Jangan Ambil Mudah Simptom Meroyan

by - October 12, 2016


Orang dulu selalu sebut, "Cik Kiah tu gila lepas beranak" atau "Gila meroyan lepas laki dia tinggai". Orang tua kata keturunan, tapi wallahua'alam sahih atau tak. Meroyan, merupakan satu perkataan yang ngeri didengar andai anda faham mana datangnya meroyan dan bagaimana meroyan merbahayakan anda dan bayi. Jangan ambil mudah, sekiranya ada mengalami tekanan atau kecelaruan fikiran selepas bersalin.

Ingat lagi tak beberapa peristiwa ibu lempar anak dari tingkat atas apartment? bunuh anak? Semasa dalam pantang? Ini bukanlah berpunca daripada ibu itu sendiri. Ini berlaku akibat pergolakan emosi yang tidak dikawal dari awal. Rasanya ramai ibu2 yang perasan, seminggu atau 2minggu pertama selepas kita bersalin, kita akan emosi sikit, sensitif, mudah nangis, tetiba menangis tak tentu pasal, rasa penat, rasa macam tak mampu nak jaga anak, rasa macam2 lah. Peringkat awal mungkin ringan sahaja, yang dipanggil "Baby Blues". InsyaAllah, boleh dikawal dan akan kembali stabil.

Berlainan pulak bila ibu melahirkan anaknya meninggal, anak mengalami kecacatan atau apa sahaja yang luar jangkaan ibu. Memungkinkan emosi yang tidak stabil, andai tidak dikawal akan menimbulkan gangguan psikologi kepada ibu. Pergolakan emosi ini juga berlaku disebabkan oleh perubahan hormon ibu selepas bersalin seperti penurunan estrogen, progesteron dan tiroid. Perubahan psikologi yang tidak sihat ini dinamakan meroyan atau "postpartum depression".

Gangguan psikologi ini ada beberapa peringkat, iaitu baby bluespostpartum depression dan postpartum psychosis. 50-85% ibu-mengalaminya pada dua minggu pertama kelahiran dan ini tidak berpanjangan serta tiada kaitan dengan gangguan psikiatri. 13% mengalami meroyan, berlaku lebih 2 minggu hinggan setahun. Boleh berpanjangan jika tidak dirawat. Manakala yang terakhir ini, sedikit membimbangkan, kerana ianya pada tahap yang teruk. Boleh rujuk jadual di bawah.

Klik untuk paparan lebih jelas
Bagaimana Untuk Mengelakkan Meroyan?

Ibu bolehlah membuat urutan untuk melancarkan darah dan ia juga bermanfaat untuk redakan tekanan. Kalau stress sebab susu kurang, boleh dapatkan konsultasi dari kumpulan2 sokongan. Biasanya hospital ada bagi untuk rujukan ibu bersalin. InsyaAllah, mereka boleh bantu. Atau dapatkan pendapat kawan2 yang positif, pilih kawan yang kuat semangat dalam hal2 penyusuan ibu.

Secara teknikal, boleh juga pasangkan aromaterapi. Segar je bau pagi2 kan? Kalau saya suka bau serai wangi. Kalau boleh, sepanjang berpantang nak mandi air rebusan serai wangi. Hehe. Bauan macam ni akan buat kita rasa tenang. Masa mengandung saya dah tanya2, mana nak dapat serai wangi. Hehe.

Sokongan Suami dan Keluarga

Sebenarnya, suami dan ahli keluarga juga perlu memberi sokongan kepada ibu bersalin. Salah satu cara, jangan biarkan mereka keseorangan terperap dalam bilik. sentiasalah berkomunikasi dan berbual dengan mereka. Jika berjaga malam, temanilah mereka. Sedikit sebanyak mereka akan rasa beban yang ditanggun akan berkurangan. Macam2 perasan datang waktu ni, kita tak boleh ramal.

