Keperluan DHA Semasa Hamil

by - June 07, 2013

Pening jugak dulu bila orang tanya kenape masa mengandung kena ambik suplemen OmegaGuard.. sebab tau jawab "untuk perkembangan otak bayi"..hehe.. Mak Put pun tanya, "Kalau tak ambik ni tak de otak ke?" Huhu.. Soalan yang menguji kefahaman..hehe.. Ni Put ada baca-baca, jumpa la Q&A ni.. Jom rungkaikan persoalan mengapa kita perlukan Omega-3 semasa hamil dan bilakah ianya perlu?

Soalan:

Isteri saya sedang hamil anak sulung. Dia disarankan mengambil dietary supplement berbentuk kapsul yang mengandungi minyak ikan, DHA, EPA, AA dan OA di samping vitamin rutin untuk ibu hamil. Benarkah suplemen tersebut dapat mempengaruhi pertumbuhan otak bayi dan boleh menjadikannya lebih bijak selepas lahir?
Effendi Mohamad, Melaka

Jawapan:
Asid lemak omega-3 seperti DHA dijumpai dalam membran sel tubuh. Walau bagaimanapun konsentrasinya didapati lebih tinggi dan paling penting untuk fungsi otak, mata dan saraf. Ia penting semasa kehamilan ketika otak, mata dan saraf janin sedang berkembang.
Janin bergantung sepenuhnya kepada ibu untuk khasiat yang diperlukan. Dengan itu, ibu perlu mengambil makanan yang mengandungi DHA dan asid-asid lemak perlu lain yang mencukupi iuntuk menyokong perkembangan otak dan mata bayi yang optimum.
Pengambilan makanan yang berkhasiat semasa kehamilan dan penyusuan memberi kesan positif kepada kehidupan kanak-kanak di kemudian hari. Ada kajian yang menunjukkan bahawa ibu yang mengamalkan pengambilan DHA yang mencukupi semasa kehamilan dan penyusuan memberi kesan positif dalam pembelajaran.
DHA paling diperlukan semasa trimester ketiga (minggu 28 – 40) kehamilan apabila perkembangan otak janin berada di puncak tetapi ia boleh dimulakan sebaik sahaja keadaan janin stabil iaitu trimester kedua (minggu 13 – 27).
Sebarang kekurangan khasiat semasa trimester kedua juga boleh memberi kesan kepada susu ibu selepas bayi dilahirkan. Pengambilan suplemen yang mengandungi asid lemak perlu seperti yang terkandung dalam minyak ikan tuna boleh diteruskan sepanjang tempoh penyusuan bayi.
Sumber Asal: Website Pa&Ma

Dalam produk Shaklee terdapat satu suplemen yang dinamakan Shaklee OmegaGuard. Merupakan suplemen bersumber minyak ikan yang terbaik di dunia. OmegaGuard mempunyai rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain. DHA penting bagi perkembangan dan fungsi-fungsi otak. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 990mg asid lemak omega-3.
Berminat? Boleh hubungi Put melalui maklumat perhubungan di bawah.
Untuk Tempahan & Info:
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
Emel: zmfnurahmad@gmail.com
SMS/WhatsApp: 019-326 5417

You May Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian Kak Put di sini :)