• Utama
  • Tentang Saya
  • Perkongsian
    • Kesihatan
    • Kecantikan
    • Pendidikan
  • Membeli-belah
Powered by Blogger.
facebook instagram twitter youtube

Mahfuzah Salam

Alhamdulillah, hajat lama akhirnya kesampaian. Dah lama nak beri anak2 makan ubat cacing yang sepatutnya 6bulan atau setahun sekali diberi. Sampai Mak pun dah banyak kali ingatkan. Ngee. Mak kata Tok Wan saya dulu ikut jadual beri ubat cacing kat anak2 dia. Tok Wan saya memang seorang yang sangat displin. Hujung minggu baru ni, selesai la 3 beradik tu minum ubat cacing. Hehe. Kenapa saya boleh berniat nak beri ubat cacing kat anak2? Sebenarnya dah lama saya perasan beberapa tanda2 ni, macam kecacingan je ni (walaupun tak pasti betul atau tak, saya andaikan saja). Anak saya Syahmi dan Aina ni sihat cuma diorang suka meratah lauk, sorang kurang makan nasi, sorang berat badan tak naik2 walaupun makan. Hehe. Syahmi tu siap perut buncit lagi. Berbeza ngan Amri, terlebih sihat pulak. Walaupun tak pasti punca masalah ni, saya berikan ubat cacing kepada ketiga2 beradik sebagai pencegahan sebab ubat cacing ni tak bahaya dan lebih baik untuk pencegahan.

Jenama yang saya beli, Zentel
Episod beri ubat cacing ni menarik. Hehe. Anak2 jadi takut nak makan sebab ingat ada cacing. Saya beli jenis cecair. Memang episod memujuk tu makan masa sikit. Tak de pulak gambar malam tu. Dah la 3 orang pulak tu. Hehe. Nak buat macamana, terbeli yang cecair. Rupanya ada juga jenis lain macam Champs tu, siap dalam bentul tablet, ada perisa coklat lagi. Jadi kalau anak2 jenis susah nak minum ubat cecair, boleh cuba yang tablet tu.

Nak Percaya atau tidak? Cacing boleh hidup dalam badan? Selalu ada 5-6 cacing yang boleh hidup dalam badan, antara yang glamor macam cacing gelang, cangkuk, kerawit, benang dan pita. Cacing2 ni boleh hidup sebab makan nutrien dan zat2 yang terdapat dalam usus tau, masa proses penghadaman tu. Sebab tu anak yang terkena kecacingan ni mengalami masalah kurang berat badan. Cacing2 tu dah rembat dulu, sebab tu dipanggil parasit dalam badan. Menumpang tinggal dan menumpang makan. Hehe.

Dos dan senarai cacing yang boleh dimusnahkan
Sebenarnya sihat atau tak, kita disarankan untuk memberikan ubat cacing kepada anak2 sebagai pencegahan. Maklum la kanak2 kan, kadang basuh tangan pun nak cepat2. Pastu suka masukkan barang dalam mulut pun boleh jadi. Macam Aina ngan Amri suka sangat gigit getah, ntah ape2. Padahal dah besar, tu yang risau. Walaupun dah jarang makan luar, pun tetap kena hati2. Maklum la kan makanan kat luar kan kurang jamin kebersihannya, tambahan bab2 basuh membasuh ni (telur cacing kat buah dan sayur). Cacing2 ni pun boleh merebak melalui makanan yang kurang masak tau. Satu lagi yang saya risau, tandas di sekolah, saya kurang pasti tahap kebersihannya bagaimana. Jadi kita perlu didik anak2 supaya membasuh terlebih dahulu tempat duduk tandas sebelum tunaikan ‘hajat’ (kalau tandas jenis duduk la). Samada di sekolah ataupun di rumah. (Duk terbayang macamana la Amri urus diri kat tandas sekolah. Hehe.)

