• Utama
  • Tentang Saya
  • Perkongsian
    • Kesihatan
    • Kecantikan
    • Pendidikan
  • Membeli-belah
Powered by Blogger.
facebook instagram twitter youtube

Mahfuzah Salam

Sedapnya dapat makan kek lapis Sarawak. Teringat masa buat kajian penyelidikan kat Sarawak. Pusing satu Sarawak, Kuching - Sibu - Mukah - Miri - Kuching. Pengalaman yang tak dapat dibeli, pengalaman naik bot dari Sibu ke Mukah. Sebelum balik ke Semenanjung, beli kek lapis Sarawak banyak2. Hehe. Saya beli Kek Lapis Dayang Salhah dulu.

Minggu lepas, jiran Mak kat kampung ada anjur demo masak. Menu kali ni Kek Lapis Sarawak. Tekun belajar dari awal sampai habis. Balik rumah teringat2 sedap sangat kek lapis tu. Sangat mudah menyediakannya, satu persatu cikgu ajar. Rasa macam nak buat sekarang tapi tak cukup bahan.

Cikgu Na mula beraksi memasukkan 15biji telur 
Kenalkan, Cikgu Na dari Umie Hadie Culinary. Berasal daripada Terengganu tetapi dah 12 tahun menetap di Kedah. Sleng Terengganu masih ada walaupun dah pandai cakap Kedah :). Dia selalu buat demo2 ni untuk beberapa program anjuran luar.
Tak sabar gak nak kongsi dengan semua. Jom!

Bahan (A)
15 biji Telur Putih + Kuning **Gred B atau C
300gm Tepung Superfine atau Tepung Gandum diayak 2kali
250gm Gula Kastor/Halus  **200gm
1 sudu besar Ovelate **penuh bumbu atau saiz yang dadih kecik

Bahan (B)
2 ketul atau 500gm Mentega **jenama Twin Cow (Murah tapi lemak)
1/2 tin Susu Pekat Manis atau 5 sudu Kaya
**susu jenama Marigold
**kalau kaya, boleh jugak satu bekas kaya Gardeniar

**masa demo

Resepi asal yang diberi oleh Cikgu Na
Cara2nya:
1. Campurkan Bahan (A) dan pukul sehingga kembang dengan kelajuan maksimum. Kemudian, masukkan Bahan (B) dan putar  dalam masa 1 min.
*setiap putaran 1-2min sahaja, tak boleh lama nanti kek akan jadi berminyak
*boleh letak esen, Cikgu Na letak esen pandan 1 penutup botol esen.
*keluarkan mentega lebih awal supaya tempoh memutar tidak lama

2. Bahagikan kepada 3 bahagian. Pilih warna yang terang2 seperti hijau, kuning dan ungu. Untuk warna ungu (lapisan ke 3), masukkan 50gm serbuk untuk memberi kelainan rasa.
*gunakan pewarna jenis cecair yang dijual di kedai bahan kek

3. Setelah semua tersedia, tuangkan 3 senduk warna kuning ke dalam loyang (9" x 9").
*sapukan mentega pada loyang, kemudian debukan pada loyag
*gunakan lebihan mentega pada bungkusan mentega, jimat :)
*pastikan setiap lapisan adalah sama, 3 senduk

4. Bakar dengan suhu 250°C dalam tempoh 5min sahaja atau sehingga nampak kekuningan pada permukaan kek.
*panaskan oven terlebih dahulu seperti biasa
*gunakan api atas dan bawah untuk lapisan 1 dan 2
*gunakan api atas sahaja untuk lapisan ke 3 dan seterusnya

5. Keluarkan loyang, perhatikan permukaan lapisan kek. Didapati terdapat gelembung angin dan jugak permukaan kelihatan kekuningan (macam warna karat). Tekan permukaan kek menggunakan penekan kek supaya angin dikeluarkan.
*lapisan kekuningan tu akan menghasilkan satu garisan yg jelas selepas kek dipotong

6. Teruskan untuk lapisan2 berikutnya sehingga habis adunan. Selepas selesai membakar, sejukkan selama 6jam supaya lapisan2 tadi melekat dengan baik.
*boleh tengok gambar demo, lapisan terbuka dan tidak melekat dengan baik

7. Sedia untuk dihidangkan. :)
*tahan selama 2minggu di luar, 2-3bulan di dalam peti sejuk

Terus terliur..hehe
Masa mula2 dengar Mak bagitau ada demo, perkara pertama yang terlintas di minda "sempat ke buat, kan lambat". Saya membayangkan betapa susahnya nak buat kek lapis. Alhamdulillah, hasil demo ni membuatkan minda saya terbuka. Mudah je rupanya. Walaupun tak 100% seperti Kek Lapis Sarawak, sekurang2nya ianya mudah untuk saya dan suri rumah lain sediakan untuk keluarga. Bukan murah tau! Air tangan ibu dan isteri ;)

Selamat mencuba ye! Kalau rajin, buat lah selalu. Mana la tau, dah mahir nanti boleh buat jual pulak. Bisnes dari rumah :)

p/s: Khusyuk sampai terlepas nak ambil gambar banyak2.

Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Duk belek2 majalah Rapi terbaru. Terjumpa resepi jus detoks vita C ni. Terus teringat mesin jus Hurom kt Go Shop. Hehe. Kawan2 boleh la cuba, pasti sedap dan tentunya sihat.

Bahan2:
Seulas Halia

Sebiji Lobak Merah

Sebiji Oren

Cara penyediaan:
Bersihkan kesemua bahan di atas. Kemudian potong dadu dan masukkan ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga sebati dan tapiskan sebelum dituang ke dalam gelas. Sedia dinikmati.

Khasiat jus:
Jus ini sangat berkhasiat kerana ia mampu menguatkan buah pinggang, mengeluarkan angin dan kesejukan berlebihan dari badan. Ia juga kaya antioksidan yang baik untuk kesihatan tubuh badan.

**Sumber:
Majalah Rapi Nov 2015
Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments
Ingat tak masa kita kecik2 dulu, kalau pergi kenduri kawen, mesti bawak balik sebungkus kuih (kalau sekarang orang panggil door gift, hehe). Kalau sebelah utara ni, dalam tu mesti ada kuih2 tradisional macam kuih bahulu, kapal terbang (tak tau negeri lain panggil ape), kuih bakar, peniaram dan karas. Banyak2 tu, saya mesti korek amik peniaram, orang Kedah panggil coq peneram. Selalu ada sebiji je, itu pun dah sedap sangat.

6biji RM1

Alhamdulillah..setelah kempunan nak makan coq peneram, akhirnya dapat juga makan baru2 ni. Haha. Bunyi macam lama bebenor tak makan kan? Padahal baru 2 minggu tak merasa. Coq peneram yang saya suka ni memang boleh kemaruk nak makan selalu. Untuk yang memang peminat coq peneram la. Kalau tak minat, tak de la sampai kemaruk. Haha.