Sebagai muslim, boleh pasangkan ayat2 Al-Quran di kala waktu Maghrib dan Subuh. Contoh ayat2 Rukyah. Moga jadi pendinding supaya tidak diganggu oleh syaitan yang memang suka ganggu orang2 yang tengah lemah. Nak lagi baik, sang suami boleh bacakan sendiri di depan isteri dan bayi.

Pengalaman Saya

Alhamdulillah, saya tidak mengalami masalah meroyan selepas bersalin. Baby blues tu ada jugak la. Hehe. Bila baca kisah meroyan ini terasa sangat bersyukur saya tidak mengalaminya. Pengalaman melahirkan anak ke-4 saya sedikit diuji, saya mengalami pendarahan (akibat pendarahan tidak dapat saya ceritakan di sini) dan ditahan agak lama di hospital sebelum dibenarkan discharge. Saya tak nafikan cabaran menjaga bayi baru lahir sedikit menguji ketika itu. Anak mengalami jaundis, pikir susu tak cukup la (padahal cukup), tidur dan rehat tidak cukup, agak menggangu emosi saya. Dalam 10hari pertama, saya kerap jugak menangis. Badan saya susut, tak selera makan. Tapi..pengalaman ini sangat berharga buat saya sebagai seorang ibu.

Mujur saya ada kawan2 yang sudi dengar kisah saya. Saya punya suami dan Mak yang sangat menyokong saya. Hari2 teman saya dari makan minum, sampai ke tidur Mak dan suami jagakan. Anak2 sekolah, semua Mak dan suami yang tolong. Alhamdulillah. Saya tak boleh bayangkan emosi saya ketika itu andai tiada mereka berdua. Saya berpuashati kerana telah mengambil langkah yang betul dengan berpantang menggunakan Set Bersalin Shaklee. Badan saya kembalih pulih tanpa sedar. Bila ada yang tegur, baru saya perasan :)

Apa Kaitan Omega-3 dan Meroyan?



Saya ingin kongsikan fakta menarik mengenai suplemen yang dapat membantu mengelakkan masalah meroyan ini dan perlu diambil sejak mengandung lagi.
"Kira-kira 80 peratus daripada ibu-ibu baru mengalami beberapa bentuk kemurungan postpartum (PPD). "Baby Blues," dengan gejala seperti menangis tanpa sebab yang jelas, cepat marah, dan kegelisahan, adalah tanda-tanda awal yang kecil kepada PPD, emosi kekecewaan yang dialami selepas pengalaman melahirkan anak. PPD, di sisi lain, adalah lebih teruk dan boleh mengambil masa yang lebih lama."

"Anda boleh mengurangkan risiko kepada kemurungan selepas bersalin dengan secara aktif mengambil suplemen Omega-3 sepanjang kehamilan. Kekurangan Omega-3 bukan sahaja mengurangkan perlindungan neuroprotective, malah stamina emosi yang diperlukan untuk memerangi kemurungan yang diperlukan untuk melalui hari-hari awal selepas bersalin boleh membantutkan perkembangan otak bayi anda juga."
 "Meneruskan konsumi suplemen mungkin lebih perlu selepas melahirkan anak. Walaupun penyusuan membantu mencegah PPD, ia boleh mengurangkan simpanan Omega-3 dan memburukkan lagi kemurungan selepas bersalin."
 - Sumber: Buku Vitamin Bible
Saya cadangkan ibu-ibu hamil boleh mula mengambil suplemen Omega-3 bermula dari kehamilan trimester kedua, boleh lihat sini untuk cadangan Set Hamil Shaklee. Saya syorkan Shaklee OmegaGuard untuk pengambilan minyak ikan terbaik setakat ini. Maklumat lanjut tentang OmegaGuard dan Kehamilan boleh klik SINI.

Sebarang perkongsian kawan2 sangat dialu2kan ;)

You May Also Like

0 Comments

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian Kak Put di sini :)