6 Nutrien Penting Untuk Kebaikan Kesihatan Dan Kehidupan!

by - September 19, 2017

Apakah Nutrien Penting?

Nutrien penting adalah nutrient-nutrien yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh kita dengan sendirinya - ataupun tidak memenuhi jumlah yang diperlukan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), nutrien-nutrien ini mestilah ada pada diet harian anda dan amat penting pada tubuh anda kerana ia membantu mencegah penyakit, pertumbuhan dan kesihatan yang baik.

Suku Karbohidrat, Suku Protein, Separuh Sayuran dan Buahan

Apakah Isi Hidangan Anda?

Sebelum makan, semak 6 jenis kumpulan makanan dalam pinggan anda, dan dalam bahagian yang mencukupi:
1. Karbohidrat

Mikronutrien ini penting untuk tubuh yang sihat. Ia merupakan sumber tenaga utama tubuh dan menggerakkan seluruh system tubuh terutama system sarat pusat dan otak. Menurut Klinik Mayo, ia juga bermanfaat dalam melindungi anda menentang penyakit.

Tip Kesihatan: Pengambilan Karbohidrat yang anda ambil itu penting. Sesetengah karbohidrat lebih baik daripada yang lainnya. Pilih keseluruhan bijirin, kekacang, dan sayur-sayuran serta buah-buahan yang kaya dengan fiber and fruits bijiran halus dan produk dengan gula tambahan.


2. Protein

Protein merupakan blok binaan utama kepada badan anda. Setiap sel, dari tulang ke kulit dan rambut anda mengandungi protein. Ia memainkan peranan untuk membina dan membaiki tisu badan anda, ia juga merupakan kunci utama pertumbuhan dan pengeluaran hormon, antibodi dan bahan-bahan penting lain yang terdiri daripada protein.

Protein diperbuat daripada beberapa rangkaian asid amino yang berlainan. Terdapat 20 asid amino dan 9 daripanya tidak boleh dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. 9 asid amino ini dipanggil Asid Amino Perlu dan anda mesti mendapatkannya dari diet harian anda. Anda perlukannya untuk membolehkan tubuh berfungsi dengan baik. berfungsi dengan baik.

Tip Kesihatan: Walaupun daging, ikan dan telur sumber protein yang baik, anda juga boleh dapatkan protein daripada sumber tumbuhan seperti soya. Pilih protein tumbuhan yang tinggi kualitinya, daripada sumber bukan-GMO, dengan 9 asid amino perlu yang lengkap.

3. Lemak

Lemak penting pada tubuh kerana ia menyokong penyerapan vitamin dan mineral termasuk vitamin A, D, E, dan K. Lemak juga terlibat dalam pengeluaran hormone, penyeimbangan suhu tubuh, dan memberikan perlindungan organ dalaman. Untuk kesihatan, pilih lemak baik sepeti Asid Lemak Omega-3. Omega-3 berkhasiat dalam mengurangkan bengkak dan menyokong kesihatan otak, mata,jantung dan keseluruhan kesihatan tubuh.


4. Vitamin

Vitamin merupakan mikronutrien yang terlibat dalam semua proses fisiologi. Terdapat 13 vitamin penting yang diperlukan tubuh untuk berfungsi dengan baik termasuk vitamin A, C, B6, dan D. Setiap vitamin memainkan peranan penting pada tubuh dan kekuranganya boleh menyebabkan kesihatan kita tergaggu dan berkemungkinan boleh berisiko mengidap penyakit. Ia juga penting untuk kesihatan penglihatan, kulit dan tulang.


5. Mineral

Mineral merupakan satu lagi jenis mikronutrien yang penting untuk kesihatan tubuh. Ia memainkan pelbagai peranan dalam tubuh seperti membina tulang dan gigi yang kuat, terlibat dalam proses metabilisme, dan memastikan tubuh berada pada tahap hidrasi yang baik. Antara mineral penting yang biasa diperlukan tubuh adalah kalsium, zat besi dan zink.


6. Air

Anda boleh tahan berminggu tanpa makanan. Namun, adakah anda tahu tanpa air, anda hanya boleh bertahan beberapa hari sahaja. Air merupakan asas untuk hidup dan kira-kira 60%-70% kandungan tubuh kita terdiri daripada air. Elemen penting ini bertindak sebagai penyokong, menyahtoksin dan menghantar nutrien kepada sel. Pengambilan air yang mencukupi dapat membantu meningkatkan tahap tenaga, tumpuan dan menyokong prestasi fizikal dengan lebih baik.

Sumber: Shaklee Today, March 2017

You May Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian Kak Put di sini :)