Baru perasan orang dewasa pun ada. Hehe.
Perasan tak kat botol ubat cacing tadi ada gambar orang dewasa? Orang dewasa pun boleh kena kecacingan ke? A’a betul! Kat botol ubat cacing tu siap ada dos untuk ‘adult’ lagi. Hehe. Sepatutnya semua ahli keluarga kena minum termasuk ibu bapa (saya je yang perasan kebal, ngee). Kawan saya seorang guru di sekolah menengah, dia siap cadangkan minum ubat cacing kat pelajar beliau yang suka tidur dalam kelas. Hehe. Yela, tak bermaya dan mengantuk tu dah tanda2nya kan. Sebenarnya orang dewasa memang boleh kena jangkitan cacing ni. Terutama kalau ada pelihara binatang dalam rumah macam kucing. Kan kucing tu keluar masuk tak pakai kasut. Hahaha. Tersesat cacing celah kaki kucing, mana la kita tau kan. Hehe. Kucing pun ada ubat cacing tau, boleh semak ngan klinik haiwan jika berminat. Hehe.

Mengikut ahli farmasi tempat saya beli ubat cacing tu, cacing aktif sebelah malam, jadi berikan anak sebelum tidur. Esok paginya tak de pulak laporan dari anak2 yang najis diorang ada ‘sesat’ cacing. Syahmi pun, tak de pulak dalam pampers. Mak kata kalau ada, mesti keluar. Kalau betul tak de, Alhamdulillah, tak de. Mungkin saya perlu semak semula pemakanan harian serta makanan tambahan mereka. Dalam salah satu artikel Dr. Zubaidi ada menyebut, kalau masih ada cacing 3 hari berturut sehingga hari ke 4, perlu jumpa pakar paediatrik untuk pemeriksaan lanjut. Bahaya tau, nanti akan menyebabkan masalah perkembangan fizikal anak2, pembelajaran pun terganggu sebab selalu sakit dan prestasi kehadiran ke sekolah pun merosot. Jadi, kita tidak boleh pandang enteng perkara ni.

Kat bawah ni tersenarai tanda/simpton kecacingan (sumber: DI SINI) untuk panduan semua. Jadi, ibu2 kat luar boleh semak ye. Antaranya;
  • Cacing keluar dari lubang najis atau ada cacing pada najis.
  • Punggung terasa gatal terutama pada waktu malam.
  • Badan menjadi lemah dan hilang selera makan, serta sakit perut atau cirit birit dan kembung.
  • Pucat dan berat badan menjadi kurang walaupun selera makan ada.
  • Batuk-batuk yang berpanjangan.
  • Demam, ruam di badan, alahan, kaki gatal dan bengkak.
  • Mengetap gigi ketika tidur malam.
  • Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata.
  • Hiperaktif.
  • Sakit kepala.
  • Sensitif terhadap cahaya.
  • Gusi dan hidung berdarah.

Semoga bermanfaat untuk semua :)
Share
Tweet
Pin
Share
29 Comments
Pertama kali dalam hidup, saya join bloglist segmen.

Jom join sekali. Cuma klik gambar di atas sahaja.
Share
Tweet
Pin
Share
3 Comments
Mak sebagai Inspirasi!

Alhamdulillah, sempat siapkan juadah untuk makan tengahari sebelum bekalan air ditutup hari ini untuk kerja2 penyelenggaraan. Kelam kabut tadi sebab saya terlupa. Hehe.

Kisah memasak bukanlah kisah yang hebat dalam hidup saya. Masak tak sedap mana pun, tapi suka makan tu yang lebihnya. Hahaha. Yang paling suka dengar, adik2 saya kata masakan saya persis masakan Mak. Kembang kot. Haha.

Saya percaya, sesiapa pun di dunia ini akan menjadikan ibu mereka sebagai idola, contoh teladan, dan inspirasi dalam kehidupan mereka. Termasuklah saya. Dalam banyak perkara saya jadikan Mak sebagai ikutan termasuklah dalam masak memasak ni.

Perkahwinan di usia muda (zaman sekarang kira muda kalau kawen umur 22tahun, nak2 masih belajar), saya sememangnya tak pandai masak pun termasuklah goreng ayam pun tak masak. Mula2 agak trauma nak masak sebab asyik tak menjadi je. Hahaha. Kisah lama la tu. Sekarang masih trauma kalau buat kuih atau dessert tak menjadi. Kih Kih.

