Collagen PowderESPGLA ComplexKolagenOmega-6Pengedar Shaklee Meru RayaProtein SoyaSR Vita-CThe Radiant 4 SetTips Kulit Cantik BerseriTips Menaikkan Seri MukaVitamin C
Ketahui 4 Nutrien Penting Untuk Kulit Cantik Berseri Dari Dalam
Membina, Menganjalkan, Melindungi, Melembapkan |
Dapatkan kulit yang berseri dari dalam dengan nutrien ini!
Protein untuk Membina Kulit yang Sihat
Protein Membina Kulit yang Sihat |
Badan dihasilkan dari protein dan dengan itu, untuk memiliki kulit yang sihat berseri, pengambilan protein yang mencukupi adalah penting kerana ia:
- Membekalkan asid amino yang penting, yang tidak dihasilkan oleh tubuh anda untuk fungsi kulit yang optimum.
- Menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat.
- Terlibat dalam pemulihan serta pembaikan sel dan tisu kulit.
- Menghasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit.
- Menyokong pengeluaran asid amino glutation yang membantu melindungi sel-sel kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari.
GLA Melembapkan Kulit |
Kekalkan Kelembapan Kulit dengan GLA
- Mengurangkan gatal dan kulit yang bersisik.
- Mengekalkan kelembapan kulit.
- Melawan keradangan.
Kolagen Baik Untuk Menganjalkan Kulit |
Tingkatkan Keanjalan dengan Kolagen
Walau bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, jumlah kolagen yang dihasilkan semakin berkurangan, ianya akan mendedahkan anda kepada risiko kulit berkedut dan kendur. Katakan tidak kepada tanda-tanda penuaan ini dan mulakan pengambilan kolagen sekarang untuk;
- Kulit yang lebih anjal.
- Mengurangkan kedutan.
- Kulit yang lebih lembut, lebih padat.
- Mengurangkan parut
Vitamin C Untuk Melindungi Kulit |
Perlindungan Antioksida dengan Vitamin C
Vitamin C, yang bertindak sebagai antioksida menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas. Walaubagaimanapun, badan anda tidak berupaya untuk menghasilkan vitamin C dan pengambilan vitamin C membantu untuk :
- Mengurangkan kedutan, melegakan kulit yang kering dan kasar.
- Menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit.
- Membantu dalam penyembuhan luka.
- Mempertahankan kulit daripada radikal bebas
Lindungi Kulit Anda dari Sinaran UV
Kuatkan perlindungan terhadap sinaran UV dengan meningkatkan pengambilan karotenoid harian anda. Karotenoid bermanfaat dalam melindungi sel-sel kulit yang sihat daripada kerosakan sinaran matahari. Ia juga dikenali sebagai ‘Pelindung Matahari Dalaman' anda.
Tingkatkan perlindungan anti-keradangan dari Omega-6 (GLA) dengan melengkapinya bersama vitamin C.
Sumber: Kulit Berseri Ditemui
Sumber: Kulit Berseri Ditemui
0 Comments
Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian Kak Put di sini :)