Zinc Complex vs Ikan Haruan
Bila teringat sup ikan haruan terliuq aih..sedap tu.. Kalau buat gulai ikan ni ngan ubi kemili (ada orang panggei ubi keling)..pergh..sedap..nak pulak masak dalam periuk tanah..rempah pulak rempah giling sendiri..tak terucap dek kata2..
Kali terakhir makan ikan ni masa beranak kat Syahmi setahun yang lalu.. Tak semua orang suka makan ikan haruan ni kan..tak lalu la..macam badan ulaq la..hihi..so cemana nak sembuhkan luka ni???
Hihi..cari lah Put..telan sebiji Zinc Complex sehari sekali, selesai masalah. Kalau teruskan pengambilan selepas berpantang, BONUS >> rambut kurang gugur ;)
Resepi ini sangat berguna kerana dapat menyembuhkan luka dalaman.
Waktu memasak: 20 minit
Saiz hidangan: 2 orang
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan haruan
3 tangkai daun sup | dihiris
3 biji bawang besar | dikisar
2 biji bawang putih | dikisar
30 gm halia | dikisar
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 liter air
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK
--------------------
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan air. Biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan, lada hitam dan garam.
4. Setelah ikan masak, angkat dan taburkan hirisan daun sup
Sumber: Majalah Rasa
0 Comments
Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian Kak Put di sini :)