Takwim Persekolahan 2020 Terkini (Pindaan Penggal Persekolahan)
Takwim Persekolahan 2020 Terkini (Pindaan Penggal Persekolahan) | Alhamdulillah, hari ini 24 Jun 2020 sesi persekolahan telah dibuka semula melibatkan pelajar Tingkatan 5 & 6 yang akan menduduki peperiksaan SPM, STPM dan STAM dan yang setara dengannya.
KPM juga telah mengumumkan Takwim Persekolahan yang terkini. Berikut Takwim Persekolahan 2020 yang terkini setelah dipinda:
Kumpulan A: Sekolah-sekolah di Negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Kumpulan B: Sekolah-sekolah di Negeri selain Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu

Cuba perhatikan takwim tersebut, pindaan membabitkan cuti pertengahan penggal dua yang dikurangkan dan ditangguhkan ke bulan Ogos 2020 manakala cuti akhir tahun telah dipendekkan kepada 2 minggu sahaja.
Akhir sekali, yang dinantikan oleh semua. Senarai cuti perayaan 2020 yang terkini. Bolehlah kita sama-sama kemaskini dan susun semula perancangan semua terutama cuti raya yang terdekat iaitu Hari Raya AidilAdha hujung bulan Julai 2020.
Dan ianya turut baik untuk kumpulan guru menyusun dan merancang PnP =)
Semoga bermanfaat buat semua =)
4 Comments
Terima kasih Put :)
ReplyDeleteSama-sama akak =)
Deletesikit jadi cuti akhir tahun nanti ya...
ReplyDeleteHa'a..mungkin sbb kita dah lama 'cuti' 🤭
DeleteTerima kasih kerana sudi membaca perkongsian Kak Put di sini :)