Tips Tumit Tanpa Rekahan

by - February 21, 2014


Masalah tumit pecah sering berlaku kepada wanita tanpa mengira usia. Baik gadis mahupun kaum ibu, semua tidak terlepas. Kebiasaannya rekahan berlaku di bahagian tumit namun ada juga wanita yang mengalami rekahan di sekeliling kaki.

Walaupun masalah ini tidak membahayakan kesihatan namun ia sebenarnya adalah petanda kulit anda terlalu kering. Kekurangan air di dalam badan turut mengakibatkan kulit di bahagian kaki khususnya tumit dan tapak kaki menjadi kering.

Pada mulanya, kulit kelihatan berkilat dan bersisik. Jika tidak dirawat dan dijaga dengan betul, bahagian ini mengeras dan akhirnya merekah atau pecah. Inilah proses yang menyebabkan berlakunya tumit pecah.

Selain itu, sudah semestinya rekahan di bahagian ini mencerminkan diri anda yang tidak peka menjaga kecantikan dan kebersihan diri. Penampilan turut terjejas terutama bagi golongan yang gemar menggayakan sandal.

Faktor Penyebab
√ Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.

√ Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah. Jika keluarga anda mempunyai kulit yang kering, biasanya anda juga cenderung berdepan dengan masalah tersebut.

√ Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar.

√ Sepanjang tempoh hamil, wanita juga berdepan dengan masalah ini. Ia dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan perubahan hormon.

√ Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.

√ Tidak memakai stoking ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera.

Sumber: Mingguan Wanita

Namun usahlah terlalu runsing, kulit kering dan tumit pecah boleh dirawat sendiri di rumah dengan menggunakan produk yang betul serta penjagaan rapi. Tidak perlu membazir wang merawat bahagian yang bermasalah di spa atau bertemu doktor, anda hanya perlukan informasi dan bijak memilih produk khusus untuk penjagaan kaki. Jom ikuti tip penjagaan tumit.


Tips Tumit Licin

√ Kemarau2 ni badan kita mudah dehidrasi, so kena minum air secukupnya. Bukan cukup je, malah kena lebih2 lagi.. Paling baik, campur Performance sikit dalam minuman kita. Performance akan melambatkan pengeluaran air dalam badan. Sebab tu Performance bagus diambil sepanjang bulan puasa.

√ Kekalkan berat badan ideal..hehe..jangan jadi macam saya. Dah la kulit kering, berat badan berlebihan lak tu.. Tengah turunkan berat badan tak selesai lagi ni..hehe..

√ Urut kaki (terutama kat tumit) dengan losyen, minyak atau krim khas. Saya guna Shaklee Herbal Blend. Selain dapat melembap dan melembutkan kulit, urut2 ni at least dapatla melancarkan perjalanan darah pada kaki..kaki pun boleh rehat sikit..tak gitu?

p/s: Kalau bajet besar, cuba Shaklee Collagen Powder, try sekotak.

Info dan Tempahan,
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
Emel: zmfnurahmad@gmail.com
SMS/WhatsApp: 019-326 5417

You May Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian Kak Put di sini :)