikan emergency kit untuk anak². Biasa amik masa travel sebab anak mudah berjangkit masa travel dan bercuti kan.

Antara ikhtiar lain, sambil² bagi anak makan ubat tu boleh baca² selawat syifa'. Selain tu, jangan lupa teruskan doa buat anak dan juga tunaikan solat hajat. Kerana sesungguhnya Allah yang memberi kesembuhan.

Alhamdulillah, semalam Salahuddin dah makin kurang membuang. Najis pun kelihatan semakin baik berbanding Sabtu lepas. Semoga Salahuddin baik sepenuhnya hari ini.

You May Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian Kak Put di sini :)