• Utama
  • Tentang Saya
  • Perkongsian
    • Kesihatan
    • Kecantikan
    • Pendidikan
  • Membeli-belah
Powered by Blogger.
facebook instagram twitter youtube

Mahfuzah Salam


Sedar tak sedar, genap sudah usia baby saya 4 bulan. Macam baru semalam berkerah tenaga dan bertarung nyawa untuk melahirkan Salahuddin. Sedikit ujian untuk anak ke-4, saya perlu melahirkan Salahuddin melalui ksedah Caesarian, dalam masa yang sama saya mengalami tumpah darah yang agak teruk semasa proses pembedahan.

Agak istimewa berbanding pesakit lain, saya perlu berada di wad selama 5 hari selepas hari pembedahan. Kawan2 dan sanak saudara asyik tanya bila boleh keluar hospital sebab nak datang melawat. Bukan nak ziarah saya sangat, biasa tetamu nak tengok baby kan? Betul tak? Hehe. Biasanya saya akan beri jawapan yang kurang pasti kerana saya kurang gemar apabila jadual rutin saya terganggu.

Setelah melalui pengalaman bersalin sebanyak 4 kali, saya rasa terpanggil untuk berkongsi tentang etika dan adab2 ziarah ibu bersalin. Bukan apa, andai tersalah waktu mungkin kita mengundang ketidakselesaan kepada tuan rumah. Sebolehnya kita nak tetamu faham, tak nak tuan rumah masam muka dalam hati.

1. Pilih Hari yang Sesuai
Agak2 kalau baru 2-3 hari keluar dari hospital, selesa tak nak terima tetamu? Rasanya ibu2 lebih memahami. Keadaan diri yang tak terurus lagi nak biasakan dengan baby baru. Luka pun masih belum sembuh, nak gerak pun alahai. Sendiri tau kan. Huhu. Dicadangkan selepas seminggu atau 2 minggu la lebih baik untuk ziarah sebab masa ni ibu pun dah kuat, luka pun dah bercantum elok, baby pun dah tak de demam kuning. Betul tak?

2. Pilih Waktu Yang Sesuai
Pagi, petang atau Malam? Harap semua faham bahawa malam adalah waktu berehat bagi semua orang, jadi kalau boleh elakkan ziarah waktu malam atau lewat senja. Kalau terpaksa, boleh minta izin dari tuan rumah. Elakkan juga ziarah diawal pagi, lepas makan tengahari kerana ini adalah waktu privasi. Awal pagi biasanya nak sarapan, siapkan baby mandi dan biasa awal2 begini ibu2 berpantang akan bertungku, berurut dan sebagainya. Dalam jam 9-11pagi tu ok la. Kalau petang, jam 3-5petang.

Orang tua2 dulu melarang ziarah selepas Asar hingga ke malam. Kerana dibimbangi kita membawa 'kawan' bersama. Kadang2 kita singgah ntah mana2 tempat sebelum sampai.

3. Tempoh Yang Singkat
Yang ini perlu dititikberatkan sekiranya ibu bersalin tu ada anak lain selain baby yang baru lahir. Paham2 la kan kalau ada tetamu, anak2 ni kan suka menunjukkan belang masing2. Si ibu pulak tak boleh nak marah. Makin menjadi anak tu. Tetamu duk leka berborak, kesian kat ibu tu. Tak rehat2.
Lagi satu, kalau dah perasan baby dah buat mimik2 muka dan tak selesa tu, cepat2 akhiri perbualan anda ye. Baby nak menyusu tu, ibu pun segan nak menyusu depan orang even sesama perempuan.

4. Biarkan Bayi Tidur
Memang geram tengok baby tengah tidur, rasa cute giler. Saya yang anak 4  ni pun masih geram tengok baby tidur. Tapi, awas! Jangan sesekali suka2 nak angkat baby orang. Kita tak tau susah payah Ibunya nak tidurkan. Ataupun masa kita datang melawat tu baby baru je pejam mata. Kalau baby terjaga sebab anda terusik, siap! Ibu dia sumpah seranah dalam hati pun kita tak tau.

5. Elakkan Soalan Sensitif
'..nape operate, dah tutup kilang ke..?' '..ko pantang pun tak kurus ek..'. Mak aih soalan. Tanya ke perli. Jadi jagalah tutur kata kita. Kita kan melawat orang sakit, lebih baik doakan dia. Bukan tanya soalan2 sensitif macam tu. Satu lagi soalan, '..nape tak tu..', '..nape tak ni..', jangan tunjuk pandai sangat, semua nak komen itu ini.

6. Jangan Cium2 Bayi
Masa kita kecik2 dulu, pernah tak dengar nenek kita marah bila kita cium tangan adik kita yang baru lahir?

"..eh, jangan cium tangan adik, nanti besar adik suka meminta2.."

Kalau pikir balik, memang suatu kepercayaan yang mengarut. Tapi rasionalnya, supaya penyakit pada kita tak berjangkit pada baby. Antibodi baby kan belum kuat. Tangan kita ntah pegang macam2. Nak2 kalau selesama batuk, jangan gatal hidung nak cium2. Duk jauh2 sudah. Hehe.

