10 Tips Mudah Menghafal Dengan Cepat

by - December 05, 2018

Sesetengah orang ada masalah untuk menghafal, lebih-lebih kalau buku tebal dan banyak fakta serta huraian perlu diingati. Sudah berkali-kali dibaca, namun begitu sukar mahu melekat di minda. Jika berterusan, ada yang terus tutup buku dan sambung tidur! Berikut beberapa tip untuk menghafal teks dengan mudah dan cepat.

1. Fokus
Sebelum membuka buku, pastikan kamu fokus dan memberi sepenuh perhatian. Elakkan gangguan bunyi kerana ia boleh mengganggu tumpuan. Sebaiknya, tutup saja telefon bimbit.

2. Baca dengan Kuat
Membaca dengan nada kuat sehingga diri sendiri boleh mendengar. Sebelum itu pastikan pintu dan tingkap ditutup, supaya suara nyaring kamu itu tidak mengganggu ketenteraman orang lain.

3. Ajar pada Orang Lain
Mengajar orang lain adalah salah satu cara terbaik untuk menghafal. Ini akan meningkatkan pemahaman dan daya ingatan. Itu sebabnya ilmu harus diajar pada orang lain kerana salah satu manfaatnya kamu sendiri akan menjadi faham dan ingat.

4. Latihan Depan Cermin
Sekiranya kamu tidak mempunyai pendengar yang sudi menemani kamu seperti ahli keluarga atau kawan, kamu juga boleh bercakap di depan cermin.

5. Guna Perakam
Gunakan perakam  memori. Terdapat perakam memori yang boleh kamu gunakan untuk membantu menghafal. Dalam telefon pun ada, kan?

6. Relaks
Biarkan fikiran kamu tenang kerana semakin kamu relaks, kamu akan mudah menghafal dan meningkatkan pemahaman lebih tinggi. Cara untuk relaks? Mudah saja, duduk dengan selesa sambil melepaskan ketegangan otot dengan menghela nafas panjang.

7. Waktu yang Tepat
Pilih waktu yang tepat untuk menghafal. Kebanyakan pelajar yang cemerlang dan berjaya, mereka akan tidur selepas Isyak dan bangun semula pada 2/3 malam untuk menghafal, memahami dan mengingati apa yang mereka belajar.

8. Berulang Kali
Untuk menghafal, perlu membaca  berulang kali. Sebaik-baiknya sehingga 7 kali. Ini kerana lebih banyak kamu mengulang, maka makin banyak kamu dapat mengingatinya.

9. Buat Catatan
Catatan membantu dalam menguatkan daya menghafal. Catat point penting atau highlight supaya kamu tidak perlu membaca berulang kali di bahagian yang tidak penting.

10. Makanan Seimbang
Makan makanan seimbang kerana ia sangat penting untuk memberi nutrien yang diperlukan oleh otak. Seterusnya memudahkan sel-sel otak berhuhung.






You May Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian Kak Put di sini :)