• Utama
  • Tentang Saya
  • Perkongsian
    • Kesihatan
    • Kecantikan
    • Pendidikan
  • Membeli-belah
Powered by Blogger.
facebook instagram twitter youtube

Mahfuzah Salam

Assalamu'alaikum semua.

Kak Put masih meneruskan perkongsian manfaat tentang Omega-3 minggu ni. Kali ini topik digemari mommies semua kan. Omega-3, antara nutrisi yang bagus untuk mama, baik untuk bayi. InsyaAllah. Jom kita tengok baiknya Omega-3 untuk tubuh badan kita dan bayi dalam kandungan.

Omega-3 Baik Untuk Ibu Hamil dan Bayi yang Dikandung

Share
Tweet
Pin
Share
2 Comments

Cuti sekolah tiba lagi dan bagi kebanyakan kanak-kanak inilah masa untuk bercuti, bergembira dan makan sepuas-puas hati! Macam anak Kak Put je tu? Haha. Amri kalau cuti sekolah, memang kerap sangat makan. Mama pulak tak larat nak larang dah.

Dengan pelbagai makanan manis dan kudap-kudapan yang tersedia, kanak-kanak mudah terpengaruh dengan amalan pemakanan kurang sihat. Pastinya ia merupakan cabaran untuk kanak-kanak kekal sihat semasa bercuti.

Jangan bimbang, anda masih boleh mengekalkan kesihatan anak anda pada musim cuti tanpa perlu mengorbankan keenakan menikmati makanan manis.

Cara terbaik untuk memastikan kesihatan terjaga ialah dengan memberikan mereka diet seimbang, menawarkan pelbagai jenis makanan yang penuh dengan kebaikan. Anak-anak yang terbiasa dengan makanan ini akan kurang menggemari snek tidak sihat.

Namun begitu, jika anak anda seorang yang pemilih dan tidak mendapat bekalan makanan sihat dengan diet tepat, mereka mungkin kurang bertenaga untuk menikmati percutian. 

Bagi menangani masalah ini, pembelian suplemen multivitamin semulajadi boleh membantu memastikan mereka mendapat semua nutrien penting yang diperlukan.

Inginkan anak-anak anda membesar dengan sihat dan gembira? Berikan mereka permulaan hebat untuk Tahun Baharu dengan nutrien-nutrien penting untuk kesihatan!


1. Nutrien Vitamin dan Mineral yang lengkap
- Penting untuk tumbesaran tubuh
- Membina dan memulihkan sel-sel
- Membina antibodi, enzim dan hormon


2. Keperluan Protein dan Kalsium
- Membantu membina tulang dan gigi yang kuat
- Mengekalkan kesihatan saraf dan otot
- Jika susu bukan lagi makanan utama anak-anak anda, tingkatkan pengambilan kalsium mereka dengan multivitamin


3. Pengambilan Vitamin C secukupnya
- Bertindak sebagai antioksidan
- Meningkatkan sistem imun
- Membina dan menguatkan kolagen dalam tulang, otot-otot dan saluran darah
- Membantu untuk memulihkan kecederaan dan luka

--

Apakah yang terkandung di dalam Set Kanak-Kanak Shaklee dan berapakah pelaburan yang diperlukan? Klik sini.

Bersedia merasai sendiri #ShakleeEffect!
Klik sahaja gambar di bawah untuk hubungi Kak Put ya :)


Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Perlu diingatkan bahawa produk vitamin Shaklee berfungsi untuk memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat. Secara tidak langsung ibu mampu membekalkan susu ibu kepada bayi anda. Lebih kerap sesi perahan atau bayi menyusu, maka lebih banyak susu ibu akan dihasilkan.

Apa yang terkandung di dalam Set Menyusu Shaklee? Kami menawarkan 3 pilihan:

Set Menyusu Shaklee BASIC
1. Vita-Lea with Iron Formula

Multivitamin yang mengandungi nutrisi bersamaan 40 jenis lauk pauk. Mengandungi Zat Besi (Iron) untuk mengelakkan kepekatan darah yang rendah iaitu HB rendah. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang kurang pengambilan sayuran dalam diet seharian. Membantu lengkapkan nutrisi penting untuk penyusuan.

*Mengandungi 120 biji. Untuk kegunaan 2 bulan.