Yang sihat, boleh basuh tangan dahulu :)

7. Hadiah Untuk Abang/Kakak Bayi
Kepada yang suka bawak hadiah besar2, jangan lupa bawak bahagian untuk abang/kakak baby tu. Sian dia tengok baby dapat hadiah besar2. Kanak2 belum faham. Dah la fasa ni dia masih cemburu kuat sebab ibu asyik pedulikan baby. Apa kata belikan apa2 yang mudah dan ringkas. Aiskrim ke, coklat ke, biskut Tiger ke..lolipop pun kanak2 suka :)

Semoga panduan ini dapat diaplikasikan oleh kita semua. Jadilah tetamu yang diundang kerana tetamu adalah pembawa rezeki :)
Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Tulang dan wanita bukan lagi satu topik baru. Tulang sering dikaitkan dengan wanita, terlalu rapat dengan isu kalsium dan juga osteoporisis. Put perasan Mak di kampung dah pakai gigi palsu, gigi Mak mula rosak di usia 30an. Apakah puncanya? Kerana Mak menyusukan anak, dan Mak Put bukanlah seorang yang gemar minum susu. Jadi kekurangan kalsium berlaku, sebab tu gigi kurang berkualiti ;)

Hari ini Put nak kongsikan bersama sahabat-sahabat semua. sebuah artikel yang dipetik daripada Kosmo Online.

Kerap Hamil Jejas Tulang

MEMILIKI zuriat yang ramai selalunya mampu memberikan kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga.
Namun, kehamilan yang kerap dan dalam jarak masa yang singkat turut mengundang risiko kepada ibu mengandung.
Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.
Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium yang tinggi berbanding biasa.
Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.
“Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa,” jelasnya.
Tambah Annissa, jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh.
Ketidakseimbangan hormon penting wanita tersebut secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang.
“Estrogen penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang juga akan terganggu akibat kekurangan kalsium,” ujar Annissa.
Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kandungan kalsium dan ia mula menyerapnya daripada tulang dan gigi pula.
Ini kerana sebanyak 80 peratus kandungan kalsium dalam badan terdapat pada bahagian itu.
Setelah banyak kalsium diserap keluar, ia akan mengganggu struktur tulang dan gigi. Ia akan mengurangkan kepadatan struktur itu yang akhirnya mengundang penyakit berkaitan tulang.

Dalam pada itu, Pakar Perunding Pemulihan Perubatan WQ Park, Dr. Tunku Nor Taayah Tunku Zubir menjelaskan bahawa kekurangan kalsium di dalam badan boleh menyebabkan masalah kerapuhan tulang.
Berpantang
“Kalsium adalah elemen terpenting dalam pembentukan tulang. Justeru ia diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengekalkan kekuatan tulang.

“Apabila kurang kalsium, ia akan menyebabkan masalah osteoporosis yang sering menyerang wanita terutamanya yang sudah menopaus,” katanya kepada Jurnal.
Ibu hamil digalakkan minum banyak susu dan mengambil sumber kalsium lain seperti keju, yogurt dan sayur berdaun hijau sebagai cara untuk mengoptimumkan jumlah kalsium dalam badan.
Sebagai langkah untuk membantu mengekalkan kesihatan tulang dalam kalangan wanita, Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif, Dr. Mohd. Ismail Tambi menasihatkan mereka yang berisiko agar menjarakkan tempoh kehamilan.
Sambil merujuk kepada kepentingan amalan berpantang selepas bersalin, Ismail menjelaskan bahawa wanita perlu menjaga kesihatan reproduktif sepanjang tempoh mengandung sehingga melepasi waktu bersalin.
“Amalan berpantang adalah penting kerana ia merangkumi tempoh seseorang wanita yang baru bersalin untuk pulih dari segi mental dan fizikal.
“Jarak masa yang lama sebelum kembali mengandung dapat digunakan oleh ibu untuk mengembalikan kalsium dalam badan dan menghilangkan trauma kelahiran,” katanya.
Seseorang ibu bukan sahaja memerlukan tempoh pantang sebelum kembali mengandung bahkan masa yang lebih lama sebagai langkah menjaga kesihatannya.

Baca Artikel Penuh di SINI 

--

Kekurangan kalsium? Alah dengan susu? Boleh cuba suplemen Shaklee OsteMatrix. Bukan sekadar kalsium, kerana OsteMatrix mempunyai formula khas di mana terdapatnya kalsium, vitamin D, magnesium dan lain-lain lagi yang membantu penyerapan optimum kalsium.

Kaplet yang lebih kecil berbanding pil kalsium di pasaran, memudahkan sahabat untuk menelannya. Mudah bukan?


Untuk Tempahan & Info,
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
Emel: zmfnurahmad@gmail.com
SMS: 019-326 5417
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Pertama kalinya Put mengambil suplemen semasa dalam pantang. Anak-anak sebelum ni hanya ambik vitamin hospital bekalkan.. Atas pilihan sendiri, tanpa fikir panjang..Put tempah je..huhu..

