Posisi Laid-Back, Posisi Kasih Sayang

by - October 20, 2016


"Penyusuan susu ibu adalah lebih daripada sekadar suatu kaedah pemakanan bayi. Susu ibu adalah satu pilihan gaya hidup" - Dr. William Sears
Yang manakah posisi pilihan ibu2 semasa penyusuan? Adakah posisi cradle hold, cross cradle, football hold, mengiring? Posisi yang selesa akan mempengaruhi penyusuan bayi pada peringkat awal terutama semasa ibu dalam pantang.

http://doulasnorthwest.com/

Posisi menyusu ni sebenarnya bukanlah terhad pada posisi2 ini sahaja. Ibu2 jangan takut dan boleh mencuba posisi2 lain sekiranya keadaan memerlukan. Pilihlah yang mana serasi asalkan,

1. Ibu dan bayi selesa semasa penyusuan. Kalau ibu je yang selesa, tapi bayi tak selesa, tak menjadi jugak kan. Apabila tidak selesa, bayi akan meragam dan tidak mahu menyusu.

2. Posisi yang dipilih mestilah tidak membongkok, bahagian belakang mestilah tegak. Posisi membongkok ini akan memberi kesan sakit pinggang, mudah penat, sakit belakang dan sebagainya. Sedikit sebanyak menganggu pengeluaran susu secara tidak langsung.

3. Kedudukan bayi mestilah stabil. Muka bayi perlulah menghadap payudara ibu serta badanya rapat ke badan ibu dan badan bayi disokong penuh oleh ibu atau bantal. Kedudukan kepala, badan dan punggung bayi mestilah selari dan lurus.

Rujukan: Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu, m/s 33

Pengalaman Sendiri, Laid-Back Position

Sebenarnya saya tak pernah tau posisi yang saya amalkan untuk anak saya yang ke 3 dan ke 4 ni adalah Laid-Back Position. Sehingga lah suatu hari tu baca perkongsian seorang adik beradik Shaklee yang hadir ke Bengkel Penyusuan. Rupanya kaedah saya pilih ni tak la pelik sangat. Hehe. Nama lain diberi Biological Nurturing, patut la anak melekat cara yang sama sampai ke besar. Hehe.

Dulu tak sengaja pun cuba posisi ni. Masa baru lepas bersalin anak no 3. Alkisahnya baby tak nak diletak. Letak je nangis, letak je nangis. Masa tu masih kat wad, belum discharge. Akhirnya saya letak bayi atas perut saya, tertidur sepanjang malam. Sekali ngan saya tertidur. Akhirnya, sampai besar dia suka menyusu dan tidur atas saya. Macam Kangaroo gitu. Hehe.

Sama jugak lah masa lahirkan anak no 4. Saya bersalin secara Caesarean. Memang agak penat la jugak. Selain posisi duduk, saya cuba posisi ini. Alhamdulillah, baby menyusu lebih lama berbanding posisi lain. Sampai sekarang dah umur setahun 5 bulan masih menyusu cara tu. Hehe. Segan betul kalau pergi rumah orang sebab nak kena mintak tumpang bilik tidur. Hehe.

Bagi saya, posisi laid-back ni sangat sesuai untuk ibu yang bersalin Caesarean atau pembedahan. Ibu yang bersalin Caesarean sahaja tahu bagaimana rasa sakit dan sukar untuk kita sentiasa bergerak mengubah kedudukan badan. Nak2 lagi di awal proses penyembuhan. Peringkat awal, ibu tak dapat mengiring, jadi terpaksalah duduk semasa menyusukan anak.

1. Untuk kedudukan laid-back ini, ibu perlulah menyandar dalam 30 darjah. Bermaksud separa berbaring. Boleh letakkan bantal2 dibelakang atau lengan, ikut keselesaan masing2.

2. Bayi diletakkan di atas ibu (tummy on mommy) dan secara mengiring. Boleh jugak diletakkan menegak atau berbaring. Posisi Laid-Back pun boleh pelbagai posisi bayi, boleh rujuk dalam gambar di bawah. Saya biasa amalkan yang "below your breasts" dan "across your breast" tu.

http://www.bebomia.com/
3. Bayi akan menyentuh paha ibu atau apa2 kain sekitarnya. Kajian mendapati bayi akan terus serasi berada si posisi itu bagi memulakan penyusuan. 

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang Laid-Back position ini? Boleh kunjungi laman web http://biologicalnurturing.com. Insyaallah ada butiran2nya.

Rujukan: Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu, m/s 38
Tahukah Kita?
"Posisi ini diperkenalkan oleh Dr. Suzanne Colson dari England semenjak tahun 2007, hasil daripada kajian PhD beliau dan pengalamannya sebagai jururawat".
Antara kelebihan menyusukan anak kaedah laid-back ini adalah;

1. Mudah untuk diamalkan macam saya dah kongsikan di atas. Hanya 3 langkah mudah, adjust kedudukan ibu, adjust kedudukan bayi dan adjust la payudara anda. Senang kan?

2. Hisapan yang mudah bagi bayi, susu pun transfer dengan baik.

3. Naluri semulajadi, bayi rasa dekat dengan ibunya macam dalam kandungan sebelum ni. Bayi rasa selamat dengan ibu kan?

Pengalaman Kawan-Kawan

Saya kongsikan beberapa orang kawan saya yang berkongsi tentang penyusuan kaedah laid-back posisi ni. Boleh baca perkongsian mereka di bawah.

Pengalaman Puan Haslinda

Pengalaman Puan Syahida dan Puan Rubiah
Kawan2 pun ada tips dan petua2 lain untuk posisi menyusu? Boleh share sama2 kat sini ye ;)

Mothers helping Mothers!

You May Also Like

9 Comments

  1. Anak kedua cser tapix reti nak laid back nursing ni. Hehe maybe anak seterusnya pulak kot :P

    ReplyDelete
  2. 👍👍👍 padat dengan maklumat😊

    ReplyDelete
  3. pernah terbaca kat mana tah, posisi laid back ni elok utk yg susu banyak jgak. utk prevent baby tersedak sebab gravitinya against baby kan.

    pernah jgak posisi bf laid back ni secara xsengaja. mmg lebih comfortable & rasa lebih rilex. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. OOO..yeke. ada ni paper pasal laid-back ni. Tak dan nak baca2 lagi.

      Pasal rileks tu kan, memang rileks sebab Mak2 nyer sekali ketiduran dengan nyenyak. Hehe.

      Delete
  4. best baca entry kak put.. santai ja..

    kalo laid back, ruby guna kaedah across your breast tu..hehehehe..

    terima kasih atas perkongsian posisi menyusu stail LAID BACK :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian Kak Put di sini :)