Apa itu Ekzema?

by - June 11, 2013

Salam buat semua pembaca blog Put ;). Semenjak promo Meal Shakes bulan ni, Put kerap diajukan soalan berkenaan ekzema, "ekzema sesuai tak amik Meal Shakes?". InsyaAllah, boleh dan boleh mengurangkan masalah ekzema. InsyaAllah. Berikutan Put tak pernah ada pengalaman anak-anak mengalami ekzema, Put telah pun membaca beberapa entry dan juga website berkaitan ekzema ni.

Apa itu ekzema?
Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit).Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan.Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.Biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah satu jangkitan.

Apa penyebab ekzema? 

  • Keturunan. 
  • Bukan alahan tetapi mempunyai pelbagai pencetus. 
  • Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar. 
  • Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti infeksi virus, bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi dan lain lain jangkitan.
  • Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan.

Apakah tanda tanda dan gejala ekzema?


Ekzema kelihatan seperti:
  • Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki.
  • Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.
  • Bengkak kecil yang berair.
Bagaimana ekzema boleh dirawat secara perubatan?

Minta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor akan membuat rawatan seperti berikut:
  • Ubat pencegah gatal seperti antihistamin.
  • Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan.
  • Zrim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk .
  • Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman.
Rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.

Bagaimana cara dan penjagaan untuk mengendalikan masalah ekzema?
  • Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman.
  • Elakkan mandi air panas/suam.
  • Elakkan memakai baju berlapis-lapis.
  • Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
  • Elakkan dari fabrik yang kasar.
  • Jangan gunakan sabun apabila mandi.
  • Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda.
  • Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.

You May Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian Kak Put di sini :)