2. SR Vita-C Plus

Meningkat imunisasi tubuh ibu menyusu dan akan disalurkan juga kepada bayi. Jika ibu selalu tidak sihat, penghasilan susu ibu akan terganggu. Membantu mencantikkan kulit ibu dan bayi.

*Mengandungi 180 biji. Untuk kegunaan 3-6 bulan.

3. Alfalfa Complex

Terkenal sebagai Raja Tumbuhan kerana kandungannya yang sangat padat dengan nutrisi. Terkenal juga sebagai Galactogue (penggalak susu).

*Mengandungi 330 biji. Untuk kegunaan 1-2 bulan.

4. B-Complex

Mengandungi 8 jenis Vitamin B yang PERLU untuk tubuh. Menukarkan makanan kepada tenaga, mengelakkan stress. Jika ibu stress, susu sukar dihasilkan. Juga mengandungi Asid Folik yang penting untuk penyusuan.

*Mengandungi 120 biji. Untuk kegunaan 4 bulan.

Set Menyusu Shaklee POPULAR
5. OsteMatrix

Mengandungi Kalsium serta mineral lain untuk tulang dan gigi. Apabila menyusu, kalsium dalam badan ibu akan dibekalkan kepada bayi menerusi susu ibu. Jadi ibu perlu mendapatkan kalsium yang cukup dari pemakanan seharian kerana keperluan kalsium untuk ibu menyusu adalah lebih tinggi berbanding wanita biasa.

Bantu mengelakkan sakit pinggang, sakit badan. Terasa segar bangun pagi walaupun berjaga malam menyusu bayi. mengelakkan berlaku kebas2 akibat ekurangan kalsium.

*Mengandungi 120 biji. Untuk kegunaan 1 bulan.

Set Menyusu Shaklee OPTIMUM
6. ESP

Protein dari soya yang tidak diubah genetiknya (non-GMO). Mengandungi Glisemik Indeks yang rendah (low GI) untuk tenaga segera dan mengekalkan tenaga berpanjangan kepada ibu menyusu.

Susu ibu terdiri dari protein. Begitu juga seluruh badan kita dari hujung rambut ke hujung kaki. Jadi sangat penting untuk pembinaan sel tubuh kita. Bantu mencantikkan kulit ibu dan bayi.

*Berat 850 gram. Untuk kegunaan 1bulan.

** Nota Penting;

Penyusuan bayi dan suplemen ada hubungkait berikut;

1. Jika anda ambil suplemen untuk tujuan penyusuan, perlulah difahami bahawa vitamin bukanlah cara mudah untuk membanyakkan susu ibu. Bukanlah bermakna, hanya makan vitamin dan suplemen susu akan terus menampakkan hasil.

2. Suplemen berfungsi untuk memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat. Secara tidak langsung mampu membekalkan susu ibu kepada bayi anda. Kalau tidak sihat, adakah penghasilan susu akan berkualiti? Andai stress, penghasilan juga terganggu!

3. Perlu amalkan konsep "Demand-Supply". Lebih kerap bayi disusukan atau lebih kerap sesi perahan maka lebih banyak susu ibu dihasilkan. Gelas kosong, pastinya kita akan isi air baru bukan? Andai penuh, tentunya tidak!

--

Untuk dapatkan lebih penjimatan, daftarlah sebagai ahli dan dapatkan CASHBACK juga! Klik di sini untuk cara menjadi ahli Shaklee.

Hubungi kami jika anda sudah bersedia merasai sendiri #ShakleeEffect!

Saya adalah SID yang tepat!
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
COD Meru Raya dan Chemor
Pengeposan ke Seluruh Negara
~ Always Caring, Always Here!
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Kalau baca kisah ni, macam baca kisah diri sendiri pulak. Hehe. Saya pun jenis mudah sembelit, dari zaman sekolah. Kalau travel lak, memang mudah sangat sembelit, kes tak pandai guna tandas orang. Hahaha.

Masa bersalin anak pertama, tak merasa macam ni sebab bersalin Caesar. Masa bersalin anak no 2, ha..amik kau. Memang teruk la sembelit. Masa tu tak kenal lagi Shaklee. Memang pengalaman 'best'. Hehe.