Teringat kisah Mak pernah ceritakan. Mak kata Mak pun tak pandai masak masa Mak kawen dulu. Kali pertama Mak Mertua minta Mak buatkan tepung talam, Mak ngaku je tak pandai masak. Hehe. Kalau sape kenal Mak saya sekarang, pasti ramai tak percaya. Rata2 anak sedara, jiran tetangga dan sahabat handai selalu puji dan rindukan masakan Mak. Anak2 apatah lagi. Jadi, kenapa saya perlu takut?

Mak saya memang hebat! Kami adik beradik pernah makan roti canai dan murtabak air tangan Mak tau! Apa yang Arwah Abah dan anak2 nak makan, semua Mak buatkan. Makanan di restoran pun Mak boleh masakkan. Yang pasti kat rumah terjamin kebersihan dan keberkatan tu!

Saya juga perasan, apa yang Mak suka, mesti Mak belajar buat sampai jadi. Contoh tart nenas gulung dalam gambar tu. Kegemaran sama macam saya. Dulu Mak pun beli macam saya. Tapi lepas tart yang selalu beli tu dah tak de, mula la tak dapat makan. Banyak tahun jugak Mak dah buat tart gulung tu sendiri dan tahun ni saya dapat rasa sedap sangat, sedap berbanding tahun2 yang lepas! Memang betul lah, praktice make perfect!

Tapau tart gulung Mak, hehe
Sekarang saya pun nak jadi macam Mak. Cuba masak apa je yang kita suka. Lama2 jadi la. Dulu setahun berapa kali je dapat makan laksa sebab tunggu balik kampung. Sekarang dah pandai masak, memang tengok ikan dalam sinki pun dah terbayang laksa. Hahaha. Sabar2, pantang setahun orang tua pesan.

Puasa yang lalu, banyak menu jugak yang pertama kali yang saya belajar masak. Paling saya teruja adalah masak roti john. Saya memang suka roti john. Tapi disebabkan makin lama, makn tak sedap bila dibeli. Harga makin naik, kualiti makin turun. Ntah mana datang semangat nak buat roti john pun ntah. Hahaha.

Buat sedikit carian di Google, tengok2 resepi. Tak sangka resepinya mudah dan lebih kurang dengan resepi roti sandwich bakar yang saya selalu buat tu. Kepada sesiapa nak mencuba, boleh cuba resepi ni ya. (Perasan sangat orang nak cua resepi dia, haha)

Bahan2nya:

5 biji roti hotdog
4 biji telur
¾ cawan daging kisar
1 biji tomato – dipotong dadu kecil
1 biji bawang besar – dicincang halus
3 ulas bawang putih – dicincang halus
Sedikit daun sup – dihiris halus
½ sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil serbuk kari daging
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit garam dan perasa
Sedikit majerin untuk sapu pada kuali
Sos dan mayonis untuk hiasan

Cara2nya:

1/ Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik wangi. Masukkan daging kisar bersama serbuk kari daging dan goreng sehingga masak. Tutup api, dan ketepikan.

2/ Pukul telur bersama garam, bahan perasa dan lada sulah. Masukkan tomato, daun sup dan daging kisar yang telah digoreng tadi. Gaul rata.

3/ Belah tengah roti hotdog, pastikan tidak terputus.

4/ Panaskan kuali rata dengan api sederhana, sapukan sedikit majerin dan tuang rata telur. Buka belahan roti tadi dan letakkan di atas telur tengah dimasak. Roti akan melekat pada telur.

5/ Terbalikan roti dan panaskan sebentar supaya roti menjadi lebih lembut. Roti diangkat dan ulang langkah di atas untuk roti seterusnya.

Sedia untuk hiasankan sos dan mayonis
6/ Hiaskan sos dan mayonis di atasnya. Tutup semula belahan roti tadi dan potong untuk sedia dihidang. (boleh jugak tambah sos lada hitam jika berminat)

Meleleh kau!
**Maaf ye, tak de sukatan sebenar sebab saya masak ikut rasa boleh campak. Hehe. Gambar pun tak lengkap.

Popia simpul sebelum digoreng
Kepada semua rakan sejawat saya, jangan la takut atau risau. Cuba dan cuba. Cita2 baru saya nak belajar masakan hari raya, nanti orang tua kita tak de, sape nak masak? Balut ketupat palas tak lulus2 lagi ni. Ketupat nasi dah lulus. Tahun ni nekad buat popia simpul, alhamdulillah. Tak menang tangan walaupun tak menjual lagi. Hehe.

