√ Ambil sama buah-buahan yang mengandungi vitamin C seperti jambu batu,limau, mangga, betik dan tembikai untuk menggalakkan penyerapan zat besi.
√ Pilih sayur yang tinggi zat besi dan asid folik seperti pegaga, daun pudina, ulam raja, pucuk gajus, bayam merah, kangkung, cekur manis, pucuk paku, pucuk keledek, daun remunggai dan peria.
√ Masak sayur-sayuran bersama perencah seperti ikan bilis, udang, sotong, kerang, hati, ayam, daging, telur, bebola ikan atau kek ikan untuk meningkatkan penyerapan zat besi.
√ Perah air limau ke atas pencecah makanan seperti sambal belacan, sambal asam, cencalok, dan budu serta potongan buah-buahan segar.
√ Elak meminum teh, kopi atau susu bersama hidangan utama. Asid tanik di dalam teh dan kopi boleh menghalang penyerapan zat besi daripada makanan.
√ Sebaliknya, ambil jus buah-buahan yang tinggi vitamin C untuk meningkatkan penyerapan zat besi.
√ Ambil makanan yang kaya asid folik seperti kacang pis, kacang tanah, kacang parang, jagung dan emping jagung.
Sumber: Unit Pemakanan, Pejabat Kesihatan Johor Bahru
0 Comments
Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian Kak Put di sini :)