Gemuks, sedap!

Sejak pindah Ipoh, mana je tempat orang jual coq peneram, mesti saya akan cuba beli. Nak rasa mana yang paling sedap. Akhirnya, jumpa paling sedap. Sapa tau Pasar Tani Stadium kat Ipoh? Kat situ la. Setiap pagi Sabtu, saya mesti ke sana semata2 nak beli coq peneram tu. Peniaga yang jual coq peneram ni muda lagi, rasanya baya2 saya. Suami isteri meniaga.

Coq peneram atau nama lain peniaram, denderam, atau telinga keling (nama ni dah jarang dengar, mungkin menjaga sensitiviti kaum) ni berasal dari India rupanya. Saya baru tau semalam. Ngee. Kalau yang asal ada sedikit berbeza dari sudut bahan. Nama pun lain, tak salin pulak namanya. Mungkin nenek moyang kita dulu tiruvasi kuih ni.  Tepung beras dan gula merah, akhirnya jadilah kuih tradisional Melayu. Masa kita kecik2 dulu coq peneram ni besar, bentuk 4 bulatan tu. Sekarang selalu jumpa macam mini donut tu je.

Gebu, yummy!

Nak coq peneram yang sedap, mestilah kurang manis, dalamnya gebu dan rasanya lemak2 gitu. Gula merah asli akan menentukan sedap ke tak satu2 coq peneram tu.

Jangan lupe cuba tau, pasti nak lagi. Saya berani cakap sedap sebab saya pernah belikan untuk kawan, dia pun cakap sedap sangat. Tak sempat da nak hidang kat tetamu. Hehe.
Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments

Sedar tak sedar, genap sudah usia baby saya 4 bulan. Macam baru semalam berkerah tenaga dan bertarung nyawa untuk melahirkan Salahuddin. Sedikit ujian untuk anak ke-4, saya perlu melahirkan Salahuddin melalui ksedah Caesarian, dalam masa yang sama saya mengalami tumpah darah yang agak teruk semasa proses pembedahan.

Agak istimewa berbanding pesakit lain, saya perlu berada di wad selama 5 hari selepas hari pembedahan. Kawan2 dan sanak saudara asyik tanya bila boleh keluar hospital sebab nak datang melawat. Bukan nak ziarah saya sangat, biasa tetamu nak tengok baby kan? Betul tak? Hehe. Biasanya saya akan beri jawapan yang kurang pasti kerana saya kurang gemar apabila jadual rutin saya terganggu.

Setelah melalui pengalaman bersalin sebanyak 4 kali, saya rasa terpanggil untuk berkongsi tentang etika dan adab2 ziarah ibu bersalin. Bukan apa, andai tersalah waktu mungkin kita mengundang ketidakselesaan kepada tuan rumah. Sebolehnya kita nak tetamu faham, tak nak tuan rumah masam muka dalam hati.

1. Pilih Hari yang Sesuai
Agak2 kalau baru 2-3 hari keluar dari hospital, selesa tak nak terima tetamu? Rasanya ibu2 lebih memahami. Keadaan diri yang tak terurus lagi nak biasakan dengan baby baru. Luka pun masih belum sembuh, nak gerak pun alahai. Sendiri tau kan. Huhu. Dicadangkan selepas seminggu atau 2 minggu la lebih baik untuk ziarah sebab masa ni ibu pun dah kuat, luka pun dah bercantum elok, baby pun dah tak de demam kuning. Betul tak?

2. Pilih Waktu Yang Sesuai
Pagi, petang atau Malam? Harap semua faham bahawa malam adalah waktu berehat bagi semua orang, jadi kalau boleh elakkan ziarah waktu malam atau lewat senja. Kalau terpaksa, boleh minta izin dari tuan rumah. Elakkan juga ziarah diawal pagi, lepas makan tengahari kerana ini adalah waktu privasi. Awal pagi biasanya nak sarapan, siapkan baby mandi dan biasa awal2 begini ibu2 berpantang akan bertungku, berurut dan sebagainya. Dalam jam 9-11pagi tu ok la. Kalau petang, jam 3-5petang.

Orang tua2 dulu melarang ziarah selepas Asar hingga ke malam. Kerana dibimbangi kita membawa 'kawan' bersama. Kadang2 kita singgah ntah mana2 tempat sebelum sampai.

3. Tempoh Yang Singkat
Yang ini perlu dititikberatkan sekiranya ibu bersalin tu ada anak lain selain baby yang baru lahir. Paham2 la kan kalau ada tetamu, anak2 ni kan suka menunjukkan belang masing2. Si ibu pulak tak boleh nak marah. Makin menjadi anak tu. Tetamu duk leka berborak, kesian kat ibu tu. Tak rehat2.
Lagi satu, kalau dah perasan baby dah buat mimik2 muka dan tak selesa tu, cepat2 akhiri perbualan anda ye. Baby nak menyusu tu, ibu pun segan nak menyusu depan orang even sesama perempuan.

4. Biarkan Bayi Tidur
Memang geram tengok baby tengah tidur, rasa cute giler. Saya yang anak 4  ni pun masih geram tengok baby tidur. Tapi, awas! Jangan sesekali suka2 nak angkat baby orang. Kita tak tau susah payah Ibunya nak tidurkan. Ataupun masa kita datang melawat tu baby baru je pejam mata. Kalau baby terjaga sebab anda terusik, siap! Ibu dia sumpah seranah dalam hati pun kita tak tau.

5. Elakkan Soalan Sensitif
'..nape operate, dah tutup kilang ke..?' '..ko pantang pun tak kurus ek..'. Mak aih soalan. Tanya ke perli. Jadi jagalah tutur kata kita. Kita kan melawat orang sakit, lebih baik doakan dia. Bukan tanya soalan2 sensitif macam tu. Satu lagi soalan, '..nape tak tu..', '..nape tak ni..', jangan tunjuk pandai sangat, semua nak komen itu ini.

6. Jangan Cium2 Bayi
Masa kita kecik2 dulu, pernah tak dengar nenek kita marah bila kita cium tangan adik kita yang baru lahir?

"..eh, jangan cium tangan adik, nanti besar adik suka meminta2.."

Kalau pikir balik, memang suatu kepercayaan yang mengarut. Tapi rasionalnya, supaya penyakit pada kita tak berjangkit pada baby. Antibodi baby kan belum kuat. Tangan kita ntah pegang macam2. Nak2 kalau selesama batuk, jangan gatal hidung nak cium2. Duk jauh2 sudah. Hehe.