Anak kacau ke ape, jadikan cabaran bukan halangan. Nak buat macamana, kalau tak memang tak berasap la dapur kita. Selamat berasapkan dapur masing2. Selamat mencuba!
Share
Tweet
Pin
Share
10 Comments

Anda mungkin takut nak dengar kalau saya bagitau 1 daripada 3 orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Pandang rakan2 di sebelah kiri dan kanan anda, sekiranya mereka tidak mempunyai kolesterol yang tinggi, anda KEMUNGKINAN BESAR mempunyai KOLESTEROL YANG TINGGI!

Paras kolesterol yang tinggi boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, iaitu PEMBUNUH No. 1 di Malaysia!

Hari ini sudah pun masuk 17 Syawal. Bayangkan, berapa banyak ang telah masuk ke dalam perut kita? Saya tidak terkecuali!

Saya yakin anda akan setuju kalau saya katakan bahawa hari raya umpama pesta makanan yang tidak mampu kita tolak. Jemputan rumah terbuka membuatkan anda makin tidak dapat menahan keinginan tekak. Lemang, ketupat, rendang, lontong, sate dan sebagainya???? Setahun sekali tu! Mampukah anda menolak semua makanan kegemaran anda? Sedangkan kolesterol dan kalorinya sangat tinggi?

Kini anda tidak perlu lagi! Saya tahu, inilah yang sebenarnya anda cari!

Shaklee Phytocol-ST! Salah satu produk menurunkan kolesterol semulajadi. Mengandungi 2000mg FITOSTEROL tau! Fitosterol merupakan jenis lemak yang berasal dari sumber tumbuhan yang mempunyai struktur dan fungsi yang mirip kolesterol. Ini bermakna, fitosterol menghalang penyerapan kolesterol! Menarik bukan?

Sekarang, mari saya tunjukkan bagaimana produk ini boleh dapat testimoni yang begitu baik. Klik link di bawah untuk tayangan visual bagaimana produk ini boleh menghalang penyerapan kolesterol dalam badan.

http://bit.ly/1dNQ4V3

Terima kasih kerana berjaya membaca sehingga ayat ini. Jadi, hadiah untuk anda yang sanggup meluangkan masa! Hanya perlu PM saya untuk dapatkan harga istimewa.

Lebih lama masa yang anda ambil untuk mendapatkan produk ini, lebih lama lagi anda perlu tunggu. Penyelesaian bagi masalah anda ada di depan mata. Jangan berpaling lagi dan selesaikan ia sebelum terlambat. WhatsApp saya sekarang, 019-326 5417!
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Lesitin soya ialah sumber utama kolina, salah satu komponen pengutus saraf asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej dalam otak dan sistem saraf.

Lecithin Shaklee diperoleh secara semula jadi daripada kacang soya. Setiap sofgel mengandungi 530mg lesitin.

Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Ingin mencuba kesan terbaik Shaklee?

Saya adalah SID yang tepat!

Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
~ Always Caring, Always Here!
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Alhamdulillah..malam ni berkesempatan untuk berkongsi #shakleeeffect dari saya. Minggu lepas Put ada kongsikan tentang ESP vs Cinch Shake kan? Lupe nak kongsi perubahan berbentuk gambar selepas mencuba ESP + Cinch Shake. Zaman persembahkan gambar kan..hehe.. Saksikan..jeng..jeng..jeng..

Zaman Kegemilangan Put..Hahaha
Sebenarnya Put sendiri tak berapa percaya..hehe..yela..tak de la bersungguh amik untuk terus kurus..sebab nak focus penyusuan ibu untuk Syahmi je dulu.. Tup..tup..turun banyak la jugak..10kg tu..bukan sedikit..walaupun dalam tempoh yang lama jugak la, BMI pun masih belum normal..hehe..

