• Utama
  • Tentang Saya
  • Perkongsian
    • Kesihatan
    • Kecantikan
    • Pendidikan
  • Membeli-belah
Powered by Blogger.
facebook instagram twitter youtube

Mahfuzah Salam

Assalam semua.. Apa khabar?? Wah..cerita tukang urut pulak.. hehe. Yela...dulu ada tukang urut part time kat umah Put.. Sape tukang urut tu? Sape lagi kalau bukan suami Put sendiri..hehe.. Alkisah dulu selalu sangat sakit kepala dan sakit pinggang.. Kalau tak kerjanya urut kepala, urut pinggang.. Kalau tak urut pinggang, urut kepala. Sakit kepala ni memang dari zaman belajar dulu kala..selalu sangat sampai doktor penah bagi ubat migrain. Haish..kena makan hari2.. Kalau tak makan ubat, sakit datang balik. Malas punya hal.bior je..tapi suami jadi mangsa nak kena urut kepala..sakit yang sampai tarik2 rambut tu. Rasa nak letak kepala kat sebelah..hehe.. Sakit pinggang lain cerita pulak.. Basuh baju ke, basuh pinggan ke..mesti sakit pinggang..padahal tunduk2 sikit je.. Satu lagi..selalu sangat kaki kejang..nak2 kalau musim hujan atau banyak jalan2.. Terpikir juga..sebab dulu Put tak amalkan susu kot..masa mengandung pun suami yang uruskan sesi minum susu..hehe.. Sayang suami Put.. Siap bancuh tu..tunggu minum je..hehe

Sampai la kenal ngan Shaklee.. Tak perasan pun sebab Put amik suplemen Shaklee untuk milk booster..masa tu nak bersalin kat anak ke-3 Put, Syahmi. Dah lama amik tu baru perasan.. Dah lama tak sakit kepala, dah lama tak sakit pinggang.. Masa tu Put amik set penuh untuk penyusuan terdiri daripada Vita-lea, B-Complex, Alfalfa Complex, OsteMatrix dan ESP. Cuba la baca sana, baca sini... Ooo..sebab Put amik B-Complex + OsteMatrix rupanya.. Patut la dah lama tak sakit kepala..tak sakit pinggang..dan......dah lama tak kejang kaki.. Dulu sokmo jerit tengah malam..rasa nak sepak dinding bila kejang..hahaha.. Sekarang kalau nak travel dah tak susah hati..nak pusing2 expo pun boleh...

Kesian tukang urut, dah tak de kerja dah sekarang...hehe.. Tapi kalau nak manja2, hulur gak kepala nak suh picit2..hehe..konon pening..penat..
Erm..tenangnya bila ada yang tolong urut.

Pernah jugak cuba tinggalkan OsteMatrix dan B-Complex.. Kononnya nak buat eksperimen la.. Put cuba tak ambik OsteMatrix + B-Complex masa travel.. Banyak kali jugak cuba..memang sakit pinggang dan lenguh2 tu datang..huhu.. Sejak tu dah tak boleh tinggal OsteMatrix + B-Complex.. Sayang giler.. teman kesihatan la katakan...hehe...

Selain itu, kekurangan kalsium turut menyumbang kepada sakit2 otot dan saraf.
Apa kandungan dalam OsteMatrix dan B-Complex ni sampai boleh mengurangkan sakit kepala, sakit pinggang, lenguh2 dan kekejangan kaki ni??


Ini la rupa Shaklee B-Complex dan OsteMatrix
Sakit pinggang mungkin ramai yang maklum puncanya adalah kekurangan kalsium. Nak2 yang jenis tak minum susu kan. Ibu hamil dan ibu menyusu, jangan lupa untuk ambil kalsium secukupnya. Kalau gigi rongak, jangan tanya tau..hehe.. Begitu jugak kekejangan kaki, sering dikaitkan dengan kekurangan kalsium. OsteMatrix adalah pil kalsium dari Shaklee. Bukan sekadar kalsium, lengkap termasuk vitamin D dan Magnesium. Bacaan lanjut tentang keistimewaan OsteMatrix Shaklee boleh KLIK SINI.

