Lemak Sihat Baik Untuk Anda!!
Asid lemak Omega-3, lemak sihat baik untuk anda!
Asid lemak Omega-3 adalah lemak yang sihat atau 'baik' yang diperlukan untuk menyokong fungsi normal tubuh. Omega-3 telah dikaji secara meluas berkenaan manfaatnya terhadap tubuh badan;
Kesihatan Jantung
Omega-3 dapat mengurangkan keradangan. Keradangan boleh merosakkan saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung.
EPA dan DHA telah terbukti melalui penyelidikan dapat memberikan manfaat berikut - yang mana semuanya boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung:
- Membantu mengekalkan paras trigliserida (kolesterol) dan tekanan darah
- Meningkatkan pengaliran darah
- Mengekalkan degupan jantung yang sihat
Fungsi Otak
Otak kita terdiri daripada hampir 60% lemak dan kebanyakan sistem saraf terdiri daripada lemak. Korteks serebrum (yang bertanggungjawab untuk ingatan dan perhatian) dianggarkan mengandungi 20% DHA.
EPA dan DHA telah dikaji untuk:
- Penglibatan dalam penghantaran maklumat di antara saraf
- Kesan positif kepada perasaan, kognitif, daya ingatan, pembelajaran dan perhatian
- Memberikan kesan penuaan yang sihat, di mana boleh melambatkan permulaan penyakit yang berkaitan dengan usia dan minda seperti Alzheimer dan demensia/nyanyuk
Kesihatan Sendi
EPA dan DHA berfungsi untuk mengurangkan keradangan dengan mengurangkan pengeluaran enzim yang menghakis rawan dan menyebabkan sakit sendi
Omega-3 juga memainkan peranan penting dalam;
- Mengekalkan ketumpatan mineral tulang
- Menggalakkan pergerakan sendi, fleksibiliti, mengurangkan kekejangan, bengkak dan kesakitan
- Mengurangkan keradangan - menyekat keradangan dan kemusnahan sendi - yang kerap berlaku dalam artritis.
- Bertindak sebagai pelincir untuk membolehkan sendi-sendi yang berkeriut serta sakit bergerak dengan lancar
Kehamilan
Asid lemak Omega-3 adalah sangat penting semasa kehamilan sehingga penyusuan susu ibu.
Selepas dilahirkan, Omega-3 menyokong:
- Perkembangan otak dan fungsi imun
- Kesihatan ibu dan emosi yang stabil selepas bersalin
- Perkembangan otak, mata dan sistem saraf janin
- DHA adalah komponen utama retina - penting untuk perkembangan penglihatan yang sihat bagi bayi
- DHA adalah penting untuk perkembangan optimum otak sebelum kelahiran dan semasa peringkat awal pembesaran kanak-kanak
- Boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi
- Menyokong tempoh kehamilan normal dan berat kelahiran bayi yang sihat
Omega-3 juga didapati menyokong kesihatan kulit, membantu penurunan berat badan, meningkatkan sistem imun dan mengawal atur pengeluaran dan fungsi hormon.
Walaupun Omega-3 mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan, ia adalah nutrien yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Oleh itu, pengambilan suplemen Omega-3 adalah penting seperti OmegaGuard Shaklee. Orang yang sihat memerlukan kira-kira 1000-2000mg minyak ikan sehari.
Nak tau lanjut pasal OmegaGuard boleh klik sini ya ;)
Harga Runcit OmegaGuard hanyalah RM136.25/botol.
*untuk penggunaan sebulan (dewasa) dan 3 bulan (kanak-kanak)
--
Untuk dapatkan lebih penjimatan, daftarlah sebagai ahli dan dapatkan CASHBACK juga! Klik di sini untuk cara menjadi ahli Shaklee.
Hubungi kami jika anda sudah bersedia merasai sendiri #ShakleeEffect!
Saya adalah SID yang tepat!
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
COD Meru Raya dan Chemor
Pengeposan ke Seluruh Negara
~ Always Caring, Always Here!
0 Comments
Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian Kak Put di sini :)