Yang sihat, boleh basuh tangan dahulu :)

7. Hadiah Untuk Abang/Kakak Bayi
Kepada yang suka bawak hadiah besar2, jangan lupa bawak bahagian untuk abang/kakak baby tu. Sian dia tengok baby dapat hadiah besar2. Kanak2 belum faham. Dah la fasa ni dia masih cemburu kuat sebab ibu asyik pedulikan baby. Apa kata belikan apa2 yang mudah dan ringkas. Aiskrim ke, coklat ke, biskut Tiger ke..lolipop pun kanak2 suka :)

Semoga panduan ini dapat diaplikasikan oleh kita semua. Jadilah tetamu yang diundang kerana tetamu adalah pembawa rezeki :)
Share
Tweet
Pin
Share
1 Comments

Alhamdulillah, minggu lepas, adik ipar saya tempah Shaklee ESP untuk tambahkan susu badan, baru je sebulan lebih melahirkan anak kedua. Sedikit berbeza anak kedua ni sebab agak kuat menyusu walaupun sebenarnya bayi perempuan. Hehe. Berat semasa dilahirkan 3.82kg, memang tubuh seketui bulat. Cukup sebulan berat dah jadi 5.1kg. Memang adik ipar saya agak risau pengeluaran susu tidak mencukupi. Tambahan pula, dia seorang ibu bekerjaya.

Cuti berbaki beberapa hari je lagi. InsyaAllah, lepas Hari Raya Aidiladha naik kerja semula. Walaupun saya tiada pengalaman penyusuan ibu semasa bekerja dalam tempoh yang lama, ada la sikit2 saya boleh kongsikan ilmu yang tau dari pembacaan dan perkongsian rakan2. Salah satu yang saya kongsikan bersama adalah jadual latihan susu perahan kepada bayi. Risau jadi seperti anak sulung dahulu, dah nak kerja lagi seminggu pun masih gagal berikan susu perahan.

Kaedah sebenar yang dicadangkan
Kalau diikut nasihat hospital, kita perlu berikan susu perahan menggunakan sudu atau cawan kan. Sebab tak nak bayi keliru puting payudara. Tapi, tidak semua ibu berminat untuk berikan kaedah tersebut, tambahan pula yang hantar anak kepada pengasuh. Keliru, itu antara faktor penolakan puting, bayi tidak mahu menyusu menggunakan botol sedangkan isinya susu perahan ibunya. Berjenis2 puting tiruan dicuba tetapi gagal. Akhir sekali saya teringat satu petua.

Ayah atau sesiapa selain ibunya berjaya berikan susu perahan
“..berikan susu perahan kepada bayi oleh orang lain selain ibunya sendiri..”

Alhamdulillah, adik ipar saya berjaya apabila suaminya (adik saya) sendiri mencuba menyusukan anak menggunakan puting tiruan. Yang kelakarnya, puting pertama yang dibeli tu akhirnya dihisap dengan baik. Hehe. Orang kata, petua tu berhasil sebab bayi tidak bau badan ibunya. Tak tau la sejauh mana kebenarannya tapi ada munasabah jugak kan? Sama macam Syahmi anak saya dulu, saya sendiri yang susukan menggunakan botol memang dia tak berminat. Tapi pengasuh susukan OK je. Hehe.

Untuk kali ini, saya berikan jadual berikut untuk adik ipar saya. Jadual ni saya rujuk dari pamplet “Perahan Susu Ibu” dari Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.

Hari/MasaHari 1 - 3Hari 4 - 6Hari 7 - 9Hari 10 - 13
7.30 - 9.30 pagiPerahan Susu IbuPerahan Susu IbuPerahan Susu IbuPerahan Susu Ibu
10.00 - 11.30 pagiSusu IbuPerahan Susu IbuPerahan Susu IbuPerahan Susu Ibu
12.30tgh - 1.30 ptgSusu IbuSusu IbuPerahan Susu IbuPerahan Susu Ibu
2.00 - 4.00 ptgSusu IbuSusu IbuSusu IbuPerahan Susu Ibu

Seronok sangat adik ipar saya bila saya tunjukkan jadual ni. Semoga jadual ini dapat membantu adik ipar saya dan rakan2 di luar sana. :)

Pamplet yang Dirujuk
Share
Tweet
Pin
Share
7 Comments
Alhamdulillah, mesti masing2 dah siap beli domain baru kan? Kawan2 yang advanced dah siap setting sendiri. Proaktif!

Walaupun murah, tapi hargainya sebagai sebagai salah satu titik peluh kita ye. Kan blog kita tu umpama kedai kita. Domain ni anggaplah seperti signboard atau papan tanda kedai kita yang dah rebranding atau penjenamaan semula. Dulu mungkin tak dapat menarik minta bakal pelanggan, mungkin sekarang lebih lagi. Nampak lebih professional dan lebih berkeyakinan. Sebelum kita tukar blogspot.com, pasti semua dah ada domain nya ya. Boleh rujuk enrty sebelum ni di sini.

Langkah2nya adalah seperti berikut:

1. Login akaun blogger anda, dari Dashboard > Settings > Basic. Klik pada 'Setup a 3rd party URL for your blog'.

2. Masukkkan domain yang anda telah beli. Pastikan domain adalah dalam format www.(domain anda).com, kemudian klik 'Save'.


3. Satu notis akan muncul yang mengatakan anda masalah dengan domain yang anda telah masukkan, notis tu berwarna merah, 'We have not been able to verify your authority to this domain. Error 12'. JANGAN GABRA! Itu adalah normal untuk kali pertama apabila memasukkan domain. Hehe.

Apa yang penting adalah dua (2) maklumat yang telah diberikan seperti di bawah yang saya highlight kan. Simpan data ni sebab kita akan gunakan dalam akaun GoDaddy nanti dalam langkah seterusnya. Jangan paksa untuk klik 'save' sebab memang takkan dapat. Hehe.


OK, kita ketepikan sementara waktu akaun blogger. Sekarang login akaun GoDaddy.

4. Klik My Account > Manage My Domain


5. Klik pada nama domain yang kita daftarkan. Seterusnya akan terpapar menu Setting, DNS Zone File dan Contacts. Klik 'DNS Zone File'. Kemudian klik 'Add Record'.


6. Seterusnya akan terpapar menu Setting, DNS Zone File dan Contacts. Klik 'DNS Zone File'. Kemudian klik 'Add Record'.


7. Selepas klik 'Add Record' akan terpapar pop up seperti berikut, dan pilih 'CNAME (Alias)'.


8. Pada paparan yang muncul, masukkan maklumat yang terdapat seperti di Langkah 3. Terdapat 2 maklumat yang berbeza di langkah 3.
i - www --- ghs.google.com
ii - xxxxxx --- xxxxxxxx

Masukkan 'www' pada 'Host' dan 'ghs.google.com' pada 'Points To'. Dan ulang langkah yang sama untuk maklumat ke-2.