Put tak kata, buku yang kata..hehe

Tubuh kita memerlukan beberapa vitamin dan mineral untuk mengekalkan sistem saraf kita. Sistem saraflah yang bertanggungjawab kepada terjadinya sakit kepala atau migrain. Menurut pembacaan saya selain Kalsium, Riboflavin dan B-6, beserta dengan vitamin D and magnesium, menurut kajian dapat menggurangkan kekerapan berlakunya migrain.

Riboflavin (B-2)
  • Riboflavin atau vitamin B-2 adalah salah satu vitamin daripada lapan vitamin B-complex.
  • Menurut kajian, riboflavin dapat membantu menukarkan makanan kepada tenaga dan ianya juga membantu mengekalkan kesihatan sistem saraf.
  • Dengan pengambilan 400 milligrams setiap hari, Riboflavin dapat mengurangkan kekerapan dan jangkamasa migrain sebanyak 1.5 pengurangan.
  • Namun, kajian masih lagi dibuat mengenai bagaimana Riboflavin membantu menghilangkan migrain.
Vitamin B-6
  • Tubuh badan memerlukan vitamin B-6 or pyridoxine untuk membentuk neurotransmitters serotonin and norepinephrine.
  • Ia juga memelihara kesihatan 'myelin sheath' iaitu satu lapisan yang melindungi sistem saraf kita.
  • Mereka yang selalu mengalami Migraine selalunya mempunyai neurotransmitters pada level yang rendah. Kekurangan ini dapat dibaiki dengan pengambilan tambahan B-6.
  • Kerosakan pada 'myelin sheath' and saraf yang disebabkan oleh kekurangan B-6 deficiency boleh menyebabkan sakit kepala.
  • Oleh sebab itu mengambil supplement B-6 dapat membantu mengurangkan sakit kepala.
Vitamin D
  • Menurut the American Headache Society, lebih kurang 40% daripada mereka yang mengalami migraine yang teruk telah menunjukkan kekurangan vitamin D dalam tubuh badan mereka.
  • Vitamin D merupakan satu vitamin yang dihasilkan oleh tubuh badan apabila cahaya matahari menembusi kulit kita.
  • Dalam kajian mereka, didapati pengambilan supplemen vitamin D telah menunjukkan respon yang positif. Supplemen ini juga tidak menyebabkan kesan-kesan negatif.
  • Vitamin ini tidaklah efektif sangat dalam menggurangkan kesakitan migrain tetapi ianya serba sedikit dapat membantu.
Magnesium
  • Magnesium, adalah sejenis mineral yang mempunyai pelbagai fungsi dalam tubuh badan kita.
  • Ini termasuklah membantu dalam proses impuls saraf. Pengidap migrain secara tipikal mempunyai level magnesium pada sel yang rendah berbanding dengan mereka yang tidak mengalami masalah migrain.
  • Oleh yang demikian, dengan meningkatkan pengambilan magnesium dapat menggurangkan migrain. Pengambilan Magnesium sebanyak 600 milligrams sehari dapat membantu. 
Nota: Kredit untuk bacaan tambahan boleh klik DI SINI atau DI SINI.

---------------------------------------

Amalkan pengambilan B-Complexdan OsteMatrix, insyaAllah migrain akan berkurangan di samping masalah lain turut berkurang seperti sakit pinggang, kekejangan kaki, kaki kebas2, lenguh2, sakit otot, dan dapat mengurangkan masalah sembelit. Sembelit? Mesti tertanya kan? Dalam OsteMatrix kan ada Magnesium, Magnesium akan menyerap air pada usus (janji pengambilan air cukup), jadi mudah la usus nak menolak najis keluar.

