7 Etika Ziarah Ibu Bersalin

by - September 15, 2015


Sedar tak sedar, genap sudah usia baby saya 4 bulan. Macam baru semalam berkerah tenaga dan bertarung nyawa untuk melahirkan Salahuddin. Sedikit ujian untuk anak ke-4, saya perlu melahirkan Salahuddin melalui ksedah Caesarian, dalam masa yang sama saya mengalami tumpah darah yang agak teruk semasa proses pembedahan.

Agak istimewa berbanding pesakit lain, saya perlu berada di wad selama 5 hari selepas hari pembedahan. Kawan2 dan sanak saudara asyik tanya bila boleh keluar hospital sebab nak datang melawat. Bukan nak ziarah saya sangat, biasa tetamu nak tengok baby kan? Betul tak? Hehe. Biasanya saya akan beri jawapan yang kurang pasti kerana saya kurang gemar apabila jadual rutin saya terganggu.

Setelah melalui pengalaman bersalin sebanyak 4 kali, saya rasa terpanggil untuk berkongsi tentang etika dan adab2 ziarah ibu bersalin. Bukan apa, andai tersalah waktu mungkin kita mengundang ketidakselesaan kepada tuan rumah. Sebolehnya kita nak tetamu faham, tak nak tuan rumah masam muka dalam hati.

1. Pilih Hari yang Sesuai
Agak2 kalau baru 2-3 hari keluar dari hospital, selesa tak nak terima tetamu? Rasanya ibu2 lebih memahami. Keadaan diri yang tak terurus lagi nak biasakan dengan baby baru. Luka pun masih belum sembuh, nak gerak pun alahai. Sendiri tau kan. Huhu. Dicadangkan selepas seminggu atau 2 minggu la lebih baik untuk ziarah sebab masa ni ibu pun dah kuat, luka pun dah bercantum elok, baby pun dah tak de demam kuning. Betul tak?

2. Pilih Waktu Yang Sesuai
Pagi, petang atau Malam? Harap semua faham bahawa malam adalah waktu berehat bagi semua orang, jadi kalau boleh elakkan ziarah waktu malam atau lewat senja. Kalau terpaksa, boleh minta izin dari tuan rumah. Elakkan juga ziarah diawal pagi, lepas makan tengahari kerana ini adalah waktu privasi. Awal pagi biasanya nak sarapan, siapkan baby mandi dan biasa awal2 begini ibu2 berpantang akan bertungku, berurut dan sebagainya. Dalam jam 9-11pagi tu ok la. Kalau petang, jam 3-5petang.

Orang tua2 dulu melarang ziarah selepas Asar hingga ke malam. Kerana dibimbangi kita membawa 'kawan' bersama. Kadang2 kita singgah ntah mana2 tempat sebelum sampai.

3. Tempoh Yang Singkat
Yang ini perlu dititikberatkan sekiranya ibu bersalin tu ada anak lain selain baby yang baru lahir. Paham2 la kan kalau ada tetamu, anak2 ni kan suka menunjukkan belang masing2. Si ibu pulak tak boleh nak marah. Makin menjadi anak tu. Tetamu duk leka berborak, kesian kat ibu tu. Tak rehat2.
Lagi satu, kalau dah perasan baby dah buat mimik2 muka dan tak selesa tu, cepat2 akhiri perbualan anda ye. Baby nak menyusu tu, ibu pun segan nak menyusu depan orang even sesama perempuan.

4. Biarkan Bayi Tidur
Memang geram tengok baby tengah tidur, rasa cute giler. Saya yang anak 4  ni pun masih geram tengok baby tidur. Tapi, awas! Jangan sesekali suka2 nak angkat baby orang. Kita tak tau susah payah Ibunya nak tidurkan. Ataupun masa kita datang melawat tu baby baru je pejam mata. Kalau baby terjaga sebab anda terusik, siap! Ibu dia sumpah seranah dalam hati pun kita tak tau.

5. Elakkan Soalan Sensitif
'..nape operate, dah tutup kilang ke..?' '..ko pantang pun tak kurus ek..'. Mak aih soalan. Tanya ke perli. Jadi jagalah tutur kata kita. Kita kan melawat orang sakit, lebih baik doakan dia. Bukan tanya soalan2 sensitif macam tu. Satu lagi soalan, '..nape tak tu..', '..nape tak ni..', jangan tunjuk pandai sangat, semua nak komen itu ini.

6. Jangan Cium2 Bayi
Masa kita kecik2 dulu, pernah tak dengar nenek kita marah bila kita cium tangan adik kita yang baru lahir?

"..eh, jangan cium tangan adik, nanti besar adik suka meminta2.."

Kalau pikir balik, memang suatu kepercayaan yang mengarut. Tapi rasionalnya, supaya penyakit pada kita tak berjangkit pada baby. Antibodi baby kan belum kuat. Tangan kita ntah pegang macam2. Nak2 kalau selesama batuk, jangan gatal hidung nak cium2. Duk jauh2 sudah. Hehe.

Yang sihat, boleh basuh tangan dahulu :)

7. Hadiah Untuk Abang/Kakak Bayi
Kepada yang suka bawak hadiah besar2, jangan lupa bawak bahagian untuk abang/kakak baby tu. Sian dia tengok baby dapat hadiah besar2. Kanak2 belum faham. Dah la fasa ni dia masih cemburu kuat sebab ibu asyik pedulikan baby. Apa kata belikan apa2 yang mudah dan ringkas. Aiskrim ke, coklat ke, biskut Tiger ke..lolipop pun kanak2 suka :)

Semoga panduan ini dapat diaplikasikan oleh kita semua. Jadilah tetamu yang diundang kerana tetamu adalah pembawa rezeki :)

You May Also Like

1 Comments

  1. Hehe..ruby pun 1 je setakat ni..campo give away jadilah 2 atau 3

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian Kak Put di sini :)