Landmark Study Shaklee

by - November 02, 2016


Alhamdulillah, malam tadi ada kelas online tentang Landmark Study. Masuk kejap je, tapi keluar kelas sebab tengokkan anak2 ulangkaji untuk exam hari ni. Dah siap ulangkaji, baru la amik masa dengar input2 kelas malam tadi.

Lepas dengar semuanya, rasa macam TELUSnya Shaklee. Rasa macam caring nya Shaklee. 😍😍

Ingat lagi tak post saya tentang Kenapa saya pilih bisnes Shaklee? Perasan tak point yang ke 6 menyebut tentang Landmark Study? Apa Landmark Study tu?

Biasa dengar kan pengedar2 Shaklee share yang Shaklee ni berbeza dengan suplemen lain, suplemen Shaklee sentiasa berkesan? Shaklee memberi jamin keberkesanan. Agak2 nak percaya tak? Hehe. Saya percaya! Shaklee berani buktikannya dengan buat Landmark Study ni la, terbukti secara klinikal la maksud nyer tu.

Saya macam orang lain jugak, mesti nak bukti. Nak2 ahli akademik, lagi la. Depa mesti nak bukti saintifik baru percaya kan.

Kajian ni dibuat pada Oktober 2007 terhadap 3 golongan. Sampel kajian melebihi 1000 candidates;

- Pertama, pengguna pelbagai produk Shaklee. Pengguna yang dah amalkan 20tahun. Bukan macam kami2 ni yang baru amalkan 4,5 tahun hehe.
- Kedua, pengamal multivitamin brand lain. Contoh multivitamin brand A.
- Ketiga, bukan pengamal suplemen. Maksudnya tak makan apa2 suplemen la.

Boleh percaya ka kajian ni? Ha..mesti la boleh, sebab Shaklee tak buat kajian ni sendiri2. Tapi dibuat oleh pihak ketiga yang tak de kepentingan dalam Shaklee. Mereka ialah Dr Gladys Block dan team penyelidik dr University of California kat Berkeley. Dia ni tip top epidemiologists kat USA. Apa pun keputusan kajian mesti publish walaupun tidak menyebelahi Shaklee. Kemudian review dan disahkan oleh saintis luar.

Agak2 suspen tak sebelum keputusan tu nak keluar? Mau tak dup dap kan? Nak tau ape hasil kajian tu? Sebenarnya banyak kesimpulan dapat dibuat hasil daripada kajian tu. Tapi saya nak petik 2 point sahaja di sini.

"Kajian menunjukkan mereka yang mengambil Suplemen Shaklee dalam jangkamasa yang lama mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil vitamin jenama lain atau langsung tidak mengambil sebarang vitamin"

Satu lagi agak memeranjatkan! Tahap kesihatan pengguna vitamin lain (brand lain) terbukti secara saintifik lebih rendah berbanding golongan tidak mengamalkan apa2 suplemen dan vitamin. 😱😱Jadi, semak semula vitamin yang kita sedang amalkan ye.

Kalau nak kawan2 nak baca jurnal penuh atau lampiran review jurnal, boleh pm saya. Saya boleh kongsikan ☺️. Saya tidak memaksa anda untuk percaya, hehe. Tapi saya nak kongsikan sahaja mengapa saya percaya dan yakin dengan produk Shaklee 😘

Terima kasih kerana sudi baca perkongsian saya kali ini 😘

#mselegacy
#shakleesolidreputation

You May Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian Kak Put di sini :)