Hanya 2 botol ini, anda akan peroleh pelbagai manfaat lain secara tidak langsung. Sebab tu Put sayang gila B-Complex dan OsteMatrix ni. Nak dapatkan manfaat yang sama macam Put? Cepat2 mesej Put ya.

Untuk Tempahan & Info,
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
Emel: zmfnurahmad@gmail.com
WhatsApp: 019-326 5417
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Assalamu'alaikum sahabat handai..

Renggangkan tangan..kaki..penat bekerja kan.. Semoga seharian penat bekerja bersama redhaNya.. Ameen.. Dah pukul 1 pagi rupanya..

Sebelum tido, ape nak buat? Atau hanya sekadar tarik bantal sebelum tidur? Untuk jadi orang yg punya cita2 tinggi sama ada dunia atau akhirat, kita mesti lihat semula perjalanan seharian tadi dan kita perlu punya perancangan untuk esok.

Sebelum tidur..lihat balik sepanjang perjalanan siang tadi..

- adakah kita ikut perancangan semalam? Jika tidak, mengapa? Esok perbaiki.
- bagaimana amalan kita sebagai hamba Allah? Solat diawal waktu atau tidak?

Apabila menyedari kesilapan siang tadi, sekurang2nya kita bernekad untuk berubah lebih baik keesokan hari. Mind set penting!

Apa yang biasa Put buat sebelum tidur:

- Apa yg dah dikongsikan hari ini? Ilmu, harta, atau masa? Kongsi kerana apa?
- Berapa banyak kita berkongsi?
- Senaraikan apa yang nak buat esok.
- Dah pikir apa yang nak dikongsikan esok.
- Sebelum pejam, pikir yg indah dan baik utk esok. Like attract like!
- Ayat Kursi, 3 Qul, 2 kalimah syahadah, Al-Fatihah untuk Mak Abah..semoga tidur kita tenang..

Semoga bermanfaat ;)

Share
Tweet
Pin
Share
No Comments


Assalamu'alaikum semua.. Put nak share testimoni pengguna CarotoMax.. Alhamdulillah bermanfaat kepada penggunanya.. Yang ada masalah mata bersilau, rabun dan slaput mata..boleh la cuba CarotoMax.

Info dan Tempahan,
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
Emel: zmfnurahmad@gmail.com
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Masalah tumit pecah sering berlaku kepada wanita tanpa mengira usia. Baik gadis mahupun kaum ibu, semua tidak terlepas. Kebiasaannya rekahan berlaku di bahagian tumit namun ada juga wanita yang mengalami rekahan di sekeliling kaki.

Walaupun masalah ini tidak membahayakan kesihatan namun ia sebenarnya adalah petanda kulit anda terlalu kering. Kekurangan air di dalam badan turut mengakibatkan kulit di bahagian kaki khususnya tumit dan tapak kaki menjadi kering.

Pada mulanya, kulit kelihatan berkilat dan bersisik. Jika tidak dirawat dan dijaga dengan betul, bahagian ini mengeras dan akhirnya merekah atau pecah. Inilah proses yang menyebabkan berlakunya tumit pecah.

Selain itu, sudah semestinya rekahan di bahagian ini mencerminkan diri anda yang tidak peka menjaga kecantikan dan kebersihan diri. Penampilan turut terjejas terutama bagi golongan yang gemar menggayakan sandal.

Faktor Penyebab
√ Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.

√ Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah. Jika keluarga anda mempunyai kulit yang kering, biasanya anda juga cenderung berdepan dengan masalah tersebut.

√ Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar.

√ Sepanjang tempoh hamil, wanita juga berdepan dengan masalah ini. Ia dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan perubahan hormon.

√ Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.

√ Tidak memakai stoking ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera.