Jom baca kisah Pelanduk 2 serupa ni ;)

TIADA LAGI SEMBELIT DENGAN OSTEMATRIX!



Saya memang mengalami masalah sembelit dari zaman remaja lagi. Seminggu kadang-kadang sekali je membuang. Kalau kurang makan buah dan minum air, memang azab lah duduk dalam tandas. Lama sangat. Pernah sampai nangis-nangis.
Masalah ni berlarutan sehingga lah saya bersalin anak no 1. Masa berpantang anak no 1, saya alami sembelit paling teruk. 5 hari saya tak membuang sebab takut nak teran. Hari ke 5 tu, saya membuang sampai penuh darah kat mangkuk tandas tu.
Memang seram.
Lepas tu memang kerap sembelit. Boleh dikatakan setiap kali pun sembelit lah. Kesannya, masa saya hamil anak no 2, dalam 6 bulan gitu, saya kena buasir. Rektum terkeluar. Pedihnya tuhan saja yang tahu..nak duduk pun tak boleh. Doktor bagi saya ubat macam bullet untuk masuk dalam dubur. Ok lah dalam 2-3 hari then jadi balik.
Masa dalam pantang anak no.2, saya ambil OsteMatrix. Langsung takde sembelit. Sejak amalkan OsteMatrix, saya dah tak kenal dah apa tu sembelit. Sampai la sekarang..dah 2 tahun 1 bulan dan dah 5 bulan hamil anak ke 3, tak pernah sembelit lagi. Dan saya pun tak miss ambil OsteMatrix.

Apakah yang terkandung di dalam Set Bersalin Shaklee dan berapakah pelaburan yang diperlukan? Klik sini.

Mahu baca feedback lain tentang Set Bersalin Shaklee? Klik sini.

--

Hubungi kami jika anda sudah bersedia merasai sendiri #ShakleeEffect!

Saya adalah SID yang tepat!
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
COD Meru Raya dan Chemor
Pengeposan ke Seluruh Negara
~ Always Caring, Always Here!

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Sejak melahirkan anak ke-4, saya perasan banyak perubahan pada diri saya. Antaranya;

- Rambut gugur melebihi fasa biasa. Normal kalau rambut gugur selepas 4 bulan bersalin tapi berlarutan sehingga anak dah berumur setahun. Yang pelik, sangat banyak berbanding pengalaman lepas.

- Gatal sana sini pada badan. Dulu jarang sangat nak gatal2 ni. Tapi sekarang gatal dan sensitif. Berbekas sana sini. Cuba macam2 tak menjadi.

- Lemau. Yang ni memang nampak sangat. Mudah sangat terlena, terlajak jam pulak tu. Masa buat keje tak rasa letih. Tapi bila dah rehat, baru tau flat sangat. Bangun pagi tak segar.

- Tak berkesan sangat amik vitamin dan suplemen. Ambik dan tak ambik macam sama je. Orang Kedah kata macam tak lut pun makan vitamin!

- Kulit muka saya makin teruk. Huwa..berminyak, berjerawat, berjeragat bagai. Nak nangis tengok.

- Sistem penghadaman dah ting tong. Perut pun sentiasa berangin. Kadang2 solat 2 kali sebab angin kus2 datang. Hahaha.

Sehingga la diperkenalkan Set Detoks dari Shaklee bulan Jun yang lalu. Bila baca senarai semak ni, saya perasan banyaknya saya punya 'tick'. Terdetik di hati, saya perlu buat sesuatu. Umur pun dah 31tahun.

Dah lama join group support detoks Shaklee, tapi lama untuk saya kumpul kekuatan, hehe. Konon sayang nak tinggal makan sedap2 masa cuti, puasa dan raya.Hingga ketemu Syawal yang lalu, saya nekad untuk jalankan detoks raya, itupun batch kedua saya join. Almaklum kan, raya kan makan macam2. Hehe.

Alhamdulillah, berjaya menjalankan misi 7hari detoks raya. InsyaAllah, akan ada lagi detoks raya haji.

Jom!

--

Untuk dapatkan lebih penjimatan, daftarlah sebagai ahli dan dapatkan CASHBACK juga! Klik di sini untuk cara menjadi ahli Shaklee.

Hubungi kami jika anda sudah bersedia merasai sendiri #ShakleeEffect!

