Bagaimana Melatih Bayi Menerima Susu Perahan?
Cuti berbaki beberapa hari je lagi. InsyaAllah, lepas Hari Raya Aidiladha naik kerja semula. Walaupun saya tiada pengalaman penyusuan ibu semasa bekerja dalam tempoh yang lama, ada la sikit2 saya boleh kongsikan ilmu yang tau dari pembacaan dan perkongsian rakan2. Salah satu yang saya kongsikan bersama adalah jadual latihan susu perahan kepada bayi. Risau jadi seperti anak sulung dahulu, dah nak kerja lagi seminggu pun masih gagal berikan susu perahan.
![]() |
Kaedah sebenar yang dicadangkan |
Kalau diikut nasihat hospital, kita perlu berikan susu perahan menggunakan sudu atau cawan kan. Sebab tak nak bayi keliru puting payudara. Tapi, tidak semua ibu berminat untuk berikan kaedah tersebut, tambahan pula yang hantar anak kepada pengasuh. Keliru, itu antara faktor penolakan puting, bayi tidak mahu menyusu menggunakan botol sedangkan isinya susu perahan ibunya. Berjenis2 puting tiruan dicuba tetapi gagal. Akhir sekali saya teringat satu petua.
Alhamdulillah, adik ipar saya berjaya apabila suaminya (adik saya) sendiri mencuba menyusukan anak menggunakan puting tiruan. Yang kelakarnya, puting pertama yang dibeli tu akhirnya dihisap dengan baik. Hehe. Orang kata, petua tu berhasil sebab bayi tidak bau badan ibunya. Tak tau la sejauh mana kebenarannya tapi ada munasabah jugak kan? Sama macam Syahmi anak saya dulu, saya sendiri yang susukan menggunakan botol memang dia tak berminat. Tapi pengasuh susukan OK je. Hehe.
Seronok sangat adik ipar saya bila saya tunjukkan jadual ni. Semoga jadual ini dapat membantu adik ipar saya dan rakan2 di luar sana. :)
![]() |
Ayah atau sesiapa selain ibunya berjaya berikan susu perahan |
“..berikan susu perahan kepada bayi oleh orang lain selain ibunya sendiri..”
Alhamdulillah, adik ipar saya berjaya apabila suaminya (adik saya) sendiri mencuba menyusukan anak menggunakan puting tiruan. Yang kelakarnya, puting pertama yang dibeli tu akhirnya dihisap dengan baik. Hehe. Orang kata, petua tu berhasil sebab bayi tidak bau badan ibunya. Tak tau la sejauh mana kebenarannya tapi ada munasabah jugak kan? Sama macam Syahmi anak saya dulu, saya sendiri yang susukan menggunakan botol memang dia tak berminat. Tapi pengasuh susukan OK je. Hehe.
Untuk kali ini, saya berikan jadual berikut untuk adik ipar saya. Jadual ni saya rujuk dari pamplet “Perahan Susu Ibu” dari Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.
Hari/Masa | Hari 1 - 3 | Hari 4 - 6 | Hari 7 - 9 | Hari 10 - 13 |
---|---|---|---|---|
7.30 - 9.30 pagi | Perahan Susu Ibu | Perahan Susu Ibu | Perahan Susu Ibu | Perahan Susu Ibu |
10.00 - 11.30 pagi | Susu Ibu | Perahan Susu Ibu | Perahan Susu Ibu | Perahan Susu Ibu |
12.30tgh - 1.30 ptg | Susu Ibu | Susu Ibu | Perahan Susu Ibu | Perahan Susu Ibu |
2.00 - 4.00 ptg | Susu Ibu | Susu Ibu | Susu Ibu | Perahan Susu Ibu |
Seronok sangat adik ipar saya bila saya tunjukkan jadual ni. Semoga jadual ini dapat membantu adik ipar saya dan rakan2 di luar sana. :)
![]() |
Pamplet yang Dirujuk |
7 Comments
Info yang sangat berguna.
ReplyDeleteTerutama yg akan kembali bekerja.
DeletePetua susu perahan di beri oleh orang lain ni pun berkesan pada anak saya.. (^_^)
ReplyDeleteKan..kan..
DeleteGood info terutamanya untuk ibu2 yang ingin kembali bekerja lepas pantang. Hehe..
ReplyDeleteNak test komen jap put..
Cara Menyediakan Makanan Sejuk Beku Anak Anda
Kirah, acaner buat tajuk tu ada link? Hehe
ReplyDeleteInsyaAllah :)
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi membaca perkongsian Kak Put di sini :)