Sumber: Mingguan Wanita

Namun usahlah terlalu runsing, kulit kering dan tumit pecah boleh dirawat sendiri di rumah dengan menggunakan produk yang betul serta penjagaan rapi. Tidak perlu membazir wang merawat bahagian yang bermasalah di spa atau bertemu doktor, anda hanya perlukan informasi dan bijak memilih produk khusus untuk penjagaan kaki. Jom ikuti tip penjagaan tumit.


Tips Tumit Licin

√ Kemarau2 ni badan kita mudah dehidrasi, so kena minum air secukupnya. Bukan cukup je, malah kena lebih2 lagi.. Paling baik, campur Performance sikit dalam minuman kita. Performance akan melambatkan pengeluaran air dalam badan. Sebab tu Performance bagus diambil sepanjang bulan puasa.

√ Kekalkan berat badan ideal..hehe..jangan jadi macam saya. Dah la kulit kering, berat badan berlebihan lak tu.. Tengah turunkan berat badan tak selesai lagi ni..hehe..

√ Urut kaki (terutama kat tumit) dengan losyen, minyak atau krim khas. Saya guna Shaklee Herbal Blend. Selain dapat melembap dan melembutkan kulit, urut2 ni at least dapatla melancarkan perjalanan darah pada kaki..kaki pun boleh rehat sikit..tak gitu?

p/s: Kalau bajet besar, cuba Shaklee Collagen Powder, try sekotak.

Info dan Tempahan,
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
Emel: zmfnurahmad@gmail.com
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Bila teringat sup ikan haruan terliuq aih..sedap tu.. Kalau buat gulai ikan ni ngan ubi kemili (ada orang panggei ubi keling)..pergh..sedap..nak pulak masak dalam periuk tanah..rempah pulak rempah giling sendiri..tak terucap dek kata2..

Kali terakhir makan ikan ni masa beranak kat Syahmi setahun yang lalu.. Tak semua orang suka makan ikan haruan ni kan..tak lalu la..macam badan ulaq la..hihi..so cemana nak sembuhkan luka ni???

Hihi..cari lah Put..telan sebiji Zinc Complex sehari sekali, selesai masalah. Kalau teruskan pengambilan selepas berpantang, BONUS >> rambut kurang gugur ;)


SUP IKAN HARUAN

Resepi ini sangat berguna kerana dapat menyembuhkan luka dalaman.

Waktu memasak: 20 minit
Saiz hidangan: 2 orang

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan haruan
3 tangkai daun sup | dihiris
3 biji bawang besar | dikisar
2 biji bawang putih | dikisar
30 gm halia | dikisar
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 liter air
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis secukupnya

CARA MEMASAK
--------------------
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan air. Biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan, lada hitam dan garam.
4. Setelah ikan masak, angkat dan taburkan hirisan daun sup

Sumber: Majalah Rasa
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

√ Ambillah makanan yang kaya dengan zat besi seperti kerang, lala, tiram, hati ayam, hati lembu, daging dan ikan bilis sekurang2nya 4 kali seminggu.

√ Ambil sama buah-buahan yang mengandungi vitamin C seperti jambu batu,limau, mangga, betik dan tembikai untuk menggalakkan penyerapan zat besi.

√ Pilih sayur yang tinggi zat besi dan asid folik seperti pegaga, daun pudina, ulam raja, pucuk gajus, bayam merah, kangkung, cekur manis, pucuk paku, pucuk keledek, daun remunggai dan peria.

√ Masak sayur-sayuran bersama perencah seperti ikan bilis, udang, sotong, kerang, hati, ayam, daging, telur, bebola ikan atau kek ikan untuk meningkatkan penyerapan zat besi.

√ Perah air limau ke atas pencecah makanan seperti sambal belacan, sambal asam, cencalok, dan budu serta potongan buah-buahan segar.

√ Elak meminum teh, kopi atau susu bersama hidangan utama. Asid tanik di dalam teh dan kopi boleh menghalang penyerapan zat besi daripada makanan.

