• Utama
  • Tentang Saya
  • Perkongsian
    • Kesihatan
    • Kecantikan
    • Pendidikan
  • Membeli-belah
Powered by Blogger.
facebook instagram twitter youtube

Mahfuzah Salam


Kawan-kawan pernah buat ujian 'pap smears' tak? Alhamdulillah, saya pernah menjalani ujian 'pap smears' sebelum ni. Mulanya takut jugak, hehe. Lepas dah selesai baru lega. Tapi, selepas bersalin kat Salahuddin, belum buat pun lagi. JM duk tanya jugak bila nak buat temujanji, hehe. Malu tapi bahaya tau kalau tak pernah buat ujian ni sebab kanser serviks ni tak de tanda2 awal. Siapa yang tak pernah buat dan tak bimbang, boleh baca ni, saya salin daripada pemplet dapat di klinik.

1. Kanser serviks berlaku apabila sel-sel malignan berubah di dalam dinding serviks.

2. 99% kes kanser serviks disebabkan oleh Human Papillomavirus (HPV).

3. 70% daripada kes-kes kanser serviks disebabkan oleh HPV-16 dan HPV-18.

4. Jangkitan HPV sangat lazim berlaku. Ia menjangkiti 1 dalam 2 orang dewasa yang aktif secara seksual.

5. Dalam kebanyakan kes, jangkitan ini akan pulih sendiri. Dalam sesetengah kes, virus HPV boleh kekal di dalam tubuh dan menyebabkan pertumbuhan sel yang tidak normal di dalam serviks wanita yang dijangkitinya.

6. Risiko menghidap kanser serviks adalah lebih tinggi bagi wanita yang merokok, mempunyai lebih daripada seorang pasangan seksual, pernah dijangkiti penyakit berjangkit seksual dan mempunyai sistem imun yang lemah.

7. Wanita yang menghidap kanser serviks dan pra-kanser pada peringkat awal biasanya tidak mengalami sebarang gejala. Biasanya gejala bermula apabila sel kanser menjadi ganas dan merebak ke dalam tisu yang berdekatan. Apabila ini berlaku, gejala yang paling lazim berlaku ialah:

i. Pendarahan yang tidak normal dari faraj seperti pendarahan selepas melakukan hubungan seksual, selepas menopaus, berlaku antara kitaran haid, dan mempunyai haid yang lebih lama atau lebih banyak dari biasa.

ii. Pengeluaran lelehan yang tidak normal dari faraj – ia mungkin bercampur darah dan keluar antara kitaran haid atau selepas menopaus.

iii. Rasa sakit di faraj ketika melakukan hubungan seks.

Jangan tunggu lagi, sila dapatkan maklumat lanjut dengan klinik-klinik berdekatan. Semoga kita dalam peliharaanNya.

Share
Tweet
Pin
Share
3 Comments
Older Posts

Tentang Penulis

About Me

"Mahfuzah Abd Salam, dari Ipoh, Perak. Berkongsi tentang kesihatan, kecantikan dan pendidikan anak-anak sejak 2013. Suri Bisnes sejak 2010. Memiliki 4 orang cahaya mata. Mesra dengan panggilan Kak Put."

Follow Us

  • FACEBOOK
  • INSTAGRAM
  • YOUTUBE

TIPS AND INFO

  • Kecantikan
  • Kesihatan
  • Pendidikan

MY LIFESTYLE STORY

  • Ceritera Salahuddin
  • Organized Home

Popular Posts

  • Posisi Laid-Back, Posisi Kasih Sayang
    "Penyusuan susu ibu adalah lebih daripada sekadar suatu kaedah pemakanan bayi. Susu ibu adalah satu pilihan gaya hidup" - Dr....
  • Cara Tukar Domain blogspot.com Kepada .com
    Alhamdulillah, mesti masing2 dah siap beli domain baru kan? Kawan2 yang advanced dah siap setting sendiri. Proaktif! Walaupun murah, tap...
  • Takwim Persekolahan 2020 Terkini (Pindaan Penggal Persekolahan)
    Takwim Persekolahan 2020 Terkini (Pindaan Penggal Persekolahan) | Alhamdulillah, hari ini 24 Jun 2020 sesi persekolahan telah dibuka sem...
  • Tips Elak Sembelit Semasa Berpantang
    Tips Elak Sembelit Semasa Berpantang SEMBELIT SEMASA BERPANTANG adalah pengalaman ngeri malah lebih perit berbanding sakit hendak bersa...
  • Bagaimana Melatih Bayi Menerima Susu Perahan?
    Alhamdulillah, minggu lepas, adik ipar saya tempah Shaklee ESP untuk tambahkan susu badan, baru je sebulan lebih melahirkan anak kedua. ...

recent posts

Blog Archive

  • ▼  2020 (2)
    • ▼  July 2020 (1)
      • Kategori
    • ►  June 2020 (1)
  • ►  2019 (2)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  July 2019 (1)
  • ►  2018 (9)
    • ►  December 2018 (1)
    • ►  November 2018 (2)
    • ►  October 2018 (3)
    • ►  August 2018 (2)
    • ►  May 2018 (1)
  • ►  2017 (48)
    • ►  October 2017 (14)
    • ►  September 2017 (21)
    • ►  August 2017 (7)
    • ►  June 2017 (1)
    • ►  April 2017 (1)
    • ►  March 2017 (4)
  • ►  2016 (34)
    • ►  November 2016 (1)
    • ►  October 2016 (15)
    • ►  September 2016 (2)
    • ►  August 2016 (1)
    • ►  April 2016 (2)
    • ►  February 2016 (4)
    • ►  January 2016 (9)
  • ►  2015 (15)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  November 2015 (1)
    • ►  October 2015 (1)
    • ►  September 2015 (2)
    • ►  August 2015 (9)
    • ►  April 2015 (1)
  • ►  2014 (13)
    • ►  October 2014 (2)
    • ►  September 2014 (3)
    • ►  August 2014 (2)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  February 2014 (4)
    • ►  January 2014 (1)
  • ►  2013 (14)
    • ►  September 2013 (2)
    • ►  June 2013 (4)
    • ►  May 2013 (2)
    • ►  April 2013 (2)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (2)

Followers

Facebook Twitter Instagram

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates