Pengalaman Menggunakan AIA Family Medical Card : Tidak Menangis Lagi

by - June 21, 2017

Pengalaman Menggunakan Medical Card AIA

Kak Put tidak menangis lagi.

Alhamdulillah, semalam anak Kak Put Salahuddin dah pun discaj setelah selama 6 hari berada di hospital. Pertama kali Kak Put rasa tenang selama menjaga Salahuddin berbanding menjaga anak2 lain sebelum ni.

Kak Put ni sebenarnya trauma nak bawak anak ke hospital bila anak2 kurang sihat. Pantang sangat bila suami Kak Put sebut “nak kena pergi hospital ni”. Sepantas kilat menyambar Kak Put akan zas2 kata2 tu.

Pengalaman yang lepas, menjaga sendiri Amri sekali, Aina 2 kali semasa bayi malah menjaga diri sendiri sebanyak 4 kali bersalin di hospital kerajaan banyak buat Kak Put trauma. Yang lain ada lagi jaga Amri 3 kali, memang Kak Put pass baton kat suami Kak Put.

Kak Put rasa tak selesa, nak jaga auratnya, nak jaga solatnya. Kak Put bukanlah orang yang warak, tetapi kesukaran2 tersebut kadang buat kita tewas dan amik mudah. Tiap kali lalu hospital, mesti ingat kesilapan2 lepas. Bab2 lain seperti prosedur dan SOP Kak Put tak nak sebut, rasanya ramai pernah merasainya sendirinya. 

Inilah kali pertama Kak Put tak menangis2 kat hospital. Kak Put rasa selesa sangat. Dari bab makan, tidur, layanan, semua insyaAllah yang terbaik. Belum lagi puas hati bab2 rawatan yang diterima dan prosedur2 lain, memang memuaskan. Allah..masa tu barulah dapat rasa benarlah wang bukanlah segalanya, tetapi segalanya perlukan wang.

Kak Put tau, kerajaan telah mencuba sedaya upaya menyediakan fasiliti dan kemudahan yang terbaik, tapi sekiranya ada rezeki yang lebih, laburkanlah sedikit rezeki yang ada untuk mendapatkan medical card dan takaful untuk anak2 dan diri sendiri.

Kak Put dulu pun tak suka betul bila sebut takaful ni. Apa yang suami Kak Put buat pun tak tau sangat, tak amik port pun orang kata. Setelah mengalaminya sendiri, baru Kak Put sedar kepentingannya.

Topik Berkaitan: Perlindungan Perubatan Lengkap Untuk Anda dan Keluarga


Terima kasih Abang Sayang Zulfadli Jusoh kerana berjaya mengubah pemikiran isterimu. Terima kasih banyak kerana buat semua ini untuk Sayang dan anak2. Terima kasih atas segala usaha yang Abang dah cuba #buatsehabisbaik buat keluarga kita.

Rasa sangat bersyukur atas rezeki yang Allah bagi hari ni sejak berada di bumi Perak. Benarlah kata2, hijrah pasti membawa sinar dan kehidupan baru kepada keluarga kita. Sehingga hari ni, satu persatu Allah tunjukkan satu persatu hikmah di sebalik penghijrahan ini.

Namun, Parit Raja tetap segar dalam ingatan kami.

Penafian: Posting ini dikongsikan atas rasa berkongsi rasa bahagia dan bukanlah kerana suami Kak Put agen AIA Takaful. Jom kerja keras, buat yang terbaik untuk keluarga kita. Pilihlah, banyak di luar sana produk2 takaful terbaik di Malaysia.

You May Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian Kak Put di sini :)