9. Setelah selesai memasukkan kedua2 maklumat tersebut, scroll down halaman dan anda boleh lihat data yang dimasukkan pada column CNAME seperti berikut.


Ok, dah siap untuk proses pertukaran domain. Kemudian, anda perlu tunggu 24jam. Tapi bergantung kepada kecepatan penyedia atau server. Saya letak 24jam supaya tak la ternanti2 kan. Hehe. Boleh je nak check selalu sebab ada je yang siap awal. Boleh cuba langkah seterusnya, kembali ke akuan Blogger.

9. Selepas 24jam, (kiranya keesokan hari), masukkan semula domain ke akaun blogger, seperti Langkah 1, Dashboard > Settings > Basic, kemudian masukkan nama domain anda, iaitu www.(nama-domain-anda).com dan klik 'Save'.

10. Selepas 'Save', paparan seperti ini akan keluar dan ini bermakna anda dah berjaya :). Perlu diingat untuk 'tick' pada 'Redirect'. Klik pada 'Edit' untuk semak.


Pastikan tick pada 'Redirect'
Peringatan: Sebagai langkah berjaga2, tetapan pada 'Auto-Renew' di dalam akaun Godaddy dimatikan seperti langkah berikut. Ini bertujuan berjaga2 supaya duit kita tak kena potong tanpa sedar. Hehe. Mana la tau kan. Lagipun, promo code boleh dapat untuk renew jugak :)

Boleh klik SINI untuk dapatkan renew promo code yang terkini.


Seronok bukan? Apa2 masalah boleh terus WhatsApp saya ye, 019-326 5417. Semoga entry ini memberi manfaat buat semua. Happy Blogging ;)
Share
Tweet
Pin
Share
17 Comments
Entry yang dinanti2kan. Hehe. Atas permintaan adik beradik Shaklee saya dalam team IMR (bawah pimpinan Noor Zawani Suhaimin), saya siapkan entry ini. 

Dah lama teringin nak ada domain dan hosting macam orang lain. Tapi saya tak mampu dan tak berani nak beri komitmen untuk melaburkan duit yang banyak. Dijadikan cerita, saya chit chat dengan kawan baik di sekolah dulu, yang juga pengedar Shaklee di Kulim, Kedah. Memang selalu saya kaut ilmu dari dia (dari zaman sekolah sampai la jadi SID, hehe), dan suatu hari saya tanya tentang domain dan hosting ni sebab selalu nampak dia letak link dia, www.syakirahkapli.com. Tanya punya tanya, kesimpulannya beli domain je dulu kalau nak jimat, nak murah siap boleh beli guna 'promo code'. Boleh beli serendah RM3-5 tau! Sape tak nak kan?

Pakai hosting Blogger pun tak pe la kan walaupun murah, janji ada 'nama'. Ok, dah boleh mula ye?

1. Pertama sekali klik di sini untuk ke website rasmi GoDaddy.

2. Kemudian masukkan nama domain yang ingin anda nak beli pada 'FIND YOUR PERFECT DOMAIN NAME', kemudian klik pada 'SEARCH DOMAIN'. Pastikan nama yang dipilih adalah muktamad. Beli ngan duit ni tau!

3. Sekiranya 'AVAILABLE', klik pada 'CONTINUE TO CART'.


4. Pada 'Select Options for 1 Domain' di 'Step 1 | Privacy' dan 'Step 3 | Email' pilih 'NO THANKS', manakala pada 'Step 2 | Options' jangan pilih apa2. Silap langkah, kita kena bayar lebih. Hehe. Kemudian, klik 'CONTINUE TO CART' untuk masuk ke halaman 'shopping cart'.

Step 1: Pilih 'No Thanks'

Step 2: Untick kedua2 pilihan

Step 3: Pilih 'No Thanks'
5. Tukarkan 'TERM' menjadi '1 YEAR', kerana anda akan membeli domain tersebut dalam tempoh 1 tahun sahaja. Nanti boleh 'renew' kemudian.


6. Langkah seterusnya klik link 'HAVE A PROMO CODE?'.


7. Kemudian masukkan nombor kupon GoDaddy ini 'CJCFW99' pada 'ENTER PROMO, SOURCE CODE OR REFERRAL CODE:' dan klik 'APPLY'.


8. Harga domain tersebut akan automatik berubah selepas dimasukkan nombor Promo Code. Klik di sini atau di sini untuk mendapatkan kupon GoDaddy terbaru. Langkah berikutnya, klik 'PROCEED TO CHECKOUT' untuk proses pembayaran.


9. Tetapi sebelum membuat pembayaran, anda diwajibkan untuk log in ke akaun GoDaddy anda. Sekiranya tiada, sila daftar sekarang.


10. Isi maklumat lengkap dan pilih Credit/Debit/Prepaid Card untuk kaedah pembayaran.

Maklumat Bil
Maklumat Akaun GoDaddy
Maklumat Pembayaran
11. Akan terpapar jumlah perlu dibayar dan pengesahan setuju membeli dan jangan lupa 'tick' 'I AGREE TO FOLLOWING:', kemudian klik 'PLACE YOUR ORDER' untuk membuat pembayaran.


12. Akhirnya, anda berjaya membeli domain tersebut. Boleh semak emel untuk pengesahan pembelian dan akan diaktifkan dalam masa 24jam.

Kadang cepat je macam saya hari tu. Jangan lupa untuk verify dan kalau dah 'active' kita akan terima emel jugak. Dan domain sedia untuk digunakan. Sebarang kekeliruan atau masalah sepanjang membeli domain, boleh terus WhatsApp 019-326 5417. Saya akan cuba bantu sebaik mungkin. Next entry kita belajar untuk tukar .blogspot kepada .com pulak ya. Stay tuned!

p/s: Jangan risau kalau blog lama anda dah banyak entry dan link nak diperbetulkan. Sebab kita akan setting 'redirect' nanti masa tukar .blogspot kepada .com.
Share
Tweet
Pin
Share
20 Comments
Masih ingat kisah cinta saya bersama Garlic Complex? Kisah cinta kami tidak berakhir di situ sahaja. Semasa melahirkan anak ke-4 saya, saya tidak mengalami pre-eklampsia tetapi hanya mempunyai tekanan darah tinggi saat tiba kelahiran. Doktor memberi peluang untuk saya bersalin normal, tetapi bukan rezeki saya apabila tekanan darah saya semakin meningkat sehingga 160/** (bawah saya tak ingat) selepas 2jam berada dalam dewan bersalin. Terus doktor buat keputusan untuk melahirkan secara caesar tambahan pula rekod CTG baby tidak memuaskan.