Saya adalah SID yang tepat!
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
COD Meru Raya dan Chemor
Pengeposan ke Seluruh Negara
~ Always Caring, Always Here!
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Kredits: Nadiah Suhaidi

Soalan & Jawapan mengenai OsteMatrix
-----------------------------------

S1: Kalau kanak-kanak, umur berapa boleh mula bagi OsteMatrix?
J1: OsteMatrix dibuat untuk individu dewasa (18tahun ke atas). Kanak-kanak ambil sumber kalsium daripada Meal Shakes. 16 tahun dah boleh ambik OsteMatrix.

S2: Apakah had maksimum untuk mengambil OsteMatrix?
J2: Bergantung kepada keperluan individu. RDA sarankan 1000mg sehari (4 biji). Jika ada masalah tulang/rapuh/slip disc/patah etc boleh ambik lebih.

S3: Berapakah pengambilan yang sesuai atau had untuk wanita hamil mengambil OsteMatrix?
J3: 4 biji secara tetap setiap hari. Ambil lebih lebih bagus sebab ada banyak faktor badan tak dapat serap khasiat sepenuhnya kalsium tu. Ambil juga ESP.

S4: Warga emas makan OsteMatrix, dada sakit, apa tandanya?
J4: Kena tahu keadaan kesihatan dia. Ada ambil ubat hospital atau dah ada penyakit.

S5: Masa terbaik untuk makan OsteMatrix?
J5: 4 biji malam.

S6: Untuk kes kemalangan yang patah-patah tulang tu, sejauh mana OsteMatrix boleh membantu?
J6: Kalsium akan masuk ke dalam tulang dan mineral lain akan bantu tambah ketumpatan tulang. Sama macam keadaan biasa juga.

S7: Ada kaitan ke makan OsteMatrix untuk bantu lancarkan edaran darah dan bantu dlm hubungan suami isteri? Ada suami yang ambil dan dapat kesan 'mengeras' di bahagian sulitnya.
J7: Positif atau negatif ni? Ya. Kalsium bantu utk kuatkan otot.

S8: Boleh ke tambahkan dos pengambilan OsteMatrix jika sakit gigi ketika hamil?
J8: Ya. Boleh tambahkan dos. Ambil Vita C juga.

S9: Bagaimana OsteMatrix ni bantu tidur lena dan mudahkan pelawasan sampai orang sembelit pun disarankan ambil OsteMtarix?
J9: Kalsium diperlukan oleh otot manusia dalam setiap pergerakan. Jika orang tu stress, OsteMatrix bantu untuk relief contraction of muscle. Dia tidur lebih lena. Otot di bahagian usus tu yang kawal pergerakan najis. Najis tu tak berubah. Tapi otot tu yang lebih mudah dikawal. Maka, senang membuang. Banyakkan ambil makanan banyak serat.

S10: Ada tak kesan sampingan jika OsteMatrix diambil secara berlebihan?
J10: Dah ramai pengguna Shaklee yg ambil lebih daripada 4 biji/hari. Dah berpuluh tahun ambil. Mereka buat ujikaji, tiada masalah batu karang etc. Shaklee ada landmark study untuk pengguna yang dah lebih 20 tahun. Tiada masalah kesihatan.

S11: Bagaimana OsteMatrix membantu dalam mengurangkan masalah gastrik?
J11: Gastrik ni sebab acidity perut tinggi. Kalsium ni alkali. Ia akan meneutralkan perut. Ia juga legakan otot-otot perut. Kalau gastrik, ambil Oste + ESP.

S12: Doktor maklumkan kepada pelanggan saya, OsteMatrix Shaklee akibatkan batu karang, adakah sebarang kajian dari Shaklee tentang ini?
J12: Mungkin doktor maksudkan kalsium di pasaran secara keseluruhan. Rujuk gambar clinical study. Kalsium diserap oleh darah dan digunakan oleh badan. Kalau tak digunakan oleh badan, barulah ada masalah seperti jadi batu karang etc. Dalam kalsium Shaklee ada mineral lain yang bantu kalsium diserap sepenuhnya.

S13: Apakah vitamin yg TIDAK BOLEH diambil bersama-sama OsteMatrix?
J13: Semua boleh ambil. Makanan lain pun. Tapi elakkan ambil kafein serentak dgn kalsium.