Mungkin tak nampak sangat perbezaan pada wajah Put. Gambar keseluruhan badan yg sesuai tiada dalam koleksi utk tunjuk perbezaan loss weight Put. Maklumla, malu nak tengok gambar sendiri yang 'comel'. Hehe

Gambar 1
--------------
- Masa ni baru 30 hari melahirkan anak ke-3.
- Baru mencuba set berpantang Shaklee
- Berat masih kekal seperti berat sebelum mengandung.

Gambar 2
--------------
- Setelah menyusukan anak 4 bulan dengan bantuan set penyusuan Shaklee
- Berjinak dengan set diet Shaklee

Gambar 3
--------------
- Setelah setahun lebih menjadi pencinta Shaklee

Antara produk Shaklee yang buat Put jatuh cinta:
- ESP
- Alfalfa Complex
- OmegaGuard
- OsteMatrix
- Cinch Shake (Cafe Latte)
- SR Vita-C
- B-Complex

Berat sekarang? Hehe..jangan tanya..sekarang terlebih sudah.. Sebab ada berat ‘bersama’ dan terdapat keculasan dalam pemakanan sejak Ramadhan yang lalu. Terlebih rajin duk dapur..hehe. Insya-Allah jika masih ada rezeki, tengah tahun depan (bulan puasa ke) kita mulakan semula. Kali ni nak bersungguh! Dah nampak kesannya, tak kan la tak nak amik peluang. Betul tak?

p/s: Pastinya Put akan setia meneruskan pengambilan vitamin/suplemen Shaklee walaupun berat Put tidak akan menurun dalam masa terdekat ini..hehe.. Berat ‘bersama’? Apa tu? Boleh personal WhatsApp Put ya kalau nak tau lebih lanjut..hehe

Kepada sahabat2 yang nak mencuba, boleh hubungi Put ya. WhatsApp 019-326 5417.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Put baru je ceraikan susu ibu daripada Syahmi. Alhamdulillah, setelah 2 tahun.. Pengalaman lepas sebagai ibu menyusu, Put juga ambil suplemen Shaklee untuk turunkan berat badan. Walaupun tidak berniat untuk turun secara mendadak, Put dapat rasakan keberkesanan produk Shaklee terutama ESP dan Cinch Shake.

Mulanya Put hanya mengambil set menyusu iaitu Vita-Lea, B-Complex, Vita-C, Alfalfa Complex, OsteMatrix dan ESP. Sepanjang penggunaan, Put perasan kalau tertinggal untuk mengambil ESP, penghasilan susu ibu juga menurun. Sejak tu..ESP wajib ada dalam rumah.

Keinginan untuk menurunkan berat badan adalah keinginan semua wanita. Sedikit sebanyak Put juga tertarik dengan testimoni OmegaGuard dan Cinch Shake.

Alhamdulillah..nampak keberkesanannya walaupun Put tak la konsisten mengamalkannya. Put mengambil ESP + Cinch Shakes untuk satu hidangan. Jumlah berat dari 83kg menurun sehingga 73kg. Alhamdulillah..

Ramai yang bertanya,

1- Apa beza ESP dan Cinch Shakes?
2- Boleh ke ambik kedua²nya?
3- Yang mana lebih berkesan?

Kenapa Put pilih ESP + Cinch?
Put kan masih menyusu masa tu, dalam masa yang sama teringin nak turunkan berat badan. Jadi untuk dapatkan kedua²nya, Put ambik je.

Antara sebabnya adalah:

1- Cinch Shake diformulasi khas untuk program turunkan berat badan
2- Cinch Shake lengkap untuk ganti satu hidangan makanan kerana lengkap dengan vitamin dan mineral.
3- Cinch Shake tinggi kandungan serat; 6gm serat setiap hidangan.
4- Terdapat protin sehingga 24gm setiap hidangan; memang kenyang. Kalau ESP hanya 14gm je.

Cara Put, satu scoop Cinch Shake + satu sudu besar ESP + air kosong 350ml pastu goncangkan. Put amalkan untuk sarapan dan makan malam. Biasanya makan malam la..sarapan jarang.

Boleh ke ambik kedua²nya?
Boleh..tak ada masalah..cuma Put kurangkan dos Cinch Shake. Sepatutnya 2 scoop, Put ambik satu je sebab tambah lagi satu sudu besar ESP.

