4 Tips Memilih Minyak Ikan Terbaik

by - October 07, 2017

Ikan Kecil Lebih Baik Untuk Minyak Ikan

Berikutan saranan untuk mengambil 2-3 hidangan ikan seminggu - terutamanya ikan laut dalam, ianya adalah saranan yang baik untuk memastikan pengambilan EPA / DHA yang mencukupi.

Walaubagaimanapun, tidak semua orang makan ikan secara kerap. Terdapat juga banyak kebimbangan mengenai risiko pencemaran yang terdapat dalam ikan biasa. Persoalan yang sering berlegar di fikiran adalah adakah manfaat kesihatan daripada pengambilan ikan adalah lebih penting daripada risiko mengambil ikan yang mengandungi merkuri, plumbum atau toksin lain.

Dengan kebimbangan ini, banyak orang beralih kepada suplemen minyak ikan sebagai jalan penyelesaian. Apabila minyak ikan diproses dengan betul, bahan pencemar boleh disingkirkan atau dikurangkan ke tahap di mana ianya tidak seharusnya menimbulkan risiko.

Apabila memilih minyak ikan yang berkualiti, perhatikan ciri-ciri ini:

Syarikat yang berkualiti
Tidak semua minyak ikan adalah sama. Cari syarikat yang boleh anda percayai, dan mempunyai sejarah pengeluaran produk yang berkualiti.

Ketulenan dan Keselamatan
Penyulingan Molekul - proses yang meletakkan ikan di dalam keadaan vakum - membolehkan ia mendidih pada suhu yang lebih rendah untuk melindunginya dari rosak. Ini membolehkan EPA dan DHA dipisahkan daripada logam berat, yang membolehkan toksin disingkirkan. Proses ini juga mengurangkan bau dan rasa hanyir ikan.

Ikan kecil atau Ikan Besar?
Kehadiran sejumlah kecil toksin tidak menjadi masalah untuk ikan kecil. Namun, apabila ikan yang lebih besar memakan beribu-ribu ikan kecil, ia mengumpul lebih banyak toksin. Apabila kita perhatikan rantaian makanan, semakin besar ikan, semakin tinggi bioakumulasi. Minyak ikan yang diambil dari ikan kecil, mempunyai jumlah bioakumulasi toksin yang rendah.

Kelangsungan
Ikan adalah penting dalam pemakanan kita. Kita harus memastikan sumber minyak ikan yang baik adalah mencukupi untuk masa hadapan. Sebuah syarikat yang bertanggungjawab akan memberi perhatian terhadap saiz populasi dan had tangkapan serta mengelakkan penangkapan ikan pada musim pembiakan untuk memastikan bekalan jangkamasa panjang sentiasa mencukupi.

Sumber: Shaklee Today, Issue 8/2017

You May Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian Kak Put di sini :)