Selepas kelahiran, tekanan darah saya kembali normal. Macam tak percaya sebab anak yang lepas sehingga 6minggu masih tidak stabil. Alhamdulillah, semua kerja Allah bukan? Berikutan tekanan darah yang dah stabil, saya tidak mengambil Garlic Complex semula. Setelah tamat berpantang, saya kembali mengambil Garlic Complex atas nasihat2 bidan tentang kebaikan bawang putih untuk ibu selepas bersalin.

Majalah rapi Mac 2014
Selepas beberapa hari mengamalkannya, perasan susu macam banyak berbanding biasa (saya turut mengamalkan set penuh menyusu kecuali Alfalfa Complex). Tak pasti berapa banyak bertambah sebab direct feed kan. Cuma rasa cepat dan asyik2 penuh :). Wah, sungguh tak rugi ambik Garlic Complex ni. Dah la harga mampu milik. Manfaat bukan lebih dari satu, malah lebih dari 3!

Teringat satu kenyataan dalam Majalah Rapi, "..pengambilan bawang putih akan membuatkan bayi menyusu lebih lama..". Terfikir sekejap, cane diorang cakap bayi akan menyusu lebih lama? sebab susu banyak ke? atau sebab lain? Apa lagi, saya pun cuba dapatkan jawapan. Tapi bukan dari buku, cuma dari sebuah website About.com, perkongsian ilmu dari golongan bertauliah.

Sedikit petikan dari kenyataan 'Garlic and Breastfeeding'
Ternyata artikel berkenaan membenarkan sangkaan saya bahawa bawang putih dapat membanyakkan pengeluaran susu. Dalam artikel tersebut menyebut:
"Garlic is believed to be a galactogogue. It has been used for many years as an herbal treatment to stimulate breast milk production and increase milk supply".
"The garlic that you eat does travel into your breast milk and it can change the taste and smell of your milk. Some babies like the taste and are not at all bothered by garlic, while others may become fussy and irritated".
Jadi, benarla kenapa kenyataan dalam Majalah Rapi tadi. Bayi menyusu lama sebab susu banyak dan juga punya 'rasa' yang berbeza. Baby saya macam suka je. Hehe. Tapi sayang, perut baby saya tak tahan. Kembung je, so saya berhenti ambik Garlic Complex. Alhamdulillah, lepas berhenti baby dah tak kembung.
"For infants that suffer from colic, garlic is one of the foods you may want to eliminate from your diet. However, if you and your baby tolerate it well, garlic in moderation can be very beneficial to your health and your milk supply".
Kawan saya cadangkan kurangkan dos, cuba ambil 1 biji sahaja. Mana la tau, baby tak kembung kan. Saya tak cuba2 lagi. Hehe. Nak tunggu baby besar sikit 6bulan ke. Sebenarnya tak sabar nak ambik semula Garlic Complex sebab saya dah mula naik jerawat dan rambut gugur. Anak2 sebelum ni perubahan hormon berlaku lepas 4 bulan kelahiran. Kali ni macam awal pulak.

Apa2 pun, sape nak cuba tak salah. Mana tau, anak suka 'perisa' baru ni :)

Tak sabar nak menikmati manfaat Garlic Complex? Meh kita sembang kot WhatsApp 019-326 5417.
Share
Tweet
Pin
Share
4 Comments
Alhamdulillah, tertaip jugak nak kongsikan kisah ni. Dah lama nak kongsikan, dari mengandung anak ke-4 hari tu lagi, dah bersalin pun tak kongsi2 lagi. Sekarang baby pun dah 3bulan setengah. Melampau tak? Hehe.

Nak ceritakan kisah saya jatuh cinta dengan Shaklee Garlic Complex sebenarnya. Saya mempunyai sejarah pre-eklampsia semasa melahirkan anak ke-3 pada tahun 2012. Kesan daripada tu, tekanan darah saya tidak stabil sehingga 6minggu selepas bersalin. Sepanjang tempoh berpantang, saya kerap ke klinik untuk pemeriksaan tekanan darah dan temujanji doktor. Mujur masa tu baru belajar amalkan Set Berpantang Shaklee. Memang cergas tak seperti orang berpantang. Selepas 6minggu tekanan darah saya kembali normal. Kadang2 tekanan darah saya naik jugak, contoh macam saya tak rehat atau terlalu lama mengadap skrin komputer dan telefon. Tanda pertama selalunya sakit kepala tak hilang2. Masa tu dah belajar ambik Garlic Complex tapi tak konsisten. Masa sakit je ambik (Patutla tak baik2. Hehe). Walaupun tak konsisten, saya perasan kalau ambik Garlic Complex mesti jerawat besar2 tepi dagu tu tak de (salah satu kesan perubahan hormon selepas bersalin kepada saya).

Sehingga lah saya mengandung semula tahun lepas, 2014. Tekanan darah saya normal tetapi agak kurang cantik untuk ditulis. Hehe. Contoh 128/80, 12*/80. Kadang2 kanan normal, kiri tak normal 130/80. JM mintak saya jaga tekanan darah saya supaya tak naik. Pastu saya kembali ambik Garlic Complex secara konsisten, masa tu dah trimester 2. Saya ambik hanya sehari sebiji. Alhamdulillah, 2 bulan berturut2 tekanan darah saya OK sangat, 108/80, dan 110/80. Seronok sangat. Sungguh, saya jatuh cinta. Jerawat pun tak naik macam mengandung sebelum2 ni (Perubahan hormon semasa mengandung pun buat jerawat naik muka saya). Pernah jugak terskip ambik Garlic Complex sebab dah habis baru order. Apa lagi, naik semula jerawat. Padan muka!

Ambik bersama OsteMatrix sebelum tidur
Kisah cinta saya makin menebal apabila saya mengalami keputihan semasa mengandung. Tanya Mak Shaklee saya Zawani Suhaimin, pengalaman dia ambik 2biji sehari. Saya pun follow la ambik 2 biji. Tak sampai sebulan saya ambik Garlic Complex, Alhamdulillah..keputihan berkurang (tak la hilang terus). Apa yang paling buat saya sangat2 mencintai adalah, kulit wajah saya lebih licin berbanding sebelum ni. Wow! Sebelum saya perasan seorang diri, saya biarkan suami yang komen. Masa tu saya PJJ ngan suami, jadi tengok dari gambar. Ternyata benar. Kembang semangkuk, sengih sampai ke telinga. Haha. Nak satu tapi dapat dua manfaat.

Ni la gambar yang suami saya komen. Hehe.
Saya bukanlah seorang yang suka siap2 muka, pakai bedak pun tak pandai. bertampung macam budak sekolah. Jadi, kesan licin di wajah tu sangat terasa la kan, Hehe. Masih ada la parut dan tona tak sekata tu. Cam tak percaya, licin. Tengah bayangkan kalau amik banyak biji, macam orang Korea makan satu labu bawang putih kot.