Tibanya masa, Put pun dah bersalin.. Hari kedua dibenarkan pulang bersama anak..hari itu jugaklah bermulanya Put mengamalkan Shaklee.. Mulanya tak perasan apa-apa, tapi selepas beberapa orang jiran dan sedara mara yang datang melawat memuji "la..baru 7hari ke?, ingatkan dah banyak hari", "hang macam orang tak beranak pun", "boleh lagi kalau nak beranak ni"...hihi.. Baru Put perasan..tak sama macam berpantang masa anak pertama Amri dan kedua 'Aina...

Hari ke-7 rasa macam dah sihat..rasa macam dah banyak hari..Alhamdulillah..Allah takdirkan Put bertemu dengan Shaklee..suplemen yang sesuai dengan Put..


Ni la antara vitamin Shaklee yang Put amalkan sepanjang berpantang kali.. Vita-lea, Vita-C, Zinc Complex dan B-Complex.. Apa yang buat Put lagi gembira adalah penghasilan susu yang banyak berbanding bersalin sebelum2 ni.. Tak la banyak sangat, tapi nampak penambahbaikan berbanding sebelum ni, sebelum2 ni nak pam dapatkan 1oz pun susah..huhu.. Bila dah susu bertambah, Put lagi excited nak tempah ESP..kebetulan offer ESP bulan tu, apa lagi..grab satu botol ESP..


Susu Put pun bertambah selepas amalkan ESP..tiap kali pam, susu put menghasilkan 3oz..wow..masa tu sangat teruja..sebab tak pernah dapat macam tu.. Sekiranya sahabat-sahabat ingin mengalami pengalaman yang sama, bolehlah terus hubung Put ye. Put adalah Pengedar Shaklee yang sah. Boleh COD di UTHM, Parit Raja, Sri Gading dan Ayer Hitam.

Untuk Tempahan dan Info:
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
Emel: zmfnurahmad@gmail.com
SMS: 019-326 5417
Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Older Posts

Tentang Penulis

About Me

"Mahfuzah Abd Salam, dari Ipoh, Perak. Berkongsi tentang kesihatan, kecantikan dan pendidikan anak-anak sejak 2013. Suri Bisnes sejak 2010. Memiliki 4 orang cahaya mata. Mesra dengan panggilan Kak Put."

Follow Us

  • FACEBOOK
  • INSTAGRAM
  • YOUTUBE

TIPS AND INFO

  • Kecantikan
  • Kesihatan
  • Pendidikan

MY LIFESTYLE STORY

  • Ceritera Salahuddin
  • Organized Home

Popular Posts

  • Cara Tukar Domain blogspot.com Kepada .com
    Alhamdulillah, mesti masing2 dah siap beli domain baru kan? Kawan2 yang advanced dah siap setting sendiri. Proaktif! Walaupun murah, tap...
  • Cara Beli Domain Murah dan Jimat
    Entry yang dinanti2kan. Hehe. Atas permintaan adik beradik Shaklee saya dalam team IMR (bawah pimpinan Noor Zawani Suhaimin ), saya siapkan...
  • Mengapa Pilih OsteMatrix?
    Mungkin sahabat-sahabat Put tertanya, apa kelebihan OsteMatrix berbanding suplemen kalsium di pasaran?? Meh Put kupas sedikit untuk kefahama...
  • Tanda-tanda Diabetes
    Beberapa tanda menghidap penyakit diabetes adalah seperti berikut: Dapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik berhampiran sekiranya and...
  • 3 Golongan Berisiko Mengalami Sembelit
    Sembelit termasuk penyakit yang mudah untuk ditangani. Tetapi, jika dibiarkan sembelit ini berpanjangan akan menyebabkan sembelit yang te...

recent posts

Blog Archive

  • ▼  2020 (2)
    • ▼  July 2020 (1)
      • Kategori
    • ►  June 2020 (1)
  • ►  2019 (2)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  July 2019 (1)
  • ►  2018 (9)
    • ►  December 2018 (1)
    • ►  November 2018 (2)
    • ►  October 2018 (3)
    • ►  August 2018 (2)
    • ►  May 2018 (1)
  • ►  2017 (48)
    • ►  October 2017 (14)
    • ►  September 2017 (21)
    • ►  August 2017 (7)
    • ►  June 2017 (1)
    • ►  April 2017 (1)
    • ►  March 2017 (4)
  • ►  2016 (34)
    • ►  November 2016 (1)
    • ►  October 2016 (15)
    • ►  September 2016 (2)
    • ►  August 2016 (1)
    • ►  April 2016 (2)
    • ►  February 2016 (4)
    • ►  January 2016 (9)
  • ►  2015 (15)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  November 2015 (1)
    • ►  October 2015 (1)
    • ►  September 2015 (2)
    • ►  August 2015 (9)
    • ►  April 2015 (1)
  • ►  2014 (13)
    • ►  October 2014 (2)
    • ►  September 2014 (3)
    • ►  August 2014 (2)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  February 2014 (4)
    • ►  January 2014 (1)
  • ►  2013 (14)
    • ►  September 2013 (2)
    • ►  June 2013 (4)
    • ►  May 2013 (2)
    • ►  April 2013 (2)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (2)

Followers

Facebook Twitter Instagram

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates