15 Fakta Mandi Lepas Bersalin Yang Ibu Mesti Amal. Confirm Berseri!

by - October 16, 2016


Lepas bersalin, badan rasa tak selesa sangat. Kenapa ya? Letih, lesu, tak bermaya, semua buat ibu rasa tak selesa. Kadang rasa macam diri sendiri ni busuk sangat. Asyik nak tukar pakaian sebab tak yakin. Kalau kawan2 datang melawat, alahai..segan benor.

Bukannya tak mandi masa berpantang tapi badan tetap rasa tak segar, betul tak? Sebenarnya semasa berpantang, ibu tetap kena mandi. Jangan tak mandi ya ibu! Mandi dapat memberikan kesegaran, mencantikkan kulit dan memberikan semangat.

Tapi mandi bukan sebarang mandi. Mandi ibu berpantang sangat istimewa. Selain mandi biasa menggunakan air suam, ibu digalakkan mandi rempah, mandi lulur atau mandi bunga. Kenapa ya?

Baca sampai habis kerana ia penting untuk memastikan ibu kembali segar, menarik, berkeyakinan dan bersemangat. Yang pasti Encik suami pun tentu seronok tengok isteri yang makin berseri!

Ini faktanya!

1. Mandi air rebusan daun elok untuk mencuci bahagian sulit wanita supaya luka cepat sembuh.

2. Penggunaan serai wangi, daun pandan dan halia dalam air mandian rempah bertujuan untuk membuang angin serta mewangikan badan.

3. Mandian ini juga baik untuk membersihkan tubuh terutama selepas berpeluh ketika bertarung nyawa melahirkan anak dalam bilik bersalin.

4. Rebusan daun dan rempah juga membantu membersihkan darah nifas serta kuman yang melekat selepas bersalin.

5. Campuran halia dalam air rempah juga membantu mengeluarkan angin serta membuang toksin dalam badan.

6. Mandi lulur yang menggunakan tepung beras boleh mengeluarkan toksin dan dapat mengeluarkan daki dan sel-sel kulit mati pada badan.

7. Melulur juga membantu memecahkan lemak di badan, mengental dan menegangkan kulit yang kendur terutama bahagian perut.

8. Melembutkan dan menyegarkan kulit. Kesannya kulit jadi halus, lembut dan cerah.

9. Mandi lulur juga boleh menghindarkan angin sejuk masuk ke dalam badan ibu berpantang.

10.Penggunaan bahan lulur seperti breas, halba, kunyit, cekur, halia dan lain-lain lagi membantu menghilangkan bau badan.

11. Mandi bunga biasanya dilakukan selepas ibu selesai menamatkan tempoh berpantang 40 hari. Ia membantu menguatkan semangat dan keyakinan ibu.

12. Penggunaan bunga-bungaan dapat melembutkan dan mewangikan badan.

13. Membantu menaikkan seri wajah kerana ibu menjadi lebih segar, ceria dan berseri.

14. Membuang kotoran badan dan membuka pori-pori badan.

15. Menyegarkan badan serta merangsang minda ibu untuk lebih positif kerana aroma daripada bunga-bungaan mempunyai aura tersendiri.

Rujukan asal: Website Majalah Pa&Ma


Pengalaman Sendiri, Mandi Air Serai Wangi

Bersalin dah 4 kali, rasanya hanya pernah mandi daun sahaja. Tak pernah letak rempah, mandi lulur pun tak pernah, apatah lagi mandi bunga. Hehe. Saya berpantang dengan orang tua tapi tak lah 'ketat' macam sesetengah masyarakat Melayu kita. Tapi kalau bab bertungku, ini wajib!

Mandian daun ni saya suka sangat. Dalam pantang badan kita ni bau busuk sikit, terperap ja kat tempat yang sama. Kalau musim panas lagi la, berpeluh bagai. Tak yah bersauna dah. Hehe. Bangun pagi bila dapat mandi air rebusan daun2 tu, pergh..rasa segar sangat2. 

Cara Penyediaan Air Mandian

Banyak2 dedaun, saya paling suka daun serai wangi dan daun limau purut. 2 jenis daun ni aromanya tu buat kita tenang je, segar gitu. Rasa ringan kepala. Masa mengandung tu saya dah tanya2 rumah sape ada tanam serai wangi. Hehe.

Mudah je buat air rebusan ni, janji ada dedaun la. Saya biasanya Mak kutip2 kat tepi rumah. Macam2 Mak dan arwah Abah tanam dulu. InsyaAllah kalau nak datang mintak sikit pun boleh ;)

1. Masukkan air bersama beberapa dedaun pilihan seperti serai wangi, daun pandan, daun inai, daun lengkuas, daun limau purut, pucuk jambu batu, daun mengkudu, daun sirih dan daun kunyit.

2. Apabila air sudah mendidih dan bertukar warna, masukkan air herba tadi ke dalam baldi dan campurkan dengan air biasa. Pastikan air dalam keadaan suam-suam kuku semasa digunakan untuk mandi.

Perlu diingatkan masa mandi sebaiknya jangan berdiri, nak kurangkan penggunaan tenaga, lagipun awal2 takut kita pening kalau berdiri lama2. Baiknya duduk atas kerusi. Satu lagi jangan angkat air dalam baldi ye, tak baik untuk rahim yang masih lemah.

Kalau kawan2 ada pengalaman best dan petua2 best, boleh la share sini ye ;)

You May Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian Kak Put di sini :)