Bagi ibu2 yang mengalami darah tinggi atau hipertensi sepanjang hamil, boleh cuba Garlic Complex bersama ESP, B-Complex dan OsteMatrix. Saya juga sangat syorkan sesiapa yang mengalami jerawat besar2 yang sakit tu untuk cuba ambik Garlic Complex ni. Antibiotik semulajadi yang sangat berkesan. Kalau pergi farmasi pun diorang bagi antibiotik gak :)

Jangan lengah2, angkat henfon dan terus dail 019-326 5417 untuk konsultasi PERCUMA ini!
Share
Tweet
Pin
Share
4 Comments

Assalamualaikum semua dan Salam 1 Malaysia :)

Saya Mahfuzah, lebih mesra dengan panggilan Put, Agen/Pengedar Shaklee Meru Raya, Ulu Chepor dan Chemor. Lokasi Taman Meru Perdana berhadapan SK Ulu Chepor.

5 Sebab Anda Mahu Pilih Kami Sebagai Konsultan Shaklee Anda

#1 Servis Penghantaran ke rumah anda!

Jika anda perlukan produk Shaklee, inshaAllah saya boleh hantarkan ke tempat anda di kawasan Meru Raya, Ulu Chepor, Silibin, Klebang dan Chemor umumnya secara PERCUMA! Saya adalah agen Shaklee dan fokus berniaga produk Shaklee. Jadi insyaAllah kami dapat hantarkan pada bila-bila masa (hujung minggu/hari kerja, siang/malam) atas persetujuan bersama :)


#2 Penghantaran Melalui Poslaju / GDex / Citylink ke Seluruh Malaysia!

Kami juga membuat pengeposan ke seluruh Malaysia dengan kos:

Minimum
RM 6.35 (semenanjung)
RM 10.60 (Sabah/Sarawak)

Maksimum
RM 10.60 (semenanjung)
RM 21.20 (Sabah/Sarawak)

FREE postage
Pembelian melebihi RM 800 (semenanjung)
Pembelian melebihi RM 1000 (Sabah/Sarawak)


#3 Produk Shaklee Sedia Ada (Ready-Stock)

Kami sentiasa ada stok (ready-stock) produk Shaklee kerana cawangan Shaklee Ipoh berdekatan dengan tempat kerja suami. Jadi mudah untuk dapatkan stok dengan cepat.


#4 Pengguna Shaklee Sejak 2012

Saya merupakan pengguna Shaklee sejak 2012 hingga kini. Secara jujurnya, saya bermula sebagai pengguna sahaja. Setelah jatuh cinta dan merasai sendiri produk Shaklee, saya terus mendaftarkan diri sebagai pengedar, sejak itu saya tidak cuba produk supplement jenama lain. Dengan ikhtiar ini, Alhamdulillah saya dapat menyusukan 2 anak saya sepenuhnya dengan susu ibu.

Saya percaya supplement sangat penting dalam kehamilan, kelahiran. penyusuan dan penjagaan kanak2, apatah lagi menjalani kehidupan yang sibuk sebagai seorang ibu, isteri, dan peniaga online seperti saya.

Suami saya, anak-anak saya, serta keluarga saya juga pengguna Shaklee hingga kini. Beberapa orang ahli daripada keluarga besar saya turut menggunakan Shaklee.


#5 Konsultansi Cepat dan Mesra

Saya boleh dihubungi melalui Whatsapp di 019-326 5417. Peribadi saya yang bersahaja insyaAllah membuat anda selesa dan tidak berasa segan untuk berurusan bersama saya.
Share
Tweet
Pin
Share
7 Comments
Alhamdulillah, hajat lama akhirnya kesampaian. Dah lama nak beri anak2 makan ubat cacing yang sepatutnya 6bulan atau setahun sekali diberi. Sampai Mak pun dah banyak kali ingatkan. Ngee. Mak kata Tok Wan saya dulu ikut jadual beri ubat cacing kat anak2 dia. Tok Wan saya memang seorang yang sangat displin. Hujung minggu baru ni, selesai la 3 beradik tu minum ubat cacing. Hehe. Kenapa saya boleh berniat nak beri ubat cacing kat anak2? Sebenarnya dah lama saya perasan beberapa tanda2 ni, macam kecacingan je ni (walaupun tak pasti betul atau tak, saya andaikan saja). Anak saya Syahmi dan Aina ni sihat cuma diorang suka meratah lauk, sorang kurang makan nasi, sorang berat badan tak naik2 walaupun makan. Hehe. Syahmi tu siap perut buncit lagi. Berbeza ngan Amri, terlebih sihat pulak. Walaupun tak pasti punca masalah ni, saya berikan ubat cacing kepada ketiga2 beradik sebagai pencegahan sebab ubat cacing ni tak bahaya dan lebih baik untuk pencegahan.

Jenama yang saya beli, Zentel
Episod beri ubat cacing ni menarik. Hehe. Anak2 jadi takut nak makan sebab ingat ada cacing. Saya beli jenis cecair. Memang episod memujuk tu makan masa sikit. Tak de pulak gambar malam tu. Dah la 3 orang pulak tu. Hehe. Nak buat macamana, terbeli yang cecair. Rupanya ada juga jenis lain macam Champs tu, siap dalam bentul tablet, ada perisa coklat lagi. Jadi kalau anak2 jenis susah nak minum ubat cecair, boleh cuba yang tablet tu.

Nak Percaya atau tidak? Cacing boleh hidup dalam badan? Selalu ada 5-6 cacing yang boleh hidup dalam badan, antara yang glamor macam cacing gelang, cangkuk, kerawit, benang dan pita. Cacing2 ni boleh hidup sebab makan nutrien dan zat2 yang terdapat dalam usus tau, masa proses penghadaman tu. Sebab tu anak yang terkena kecacingan ni mengalami masalah kurang berat badan. Cacing2 tu dah rembat dulu, sebab tu dipanggil parasit dalam badan. Menumpang tinggal dan menumpang makan. Hehe.

Dos dan senarai cacing yang boleh dimusnahkan
Sebenarnya sihat atau tak, kita disarankan untuk memberikan ubat cacing kepada anak2 sebagai pencegahan. Maklum la kanak2 kan, kadang basuh tangan pun nak cepat2. Pastu suka masukkan barang dalam mulut pun boleh jadi. Macam Aina ngan Amri suka sangat gigit getah, ntah ape2. Padahal dah besar, tu yang risau. Walaupun dah jarang makan luar, pun tetap kena hati2. Maklum la kan makanan kat luar kan kurang jamin kebersihannya, tambahan bab2 basuh membasuh ni (telur cacing kat buah dan sayur). Cacing2 ni pun boleh merebak melalui makanan yang kurang masak tau. Satu lagi yang saya risau, tandas di sekolah, saya kurang pasti tahap kebersihannya bagaimana. Jadi kita perlu didik anak2 supaya membasuh terlebih dahulu tempat duduk tandas sebelum tunaikan ‘hajat’ (kalau tandas jenis duduk la). Samada di sekolah ataupun di rumah. (Duk terbayang macamana la Amri urus diri kat tandas sekolah. Hehe.)