S14: Jika hamil kembar, adakah ibu perlu tambahkan dos OsteMatrix? Jika ya, berapa?
J14: Ya. Boleh tambahkan dos. Mungkin 6 biji sehari.

S15: Berapa biji OsteMatrix perlu diambil bagi ibu yang menyusu dan hamil pada waktu yang sama, terutama kalau tidak ambil sumber kalsium yang lain?
J15: Rujuk S3.

** Soal jawab ini diektrak daripada soal jawab yang belangsung dalam kelas produk yang dikendalikan secara online.
* Terdapat olahan ayat supaya ayat dibaca lebih baik.

--
Ingin mencuba kesan terbaik Shaklee?

Saya adalah SID yang tepat!
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
COD Meru Raya dan Chemor
Pengeposan ke Seluruh Negara
~ Always Caring, Always Here!
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Older Posts

Tentang Penulis

About Me

"Mahfuzah Abd Salam, dari Ipoh, Perak. Berkongsi tentang kesihatan, kecantikan dan pendidikan anak-anak sejak 2013. Suri Bisnes sejak 2010. Memiliki 4 orang cahaya mata. Mesra dengan panggilan Kak Put."

Follow Us

  • FACEBOOK
  • INSTAGRAM
  • YOUTUBE

TIPS AND INFO

  • Kecantikan
  • Kesihatan
  • Pendidikan

MY LIFESTYLE STORY

  • Ceritera Salahuddin
  • Organized Home

Popular Posts

  • Cara Tukar Domain blogspot.com Kepada .com
    Alhamdulillah, mesti masing2 dah siap beli domain baru kan? Kawan2 yang advanced dah siap setting sendiri. Proaktif! Walaupun murah, tap...
  • Cara Beli Domain Murah dan Jimat
    Entry yang dinanti2kan. Hehe. Atas permintaan adik beradik Shaklee saya dalam team IMR (bawah pimpinan Noor Zawani Suhaimin ), saya siapkan...
  • Mengapa Pilih OsteMatrix?
    Mungkin sahabat-sahabat Put tertanya, apa kelebihan OsteMatrix berbanding suplemen kalsium di pasaran?? Meh Put kupas sedikit untuk kefahama...
  • Tanda-tanda Diabetes
    Beberapa tanda menghidap penyakit diabetes adalah seperti berikut: Dapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik berhampiran sekiranya and...
  • 3 Golongan Berisiko Mengalami Sembelit
    Sembelit termasuk penyakit yang mudah untuk ditangani. Tetapi, jika dibiarkan sembelit ini berpanjangan akan menyebabkan sembelit yang te...

recent posts

Blog Archive

  • ▼  2020 (2)
    • ▼  July 2020 (1)
      • Kategori
    • ►  June 2020 (1)
  • ►  2019 (2)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  July 2019 (1)
  • ►  2018 (9)
    • ►  December 2018 (1)
    • ►  November 2018 (2)
    • ►  October 2018 (3)
    • ►  August 2018 (2)
    • ►  May 2018 (1)
  • ►  2017 (48)
    • ►  October 2017 (14)
    • ►  September 2017 (21)
    • ►  August 2017 (7)
    • ►  June 2017 (1)
    • ►  April 2017 (1)
    • ►  March 2017 (4)
  • ►  2016 (34)
    • ►  November 2016 (1)
    • ►  October 2016 (15)
    • ►  September 2016 (2)
    • ►  August 2016 (1)
    • ►  April 2016 (2)
    • ►  February 2016 (4)
    • ►  January 2016 (9)
  • ►  2015 (15)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  November 2015 (1)
    • ►  October 2015 (1)
    • ►  September 2015 (2)
    • ►  August 2015 (9)
    • ►  April 2015 (1)
  • ►  2014 (13)
    • ►  October 2014 (2)
    • ►  September 2014 (3)
    • ►  August 2014 (2)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  February 2014 (4)
    • ►  January 2014 (1)
  • ►  2013 (14)
    • ►  September 2013 (2)
    • ►  June 2013 (4)
    • ►  May 2013 (2)
    • ►  April 2013 (2)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (2)

Followers

Facebook Twitter Instagram

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates