8 Manfaat Detoks - Part 1

by - September 23, 2017

Seperti yang anda sedia maklum detoks merupakan cara untuk anda boleh mengurangkan toksik berlebihan dalam badan dan mengoptimumkan fungsi organ detoks dalam badan anda. Namun bagaimana cara untuk anda memastikan bahawa detoks ini betul-betul berkesan?


Apakah antara sebab khusus anda perlu fokus dalam membersihkan tubuh anda?

8 Manfaat Detoks

KESAN POSITIF DETOKS

Tubuh kita sering terdedah kepada toksin yang datang berpunca daripada persekitaran dalam aktiviti seharian kita, pemakanan yang bernutrisi rendah, dan juga tekanan dari gaya hidup kita sendiri. Pendedahan yang kerap boleh mengakibatkan kebolehan semula jadi tubuh kita menyingkirkan toksik terganggu. Ia mengakibatkan tompokan toksik dan mendorong kepada berbagai masalah kesihatan. Oleh itu, amat penting untuk kita melakukan detoks dengan kerap. Sekiranya anda mengikuti pelan detoks yang terancang, selamat dan elok boleh memberikan anda berbagai kesan positif dan antara yang terpenting seperti:


1. PENGURANGAN BERAT BADAN
Toksin memberi kesan buruk kepada keupayaan tubuh secara semula jadi untuk membakar lemak yang mengakibatkan kepada penambahan berat badan. Yang bertanggungjawab dalam menjaga kilang lemak anda adalah gen pemberi signal, dan apabila toksik telah melekat kepadanya, ia akan membuatkannya kurang berfungsi lantas mengakibatkan lebih banyak lemak terkumpul. Lambat laun, sel lemak baharu ini akan dipenuhi oleh lemak dan toksin yang berlebihan menyebabkannya tidak dapat berfungsi dengan baik malah ia langsung tidak dapat membantu dalam menghasilkan tenaga dan hormon yang elok sebagaimana sel lemak yang baik sepatutnya berfungsi.

2. MELEGAKAN RASA KEMBUNG DAN SEMBELIT (KOLON YANG LEBIH SIHAT)

Anda rasai seperti telah duduk di tandas selama seharian? Rasa seperti ingin membuka butang seluar anda kerana perut anda sakit? Usus (termasuk kolon) membawa sisa dari tubuh badan anda, namun sebahagian dari sisa ini seperti makanan yang diproses, kurang serat dan telah diperhalusi, serta lemak yang tidak sihat ini boleh terkumpul secara perlahanlahan dan membuatkannya tersumbat di dalam sistem anda. Pengumpulan toksin ini biasanya mengakibatkan seperti berat susah diturunkan dan anda akan berasa kembung dan yang lebih teruk lagi ia akan mengakibatkan anda mudah mendapat penyakit seperti penyakit kolon juga kanser kolorektum. Kolon adalah merupakan sistem kumbahan pada badan anda dan ia perlu dibersih serta dikosongkan bagi memastikannya berfungsi seperti biasa. Melalui detoks, anda boleh membersihkan kolon dan bukan sahaja melegakan masalah sembelit, ia juga mendorong kepada sistem pencernaan yang lebih sihat serta membuang sisa dan bahan kimia dari tubuh anda.


3. MEMBERI TENAGA

Tubuh anda mempunyai organ yang melakukan detoks dengan sendiri bagi membuang toksin, namun ia memerlukan tenaga yang banyak untuk berfungsi! Jumlah tenaga yang digunakan bergantung kepada jumlah toksin yang diproses olehnya. Kurang tenaga akan mengakibatkan anda cepat berasa letih dan ini merupakan tanda bahawa tubuh anda dipenuhi oleh toksin. Melalui detoks ua membantu dalam menyokong organ ini untuk mengeluarkan toksin, memberikan tubuh anda lebih tenaga dan stamina untuk anda melakukan pelbagai perkara yang lebih menyeronokkan!


4. MENGURANGKAN NAFSU MAKANMembersihkan tubuh anda dari toksin yang tidak sihat serta menggantikannya dengan makanan bernutrisi tinggi akan memberi signal kepada minda untuk menginginkan makan yang sihat dan bernutrisi. Ucapkan “selamat tinggal” kepada kafein, gula dan lemak! (Atau sekurang-kurangnya ucapkan “hello” kepada keinginan tinggi kepada pilihan makanan yang lebih sihat!).

Bacaan lanjut lagi manfaat detoks di sini : 8 Manfaat Detoks - Part 2

Sumber: ART02, 8 Manfaat Detoks

You May Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian Kak Put di sini :)