Baru perasan orang dewasa pun ada. Hehe.
Perasan tak kat botol ubat cacing tadi ada gambar orang dewasa? Orang dewasa pun boleh kena kecacingan ke? A’a betul! Kat botol ubat cacing tu siap ada dos untuk ‘adult’ lagi. Hehe. Sepatutnya semua ahli keluarga kena minum termasuk ibu bapa (saya je yang perasan kebal, ngee). Kawan saya seorang guru di sekolah menengah, dia siap cadangkan minum ubat cacing kat pelajar beliau yang suka tidur dalam kelas. Hehe. Yela, tak bermaya dan mengantuk tu dah tanda2nya kan. Sebenarnya orang dewasa memang boleh kena jangkitan cacing ni. Terutama kalau ada pelihara binatang dalam rumah macam kucing. Kan kucing tu keluar masuk tak pakai kasut. Hahaha. Tersesat cacing celah kaki kucing, mana la kita tau kan. Hehe. Kucing pun ada ubat cacing tau, boleh semak ngan klinik haiwan jika berminat. Hehe.

Mengikut ahli farmasi tempat saya beli ubat cacing tu, cacing aktif sebelah malam, jadi berikan anak sebelum tidur. Esok paginya tak de pulak laporan dari anak2 yang najis diorang ada ‘sesat’ cacing. Syahmi pun, tak de pulak dalam pampers. Mak kata kalau ada, mesti keluar. Kalau betul tak de, Alhamdulillah, tak de. Mungkin saya perlu semak semula pemakanan harian serta makanan tambahan mereka. Dalam salah satu artikel Dr. Zubaidi ada menyebut, kalau masih ada cacing 3 hari berturut sehingga hari ke 4, perlu jumpa pakar paediatrik untuk pemeriksaan lanjut. Bahaya tau, nanti akan menyebabkan masalah perkembangan fizikal anak2, pembelajaran pun terganggu sebab selalu sakit dan prestasi kehadiran ke sekolah pun merosot. Jadi, kita tidak boleh pandang enteng perkara ni.

Kat bawah ni tersenarai tanda/simpton kecacingan (sumber: DI SINI) untuk panduan semua. Jadi, ibu2 kat luar boleh semak ye. Antaranya;
  • Cacing keluar dari lubang najis atau ada cacing pada najis.
  • Punggung terasa gatal terutama pada waktu malam.
  • Badan menjadi lemah dan hilang selera makan, serta sakit perut atau cirit birit dan kembung.
  • Pucat dan berat badan menjadi kurang walaupun selera makan ada.
  • Batuk-batuk yang berpanjangan.
  • Demam, ruam di badan, alahan, kaki gatal dan bengkak.
  • Mengetap gigi ketika tidur malam.
  • Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata.
  • Hiperaktif.
  • Sakit kepala.
  • Sensitif terhadap cahaya.
  • Gusi dan hidung berdarah.

Semoga bermanfaat untuk semua :)
Share
Tweet
Pin
Share
29 Comments
Pertama kali dalam hidup, saya join bloglist segmen.

Jom join sekali. Cuma klik gambar di atas sahaja.
Share
Tweet
Pin
Share
3 Comments
Mak sebagai Inspirasi!

Alhamdulillah, sempat siapkan juadah untuk makan tengahari sebelum bekalan air ditutup hari ini untuk kerja2 penyelenggaraan. Kelam kabut tadi sebab saya terlupa. Hehe.

Kisah memasak bukanlah kisah yang hebat dalam hidup saya. Masak tak sedap mana pun, tapi suka makan tu yang lebihnya. Hahaha. Yang paling suka dengar, adik2 saya kata masakan saya persis masakan Mak. Kembang kot. Haha.

Saya percaya, sesiapa pun di dunia ini akan menjadikan ibu mereka sebagai idola, contoh teladan, dan inspirasi dalam kehidupan mereka. Termasuklah saya. Dalam banyak perkara saya jadikan Mak sebagai ikutan termasuklah dalam masak memasak ni.

Perkahwinan di usia muda (zaman sekarang kira muda kalau kawen umur 22tahun, nak2 masih belajar), saya sememangnya tak pandai masak pun termasuklah goreng ayam pun tak masak. Mula2 agak trauma nak masak sebab asyik tak menjadi je. Hahaha. Kisah lama la tu. Sekarang masih trauma kalau buat kuih atau dessert tak menjadi. Kih Kih.

Teringat kisah Mak pernah ceritakan. Mak kata Mak pun tak pandai masak masa Mak kawen dulu. Kali pertama Mak Mertua minta Mak buatkan tepung talam, Mak ngaku je tak pandai masak. Hehe. Kalau sape kenal Mak saya sekarang, pasti ramai tak percaya. Rata2 anak sedara, jiran tetangga dan sahabat handai selalu puji dan rindukan masakan Mak. Anak2 apatah lagi. Jadi, kenapa saya perlu takut?

Mak saya memang hebat! Kami adik beradik pernah makan roti canai dan murtabak air tangan Mak tau! Apa yang Arwah Abah dan anak2 nak makan, semua Mak buatkan. Makanan di restoran pun Mak boleh masakkan. Yang pasti kat rumah terjamin kebersihan dan keberkatan tu!

Saya juga perasan, apa yang Mak suka, mesti Mak belajar buat sampai jadi. Contoh tart nenas gulung dalam gambar tu. Kegemaran sama macam saya. Dulu Mak pun beli macam saya. Tapi lepas tart yang selalu beli tu dah tak de, mula la tak dapat makan. Banyak tahun jugak Mak dah buat tart gulung tu sendiri dan tahun ni saya dapat rasa sedap sangat, sedap berbanding tahun2 yang lepas! Memang betul lah, praktice make perfect!

Tapau tart gulung Mak, hehe
Sekarang saya pun nak jadi macam Mak. Cuba masak apa je yang kita suka. Lama2 jadi la. Dulu setahun berapa kali je dapat makan laksa sebab tunggu balik kampung. Sekarang dah pandai masak, memang tengok ikan dalam sinki pun dah terbayang laksa. Hahaha. Sabar2, pantang setahun orang tua pesan.

Puasa yang lalu, banyak menu jugak yang pertama kali yang saya belajar masak. Paling saya teruja adalah masak roti john. Saya memang suka roti john. Tapi disebabkan makin lama, makn tak sedap bila dibeli. Harga makin naik, kualiti makin turun. Ntah mana datang semangat nak buat roti john pun ntah. Hahaha.

Buat sedikit carian di Google, tengok2 resepi. Tak sangka resepinya mudah dan lebih kurang dengan resepi roti sandwich bakar yang saya selalu buat tu. Kepada sesiapa nak mencuba, boleh cuba resepi ni ya. (Perasan sangat orang nak cua resepi dia, haha)

Bahan2nya:

5 biji roti hotdog
4 biji telur
¾ cawan daging kisar
1 biji tomato – dipotong dadu kecil
1 biji bawang besar – dicincang halus
3 ulas bawang putih – dicincang halus
Sedikit daun sup – dihiris halus
½ sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil serbuk kari daging
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit garam dan perasa
Sedikit majerin untuk sapu pada kuali
Sos dan mayonis untuk hiasan

Cara2nya:

1/ Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik wangi. Masukkan daging kisar bersama serbuk kari daging dan goreng sehingga masak. Tutup api, dan ketepikan.

2/ Pukul telur bersama garam, bahan perasa dan lada sulah. Masukkan tomato, daun sup dan daging kisar yang telah digoreng tadi. Gaul rata.

3/ Belah tengah roti hotdog, pastikan tidak terputus.

4/ Panaskan kuali rata dengan api sederhana, sapukan sedikit majerin dan tuang rata telur. Buka belahan roti tadi dan letakkan di atas telur tengah dimasak. Roti akan melekat pada telur.

5/ Terbalikan roti dan panaskan sebentar supaya roti menjadi lebih lembut. Roti diangkat dan ulang langkah di atas untuk roti seterusnya.

Sedia untuk hiasankan sos dan mayonis
6/ Hiaskan sos dan mayonis di atasnya. Tutup semula belahan roti tadi dan potong untuk sedia dihidang. (boleh jugak tambah sos lada hitam jika berminat)

Meleleh kau!
**Maaf ye, tak de sukatan sebenar sebab saya masak ikut rasa boleh campak. Hehe. Gambar pun tak lengkap.

Popia simpul sebelum digoreng
Kepada semua rakan sejawat saya, jangan la takut atau risau. Cuba dan cuba. Cita2 baru saya nak belajar masakan hari raya, nanti orang tua kita tak de, sape nak masak? Balut ketupat palas tak lulus2 lagi ni. Ketupat nasi dah lulus. Tahun ni nekad buat popia simpul, alhamdulillah. Tak menang tangan walaupun tak menjual lagi. Hehe.

Anak kacau ke ape, jadikan cabaran bukan halangan. Nak buat macamana, kalau tak memang tak berasap la dapur kita. Selamat berasapkan dapur masing2. Selamat mencuba!
Share
Tweet
Pin
Share
10 Comments
Newer Posts
Older Posts

Tentang Penulis

About Me

"Mahfuzah Abd Salam, dari Ipoh, Perak. Berkongsi tentang kesihatan, kecantikan dan pendidikan anak-anak sejak 2013. Suri Bisnes sejak 2010. Memiliki 4 orang cahaya mata. Mesra dengan panggilan Kak Put."

Follow Us

  • FACEBOOK
  • INSTAGRAM
  • YOUTUBE

TIPS AND INFO

  • Kecantikan
  • Kesihatan
  • Pendidikan

MY LIFESTYLE STORY

  • Ceritera Salahuddin
  • Organized Home

Popular Posts

  • Kategori
  • Cara Tukar Domain blogspot.com Kepada .com
    Alhamdulillah, mesti masing2 dah siap beli domain baru kan? Kawan2 yang advanced dah siap setting sendiri. Proaktif! Walaupun murah, tap...
  • Jom Ketahui Bagaimana OsteMatrix Bantu Tulang Anda
    Tulang yang kuat untuk tubuh yang kuat. Bina dan pastikan tulang anda kuat dengan nutrien "pembina-tulang" untuk memastikan ia kek...
  • 10 Tips Tingkatkan Kecergasan Lelaki! - Part 1
    Sebagai seorang lelaki, terdapat banyak perkara yang ingin anda capai dalam kehidupan. Salah satu daripadanya adalah pelaburan masa dan tena...
  • Posisi Laid-Back, Posisi Kasih Sayang
    "Penyusuan susu ibu adalah lebih daripada sekadar suatu kaedah pemakanan bayi. Susu ibu adalah satu pilihan gaya hidup" - Dr....

recent posts

Blog Archive

  • ►  2020 (2)
    • ►  July 2020 (1)
    • ►  June 2020 (1)
  • ►  2019 (2)
    • ►  August 2019 (1)
    • ►  July 2019 (1)
  • ►  2018 (9)
    • ►  December 2018 (1)
    • ►  November 2018 (2)
    • ►  October 2018 (3)
    • ►  August 2018 (2)
    • ►  May 2018 (1)
  • ►  2017 (48)
    • ►  October 2017 (14)
    • ►  September 2017 (21)
    • ►  August 2017 (7)
    • ►  June 2017 (1)
    • ►  April 2017 (1)
    • ►  March 2017 (4)
  • ►  2016 (34)
    • ►  November 2016 (1)
    • ►  October 2016 (15)
    • ►  September 2016 (2)
    • ►  August 2016 (1)
    • ►  April 2016 (2)
    • ►  February 2016 (4)
    • ►  January 2016 (9)
  • ▼  2015 (15)
    • ▼  December 2015 (1)
      • Homemade Kek Lapis Sarawak
    • ►  November 2015 (1)
      • Jus Detoks Vita C
    • ►  October 2015 (1)
      • Peneram Paling Sedap Di Ipoh
    • ►  September 2015 (2)
      • 7 Etika Ziarah Ibu Bersalin
      • Bagaimana Melatih Bayi Menerima Susu Perahan?
    • ►  August 2015 (9)
      • Cara Tukar Domain blogspot.com Kepada .com
      • Cara Beli Domain Murah dan Jimat
      • Bawang Putih adalah 'Milk Booster' dan 'Flavour'?
      • Sungguh, Saya Sudah Jatuh Cinta!
      • Pengedar Shaklee Meru Raya - #5 Sebab Anda Mahu Pi...
      • Alamak, Orang Dewasa Pun Kecacingan!
      • Saya Nak Masuk Bloglist Vitamin Wawa Ogos-Sept 2015
      • Fuh, Mudahnya Buat Homemade Roti John!
    • ►  April 2015 (1)
  • ►  2014 (13)
    • ►  October 2014 (2)
    • ►  September 2014 (3)
    • ►  August 2014 (2)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  February 2014 (4)
    • ►  January 2014 (1)
  • ►  2013 (14)
    • ►  September 2013 (2)
    • ►  June 2013 (4)
    • ►  May 2013 (2)
    • ►  April 2013 (2)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (2)

Followers

Facebook Twitter Instagram

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates