Waktu 'Terbaik' Untuk Berlaku Serangan Jantung

by - August 02, 2017

Sekali baca tajuk poster ni macam positif je kan. 2kali baca menyeramkan pun ada. 😨

Gambar poster ada Kak Put letakkan kat bawah ni.



Mau tak seram. Waktu 'terbaik' untuk berlaku serangan jantung. Sekali jantung Kak Put pun mendegup laju.


Info yang sangat menarik, daripada Everyday Health.

Antara waktu 'terbaik' yang disebut;

1. Hari Isnin

- Oh, tidak 😱 Jaga2 kawan2, kajian pernah menunjukkan lebih tinggi pada hari Isnin, samada lelaki (25% lebih tinggi) ataupun perempuan (15% lebih tinggi).

2. Hari Perayaan

- Dalam poster tu menyebut tentang kematian disebabkan sakit jantung kebanyakan pada hari Krismas dan tahun baru. Jadi kita pun kena beringat2 pada perayaan besar kita seperti Aidilfitri dan Aidiladha.

3. Musim Sejuk

- Ha..yang ni tempat kita tak de musim sejuk. Tapi boleh ambil info bahawa 4 kajian menunjukkan kematian akibat serangan jantung, penyakit jantung, kegagalan jantung, dan strok meningkat 26% pada musim sejuk ini.

4. Waktu Pagi

- Allahuakbar..yang ni selalu dengar kan? Risiko serangan jantung pada awal pagi adalah lebih 40% 😵. Masih ingat tips viral yang berkaitan langkah2 kurangkan risiko serangan semasa bangun daripada tempat tidur tu? Baring, duduk, berdiri beberapa saat tu. Sape ingat boleh share sini ye.

5. Pada Hari Kelahiran

- Lelaki mempunyai risiko sebanyak 21% untuk mendapat serangan jantung pada hari kelahiran. Berbanding perempuan hanya 9%. Ni bukan Kak Put cakap ye, dapatan satu kajian kat luar. Mungkin ada kaitan dengan besday party kan?, wallahua'alam.

Kajian ini mungkin bukan daripada populasi rakyat Malaysia, tapi isinya tetap sama bukan? Kita berhadapan dengan meraikan hari2 indah dan tentunya makanan yang sedap2. Tidak mustahil.

Baru insaf. Baru je lepas sambut besday Kak Put dan suami 😰

Jom sama2 jaga kesihatan jantung kita. Kak Put pun takut jugak ni sebab jenis makan sedap2. Teringat kata2 Arwah Abah Kak Put 2 minggu sebelum dia pergi, "..Hampa jangan duk makan sedap2 sangat, nanti sakit macam Abah susah.."

Arwah Abah Kak Put pergi dengan asbab jantung juga 😢. Ahli keluarga Kak Put yang lain pun pergi asbab yang lebih kurang sama.

Sama2 kita memperingati.

#KakPutKongsi
#LoveTheBeatOfLife

You May Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian Kak Put di sini :)