√ Sebaliknya, ambil jus buah-buahan yang tinggi vitamin C untuk meningkatkan penyerapan zat besi.

√ Ambil makanan yang kaya asid folik seperti kacang pis, kacang tanah, kacang parang, jagung dan emping jagung.

Sumber: Unit Pemakanan, Pejabat Kesihatan Johor Bahru
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments

Multi vitamin & Multi mineral

Multi yang Hebat
Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
• Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
• Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
• Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
• Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
• Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.*

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Share
Tweet
Pin
Share
No Comments
Newer Posts
Older Posts

Tentang Penulis

About Me

"Mahfuzah Abd Salam, dari Ipoh, Perak. Berkongsi tentang kesihatan, kecantikan dan pendidikan anak-anak sejak 2013. Suri Bisnes sejak 2010. Memiliki 4 orang cahaya mata. Mesra dengan panggilan Kak Put."

Follow Us

  • FACEBOOK
  • INSTAGRAM
  • YOUTUBE

TIPS AND INFO

  • Kecantikan
  • Kesihatan
  • Pendidikan

MY LIFESTYLE STORY

  • Ceritera Salahuddin
  • Organized Home

Popular Posts

  • Cara Tukar Domain blogspot.com Kepada .com
    Alhamdulillah, mesti masing2 dah siap beli domain baru kan? Kawan2 yang advanced dah siap setting sendiri. Proaktif! Walaupun murah, tap...
  • Cara Beli Domain Murah dan Jimat
    Entry yang dinanti2kan. Hehe. Atas permintaan adik beradik Shaklee saya dalam team IMR (bawah pimpinan Noor Zawani Suhaimin ), saya siapkan...
  • Mengapa Pilih OsteMatrix?
    Mungkin sahabat-sahabat Put tertanya, apa kelebihan OsteMatrix berbanding suplemen kalsium di pasaran?? Meh Put kupas sedikit untuk kefahama...
  • Tanda-tanda Diabetes
    Beberapa tanda menghidap penyakit diabetes adalah seperti berikut: Dapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik berhampiran sekiranya and...
  • 3 Golongan Berisiko Mengalami Sembelit
    Sembelit termasuk penyakit yang mudah untuk ditangani. Tetapi, jika dibiarkan sembelit ini berpanjangan akan menyebabkan sembelit yang te...

recent posts

Blog Archive

  • ▼  2020 (2)
    • ▼  July 2020 (1)
      • Kategori
    • ►  June 2020 (1)
  • ►  2019 (2)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  July 2019 (1)
  • ►  2018 (9)
    • ►  December 2018 (1)
    • ►  November 2018 (2)
    • ►  October 2018 (3)
    • ►  August 2018 (2)
    • ►  May 2018 (1)
  • ►  2017 (48)
    • ►  October 2017 (14)
    • ►  September 2017 (21)
    • ►  August 2017 (7)
    • ►  June 2017 (1)
    • ►  April 2017 (1)
    • ►  March 2017 (4)
  • ►  2016 (34)
    • ►  November 2016 (1)
    • ►  October 2016 (15)
    • ►  September 2016 (2)
    • ►  August 2016 (1)
    • ►  April 2016 (2)
    • ►  February 2016 (4)
    • ►  January 2016 (9)
  • ►  2015 (15)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  November 2015 (1)
    • ►  October 2015 (1)
    • ►  September 2015 (2)
    • ►  August 2015 (9)
    • ►  April 2015 (1)
  • ►  2014 (13)
    • ►  October 2014 (2)
    • ►  September 2014 (3)
    • ►  August 2014 (2)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  February 2014 (4)
    • ►  January 2014 (1)
  • ►  2013 (14)
    • ►  September 2013 (2)
    • ►  June 2013 (4)
    • ►  May 2013 (2)
    • ►  April 2013 (2)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (2)

Followers

Facebook Twitter Instagram

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates