3 Tips Anak Kekal Sihat Pada Musim Cuti Sekolah

by - March 14, 2017


Cuti sekolah tiba lagi dan bagi kebanyakan kanak-kanak inilah masa untuk bercuti, bergembira dan makan sepuas-puas hati! Macam anak Kak Put je tu? Haha. Amri kalau cuti sekolah, memang kerap sangat makan. Mama pulak tak larat nak larang dah.

Dengan pelbagai makanan manis dan kudap-kudapan yang tersedia, kanak-kanak mudah terpengaruh dengan amalan pemakanan kurang sihat. Pastinya ia merupakan cabaran untuk kanak-kanak kekal sihat semasa bercuti.

Jangan bimbang, anda masih boleh mengekalkan kesihatan anak anda pada musim cuti tanpa perlu mengorbankan keenakan menikmati makanan manis.

Cara terbaik untuk memastikan kesihatan terjaga ialah dengan memberikan mereka diet seimbang, menawarkan pelbagai jenis makanan yang penuh dengan kebaikan. Anak-anak yang terbiasa dengan makanan ini akan kurang menggemari snek tidak sihat.

Namun begitu, jika anak anda seorang yang pemilih dan tidak mendapat bekalan makanan sihat dengan diet tepat, mereka mungkin kurang bertenaga untuk menikmati percutian. 

Bagi menangani masalah ini, pembelian suplemen multivitamin semulajadi boleh membantu memastikan mereka mendapat semua nutrien penting yang diperlukan.

Inginkan anak-anak anda membesar dengan sihat dan gembira? Berikan mereka permulaan hebat untuk Tahun Baharu dengan nutrien-nutrien penting untuk kesihatan!


1. Nutrien Vitamin dan Mineral yang lengkap
- Penting untuk tumbesaran tubuh
- Membina dan memulihkan sel-sel
- Membina antibodi, enzim dan hormon


2. Keperluan Protein dan Kalsium
- Membantu membina tulang dan gigi yang kuat
- Mengekalkan kesihatan saraf dan otot
- Jika susu bukan lagi makanan utama anak-anak anda, tingkatkan pengambilan kalsium mereka dengan multivitamin


3. Pengambilan Vitamin C secukupnya
- Bertindak sebagai antioksidan
- Meningkatkan sistem imun
- Membina dan menguatkan kolagen dalam tulang, otot-otot dan saluran darah
- Membantu untuk memulihkan kecederaan dan luka

--

Apakah yang terkandung di dalam Set Kanak-Kanak Shaklee dan berapakah pelaburan yang diperlukan? Klik sini.

Bersedia merasai sendiri #ShakleeEffect!
Klik sahaja gambar di bawah untuk hubungi Kak Put ya :)


You May Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian Kak Put di sini :)