Meal Shakes Buat Saya Makin Sihat!

by - August 06, 2019


Ops, sorry Mama! Saya terposing kat sini la pulak 🤭

Boleh ye Mama 🤗 Nak bergambar kejap dengan botol Meal Shakes ni ha. Maklum la nanti dah keluar botol versi baru dah takde kenangan nak simpan. Baru-baru ni Abah beli sampai 3 botol Meal Shakes. Ha, amik kau!

Mama Abah kesian tau kat saya kalau terskip Meal Shakes ni. Mama saya selalu perasan, kalau skip dalam 2 minggu mesti saya tak sihat. Pernah selesema dan macam baru-baru ni, bengkak tonsil pulak 😅

Acik-acik semua, Meal Shakes bukan ubat tau. Meal Shakes ni multivitamin untuk saya yang kurang berat badan ni. Kalau nutrien tak cukup, nanti sistem imun badan saya rendah. Kalau saya tak sihat, berat saya turun lagi 😌


Itu yang Abah beli terus 3 botol tu. Hehe. Ikhtiar Mama Abah untuk saya kekal sihat dan membesar dengan baik. Berat saya dah banyak improvement walaupun idok la saya gemuk kan. 😁

Sape yang pernah follow cerita saya dari kecik, mesti tau kenape saya amik Meal Shakes. Dari baby, sangat kurang berat badan dan food intake pun memang sikit.

Dulu masa baby, hospital bekalkan multivitamin dan stop masa umur setahun lebih. Doktor kata lepas ni kena beli sendiri 😊

Doktor saya cakap, "Walaupun berat anak tidak naik, teruskan bagi multivitamin supaya nutrien masih dibekalkan"


Alhamdulillah, satu perkara yang Mama sangat bersyukur adalah walaupun 'tidak sihat' di atas kad kesihatan, saya sentiasa sihat, jarang demam dan sakit yang berat 🤗

Dengan menghadkan pengambilan susu, prestasi makanan solid juga semakin baik. Alhamdulillah dah pandai pilih kuah, dah kenal ayam, kenal telur dan banyak perkembangan yang baik walaupun tidak lah mendadak mara menuju puncak 😆.

Sampai hari ni Mama masih top up Meal Shakes dalam susu saya supaya dapat cover lompang-lompang nutrisi. Tambahan pulak saya ni tak suka makan ikan dan sayur. Tapi keropok lekor, keropok ikan saya makan. Orang Tranung kang 😆

Nak cerita pasal saya ni banyak lagi. Ada banyak cerita di sebalik cerita ini, contohnya kenapa saya "takut" pegang makanan. Bukan saja-saja saya tak makan tau. Nanti saya tulis kat muka surat baru pulak ye. Tunggu.. 😄

#CeriteraSalahuddin

Kawan-kawan nak merasai sendiri #ShakleeEffect!
Klik SINI untuk hubungi Mama ya :)

You May Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian Kak Put di sini :)