Yang mana berkesan?
Bagi Put keberkesanan adalah bergantung kepada displin dan kesungguhan. Ada je yang kurang berat badan dengan ESP sahaja..tanpa Cinch Shakes. Janji konsisten dan berdisplin. InsyaAllah berjaya.

Satu lagi perlu ingat bahawa, proses penurunan berat badan akan terganggu kalau tidak cukup nutrisi keperluan harian. Cinch Shake memberikan 35% atau lebih nilai harian kpd 21 vitamin mineral tau. Jadi sepanjang program, jaga makan dan jaga kesihatan.

Put yang tak konsisten pun boleh turun 10kg..apatah lagi kalau anda konsisten. Bayangkan...hehe

Selamat mencuba :)

Untuk Info & Pertanyaan,
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
Emel: zmfnurahmad@gmail.com
SMS/WhatsApp: 019-326 5417

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Newer Posts
Older Posts

Tentang Penulis

About Me

"Mahfuzah Abd Salam, dari Ipoh, Perak. Berkongsi tentang kesihatan, kecantikan dan pendidikan anak-anak sejak 2013. Suri Bisnes sejak 2010. Memiliki 4 orang cahaya mata. Mesra dengan panggilan Kak Put."

Follow Us

  • FACEBOOK
  • INSTAGRAM
  • YOUTUBE

TIPS AND INFO

  • Kecantikan
  • Kesihatan
  • Pendidikan

MY LIFESTYLE STORY

  • Ceritera Salahuddin
  • Organized Home

Popular Posts

  • Cara Tukar Domain blogspot.com Kepada .com
    Alhamdulillah, mesti masing2 dah siap beli domain baru kan? Kawan2 yang advanced dah siap setting sendiri. Proaktif! Walaupun murah, tap...
  • Cara Beli Domain Murah dan Jimat
    Entry yang dinanti2kan. Hehe. Atas permintaan adik beradik Shaklee saya dalam team IMR (bawah pimpinan Noor Zawani Suhaimin ), saya siapkan...
  • Mengapa Pilih OsteMatrix?
    Mungkin sahabat-sahabat Put tertanya, apa kelebihan OsteMatrix berbanding suplemen kalsium di pasaran?? Meh Put kupas sedikit untuk kefahama...
  • Tanda-tanda Diabetes
    Beberapa tanda menghidap penyakit diabetes adalah seperti berikut: Dapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik berhampiran sekiranya and...
  • 3 Golongan Berisiko Mengalami Sembelit
    Sembelit termasuk penyakit yang mudah untuk ditangani. Tetapi, jika dibiarkan sembelit ini berpanjangan akan menyebabkan sembelit yang te...

recent posts

Blog Archive

  • ▼  2020 (2)
    • ▼  July 2020 (1)
      • Kategori
    • ►  June 2020 (1)
  • ►  2019 (2)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  July 2019 (1)
  • ►  2018 (9)
    • ►  December 2018 (1)
    • ►  November 2018 (2)
    • ►  October 2018 (3)
    • ►  August 2018 (2)
    • ►  May 2018 (1)
  • ►  2017 (48)
    • ►  October 2017 (14)
    • ►  September 2017 (21)
    • ►  August 2017 (7)
    • ►  June 2017 (1)
    • ►  April 2017 (1)
    • ►  March 2017 (4)
  • ►  2016 (34)
    • ►  November 2016 (1)
    • ►  October 2016 (15)
    • ►  September 2016 (2)
    • ►  August 2016 (1)
    • ►  April 2016 (2)
    • ►  February 2016 (4)
    • ►  January 2016 (9)
  • ►  2015 (15)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  November 2015 (1)
    • ►  October 2015 (1)
    • ►  September 2015 (2)
    • ►  August 2015 (9)
    • ►  April 2015 (1)
  • ►  2014 (13)
    • ►  October 2014 (2)
    • ►  September 2014 (3)
    • ►  August 2014 (2)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  February 2014 (4)
    • ►  January 2014 (1)
  • ►  2013 (14)
    • ►  September 2013 (2)
    • ►  June 2013 (4)
    • ►  May 2013 (2)
    • ►  April 2013 (2)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (2)

Followers

Facebook Twitter Instagram

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates